DIY - Pasang Sendiri Wallpaper Di Rumah
Bulan Disember lepas, ana ada kongsikan kisah ana ke Kaison, Setapak Centre untuk membeli wallpaper di SINI . Namun oleh kerana ana tidak membuat ukuran yang tepat, kami sekadar cuci mata dan buat pilihan dahulu corak yang berkenan di hati. Ketika Kak Long cuti sem sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru, sekali lagi kami ke Kaison dan kali ini berjaya membeli beberapa gulung wallpaper untuk ruang tamu dan bilik tidur. Dan hari ini, ana kongsikan hasil kreativiti kami DIY pasang wallpaper sendiri.
Cara Pasang Sendiri Wallpaper Di Rumah
Sebenarnya mudah sangat untuk memasang wallpaper yang telah pun mempunyai gam dibelakangnya ni. Ianya adalah 'sticker wallpaper' , namun yang di jual di Kaison ini sangat berkualiti dan agak tebal lapisannya. Jangan tersilap kerana wallpaper di Kaison ada dua jenis, yang berharga Rm19.90 ini telah mempunyai gamnya di bahagian belakang, manakala yang berharga Rm55 segulung pula tidak bergam. Kita perlu membeli gamnya yang berharga RM7.90 dan membancuh serta menyapunya sendiri sebelum melekatkannya ke dinding.
Walaubagaimanapun, kualiti wallpaper tanpa gam ini lebih cantik coraknya dan keluasannya lebih besar.Cuma suami ana bimbang jika tersalah sapu dan tersilap ketika memasangnya kelak, kami mencuba dahulu wallpaper yang sedia bergam sebagai percubaan pertama memasang wallpaper di rumah.
Sebelum datang membeli wallpaper disini, pastikan ukuran panjang x lebar dinding atau keluasan dinding yang ingin dipasang dicatatkan. Ini untuk mengelak pembaziran kerana setiap satu gulung wallpaper dengan gam ini mempunyai 45cm x 10 meter.* segala informasi yang ana kongsikan disini adalah pada tarikh entri diterbitkan, mungkin ada berlaku perubahan dari segi harga dan ukuran.
Pelbagai pilihan corak wallpaper yang ada di Kaison |
Memang rambang mata nak membuat pilihan dari pelbagai corak yang ada di sini.Kenalah bijak mengikut tema dan warna pilihan hati masing-masing kan.
Bahan yang diperlukan, pastinyalah wallpaper, pisau yang tajam dan scrapper atau alat untuk meratakan permukaan dan kain basah untuk mempastikan tiada ruang udara di antara dinding dan wallpaper yang telah dilekatkan.
Bersihkan permukaan dinding yang hendak dipasang wallpaper daripada habuk atau sebarang paku supaya permukaan wallpaper yang dipasang kelak akan kelihatan rata dan cantik.
Dan mulalah memasang sekeping demi sekeping, kemudian apabila telah pastikan kelurusan dan susunan coraknya senada, gunakan scrapper atau gunakan kain basah sahaja untuk melekatkannya dengan elok.Pastikan tiada ruang udara antaranya agar ia kelihatan kemas.Teruslah menampal sehingga selesai.
Semoga perkongsian ana di www.anajingga.com dapat memberi serba sedikit gambaran dan informasi serta idea buat mereka yang sedang bercadang untuk menukar tatarias dekorasi dalaman rumah. Dengan bajet yang murah, In Shaa Allah kita boleh mendapat hasil yang memuaskan hati masing-masing. Tak salah mencuba sesuatu kelainan kan. Mungkin bila sudah jemu kelak boleh ditanggal semula dan tukarlah sama ada dengan corak yang lain atau mengecatnya semula. Ikutlah citarasa dan pilihan hati sendiri. Rumah kita biarlah cara kita tentukan.
58 Comments
Dinding nmpk lebih cantik dengan wallpaper kan kak.. :)
ReplyDeletenampak lain sikitlah wana kan :)
Deletecantik ana..rumah ana berkonsepkan english..memang sesuai pasang wallpaper.
ReplyDeletetak juga kak yon, bilik tidur je ana ana pilih ala-ala inggeris, ruang tamu biasa2 je kak..rumah KY memang inggeris kan..pasti cantik :)
Deletewahhhh rajin betul Ana ni kan :)
ReplyDeleterajin kalau cukup bajetnya Linda hihi :) murah2 boleh lah..
Deleterajinnya k.ana..cantik tu
ReplyDeletebukan kak ana yang pasang khaty, kak ana directornya aje :) haha
Deletekak ana!!!!!..kenapa ni..kenapa kak...CANTIK..hihi..terima kasih perkongsian ni...
