De' Casa Ria Cafe,Jalan Ipoh,Kuala Lumpur



Macam selalulah, bila hujung minggu dapur rumah ana tutup atau offday .Suri rumahpun kena juga ada offday kan .Selepas membeli hadiah untuk hari jadi Kak Long di Sunway Putra Mall, kami singgah makan malam di salah sebuah cafe yang agak baru dibuka di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur, bersebelahan bangunan PERKIM dan deretan institut pengajian PUSRAWI. Foto cafe memang ana tak sempat nak ambil kerana waktu itu hujan turun lebat sepanjang malam.Jom ana kongsikan beberapa menu yang memang sedap pada selera ana dan anak-anak.Harga yang ditawarkan juga amatlah berbaloi dengan makanan yang di sajikan.

Sebelum ini, suami ana yang bekerja di bangunan berdekatan cafe ini memang telah mencuba menu disini dan malam itu ingin kami sekeluarga pula menikmati makan malam di tempat ini. Ana dan suami memesan Char Kuew Tiau, adik Ika pula yang memang selera makan menjadi-jadi kebelakangan ini makan set ayam penyet dan birthday girl kami, Kak Long makan western, chicken grill.





Menu Char Kuew Tiau ni memang sedap, terasa bahan-bahan masakannya dan basah.Kena dengan selera ana dan terhidang bersama dua ekor udang yang agak besar beserta cili jeruk menambah selera. Sepinggan harganya RM4.50.Sedap dan murah kan..



Ini pula set ayam penyet yang Adik Ika makan malam tu, bahagian ayam gorengnya memang besar dipotong satu per lapan dan memang disajikan panas-panas.Paling istimewa sambal yang disertakan sangat sedap dan garing serta tidak terlalu pedas. Begitu juga ulam-ulaman segar pelbagai seperti salad, timun, kacang panjang dan daun selum.Turut didalam set menu ialah tempe dan tauhu goreng disertakan semangkuk sup. Harga untuk set yang lazat ini cuma RM7 sahaja.Berbaloi kan..




Ini pula menu western Kak Long, chicken grill. Di dalam pinggan di sajikan dua keping boneless chicken grill yang dipanggang enak berserta sos lada hitam.Side dish atau hidangan sampingan nya pula ialah kentang goreng, coleslaw dan kacang merah panggang yang manis. Menu ini berharga RM12.90







Memandangkan malam tersebut hujan ana dan suami minum minuman panas manakala anak-anak memilih sirap limau dan air cincau. Pekat dan sedap sajian air yang disajikan.Alhamdulillah.. semua menu disini kena dengan selera kami, sajian yang banyak dan rasanya yang sedap.Bagi mereka yang berada disekitar Jalan Ipoh, berhampiran bangunan PERKIM, boleh lah singgah ke cafe De' Casa Ria ini yang terletak di corner-lot tingkat bawah bangunan deretan kedai .








Antara menu-menu dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam yang disediakan disini.Selamat menjamu selera :) 

32 Comments

  1. suri rumah pun kena off dapur gak sekali seminggu sekurangnya... hehe.... sedap-sedap makanan tu harga pun blh tahan...

    ReplyDelete
  2. kak ana Char Kuew Tiau tu memang nampak lazat..seseakli memang kena ada offday kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga PC kena dengan selera kak ana, haah wajiblah declared offday sendiri kan :)

      Delete
  3. yalah ana, harga nya murah. lebih kurang saja dengan utara.
    tq berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ANIM, betul tu pada kak ana murah dah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain untuk menu yang sama kan :)

      Delete
  4. salam kak ana. saya selalu BW blog akak pepagi tau, perut tak isi lagi selalu terliur makanan makanan kat blog ni
    * nangis* heee

    ReplyDelete
  5. sedap tu mak anajingga ., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap lah wak... jom pii try test tengok :)

      Delete
  6. terliur tengok makanan tu.. especially char kuey teow.. dah lama xpekena.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZZ jom lanjer kak ana, kan dah kerja laa ni hihi :)

      Delete
  7. sukanya la bila nampak makanan.. mmg membahagiakan betullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha semoga berbahagia sentiasa Muja hihi :)

      Delete
  8. sesekali offday dapur apa salahnya kan?

    ReplyDelete
  9. Jauh le pulakkkk...kalau dekat bleh gak try makan sini....berbaloi2 harganye kak ana nampak sedap sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Malinda, harga yang amat berbaloi dengan makanan yang banyak macam ni :)

      Delete
  10. Adehhh meleleh ayaq liuq kak Ana oii..

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaa tengok makanan yg kak ana tunjuk tu

    ReplyDelete
  12. Chicken grill nampak menarik la kak ana... Termasuk ayam penyet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar arz bahagian ayam dia dua keping, ayam penyet tu kegemaran adik Ika :)

      Delete
  13. Semuanya nampak sedap2 belaka....

    ReplyDelete