De' Casa Ria Cafe,Jalan Ipoh,Kuala Lumpur



Macam selalulah, bila hujung minggu dapur rumah ana tutup atau offday .Suri rumahpun kena juga ada offday kan .Selepas membeli hadiah untuk hari jadi Kak Long di Sunway Putra Mall, kami singgah makan malam di salah sebuah cafe yang agak baru dibuka di Jalan Ipoh,Kuala Lumpur, bersebelahan bangunan PERKIM dan deretan institut pengajian PUSRAWI. Foto cafe memang ana tak sempat nak ambil kerana waktu itu hujan turun lebat sepanjang malam.Jom ana kongsikan beberapa menu yang memang sedap pada selera ana dan anak-anak.Harga yang ditawarkan juga amatlah berbaloi dengan makanan yang di sajikan.

Sebelum ini, suami ana yang bekerja di bangunan berdekatan cafe ini memang telah mencuba menu disini dan malam itu ingin kami sekeluarga pula menikmati makan malam di tempat ini. Ana dan suami memesan Char Kuew Tiau, adik Ika pula yang memang selera makan menjadi-jadi kebelakangan ini makan set ayam penyet dan birthday girl kami, Kak Long makan western, chicken grill.





Menu Char Kuew Tiau ni memang sedap, terasa bahan-bahan masakannya dan basah.Kena dengan selera ana dan terhidang bersama dua ekor udang yang agak besar beserta cili jeruk menambah selera. Sepinggan harganya RM4.50.Sedap dan murah kan..



Ini pula set ayam penyet yang Adik Ika makan malam tu, bahagian ayam gorengnya memang besar dipotong satu per lapan dan memang disajikan panas-panas.Paling istimewa sambal yang disertakan sangat sedap dan garing serta tidak terlalu pedas. Begitu juga ulam-ulaman segar pelbagai seperti salad, timun, kacang panjang dan daun selum.Turut didalam set menu ialah tempe dan tauhu goreng disertakan semangkuk sup. Harga untuk set yang lazat ini cuma RM7 sahaja.Berbaloi kan..




Ini pula menu western Kak Long, chicken grill. Di dalam pinggan di sajikan dua keping boneless chicken grill yang dipanggang enak berserta sos lada hitam.Side dish atau hidangan sampingan nya pula ialah kentang goreng, coleslaw dan kacang merah panggang yang manis. Menu ini berharga RM12.90







Memandangkan malam tersebut hujan ana dan suami minum minuman panas manakala anak-anak memilih sirap limau dan air cincau. Pekat dan sedap sajian air yang disajikan.Alhamdulillah.. semua menu disini kena dengan selera kami, sajian yang banyak dan rasanya yang sedap.Bagi mereka yang berada disekitar Jalan Ipoh, berhampiran bangunan PERKIM, boleh lah singgah ke cafe De' Casa Ria ini yang terletak di corner-lot tingkat bawah bangunan deretan kedai .








Antara menu-menu dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam yang disediakan disini.Selamat menjamu selera :)