ReplyDeletesama-sama kita kongsi idea kan PC, mana tahu boleh beri inspirasi pada orang lain, in shaa allah
Deletewhoaaaaaaaaaaaaaa nak jgk la hihihi thanks kak anaa!!! <3
ReplyDeletehihi sama-sama Aqilah, nanti dah siap up ye :)
DeleteSaya pon dah beli dah wallpaper dekat sana jgk tapi kan tak cukup..pergi lagi nak beli tapi stock dah habes..kena tunggu dorang call untuk beli stock baru.. T__T sedih sbb belum dapat siapkan wall.
ReplyDeletehaha tu lah kak ana kata kena ukur siap2, biar lebih jangan kurang hihi, samalah sepupu pun kena camtu tapi Kaison dah call bila ada stok yang dikehendaki :)
Deletecantik sangat...paling berkenan wallpaper yg dalam bilik tido tu kak...sangat serasi dengan katil dan lukisan bunga kat dinding tu...^_^
ReplyDeletemurah je bajetnya malinda, in shaa allah semua mampu nak buat kan.. :)
DeleteCantik ada walpaper kat dinding :)
ReplyDeletenampak lain sikit kan Nani :)
Deletewahhh! dah siap nampak cantik, nampak luas...nnt laa nak buat jugak...malas nak cat rumah skrg
ReplyDeletetu lah sally, kakak pun dah malas nak tukar cat lah kaedahnya, harga cat pun lebih mahal dari pasang wallpaper ni hihi :)
Deletewah cantikknya, pandai Kak Ana buat.
ReplyDeletebonde pun boleh buat juga ni ,senang je :)
Deleteassalamualaikum ana...cantik2 bila dah siap keseluruhannya...;)
ReplyDeletewaalaikumsalam, mama pun boleh juga pasang sendiri ni mama :)
DeleteKreatif dan menarik! Terbaik la Kak Ana!
ReplyDeleteterima kasih MSF :)
Deletecantiknyaaa, kak ana :D
ReplyDeleteterima kasih Lisa sayang :)
Deletewaa.. nice. suasana pon makin ceria kalau dinding mcm ni. huda follow sini ;)
ReplyDeletetq Huda sudi follow disini :)
Deletecantiknya kak..kita pon puas atikan bila pasang sendirik..
ReplyDeletetu lah kan CCC.. puas hati jimat bajet hihi :)
Deletepandai pasang sendiri..suki tak pandai..semua beli dan minta crew Korea Wallpaper pasangkan :)
ReplyDeleteSuki ni beza dengan Korean wallpaper tu, harga pun jauh bezanya suki hihi :) kak ana pernah servey dengan korea wallpaper sebelum ni :)
DeleteBukan saja cantik, dalam masa yang sama menjimatkan bila pasang sendiri.
ReplyDeletebetul tu Isma, memang banyak jimatnya :) alhamdulillah
Deleteboleh tukar2 selera...dh la jimat pasg sdiri..
ReplyDeleteSha bajet ciput kena ah pasang sendiri hihi :0
DeleteIn shaa Allah DR, anak-anak kian membesar nanti mereka faham dan mudah lah urusan kita untuk mendisplinkan nanti :)
ReplyDeletetgk cantik2 mcm ni hati pon senang kan kak Ana..... :D
ReplyDeletein shaa allah IY :)
Deletekalau wallpaper bunga-bunga ni..memang orang perempuan suka.
ReplyDeletekan Nurul hihi dalam hati ada taman :)
Deletecantiknya >_<
ReplyDeletecantik kan Diya :)
DeleteCantik...!! dan macam senang je kak ana pasang tu.. hehehehee.. :) Ain sebenarnya tak minat dinding bercorak2 tapi bila tengok wallpaper cantik2 tu rasa teringin la pula... hahahahaha.. :p
ReplyDeleteain ajaklah pok cik pasang kat bilik baru romantika de amore hihi :)
Deletefollow back.....saya pasang sediri jgk walpaper...hihi
ReplyDeleteterima kasih Mr Mahmud, kan seronok dan puas hati pasang sendiri, yang penting jimat kos hihi :)
Deletecantik la kak ana...
ReplyDeleteTQ KG :)
DeleteMemang sangat cantik.kemas dan damaikan hati
ReplyDeleteterima kasih salmiah :)
DeleteCantik sekali wallpaper dinding yang dipakai... Salam kenal :)
ReplyDeleteterima kasih ernisa, salam ukhuwah dari www.anajingga.com :)
Deletecantik
ReplyDeletenak kena beli wallpaper jugak ni.
ReplyDeletejomm ke Kaison Ruby :)
Delete