Kaison - Dekorasi Hiasan  Rumah 


Tujuan asal ke Kaison kali ini kerana ana bercadang untuk melihat beberapa design d.i.y wallpaper untuk ruang tamu rumah. Namun macam selalulah bila dah sampai sana mula rambang mata, pertamanya nak memilih corak yang mana satu, keduanya tak jadi beli sebab tak buat ukuran keluasan dinding yang ingin ditepek dengan wallpaper tersebut. Pendek kata, kunjungan ke Kaison kali ini sekadar window shopping sahaja nampaknya. Balik rumah ukur dulu keluasan barulah datang ke sini lagi untuk membelinya, In Shaa Allah. 

Namun sempat juga blogger picisan ni nak terbitkan sebuah entri tentang Kaison. Bukan apa setiap kali ke sini, mata terpukau dengan pelbagai barangan dekorasi rumah yang terdapat disini. Bukan sekadar wallpaper yang cantik-cantik dan murah, malah pelbagai dekorasi dari bunga-bungaan, hiasan dinding, kusyen, langsir dan pelbagailah yang nak dibeli. Jom ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan semasa berada di Kaison, Setapak Central, Kuala Lumpur atau dahulunya dikenali sebagai Festival City Mall.

Kebetulan pula semasa kunjungan, menjelang perayaan Krismas, bermacam dekorasi comel yang ada disini.Paling ana suka ialah koleksi kotak-kotak hadiah yang pelbagai saiz dan corak. Nak sahaja membelinya namun, boss besar tak luluskan bajet, membazir katanya sebab koleksi kotak di rumah pun dah banyak berhabuk dan kosong sahaja. Jadi kempunanlah kat situ... :(  


bunga hiasan rumah


Dah lama mengidam nak buat satu jambangan bunga warna putih seperti di dalam pasu bunga di dalam gambar di atas.Cantik kan..letakkannya di satu sudut ruang tamu atau bilik tidur. Pasti memberi impak yang menarik di dalam ruang rumah. Namun ia perlu selari dengan konsep hiasan rumah dan warna yang telah sedia ada agar nampak senada. In Shaa Allah selepas menukar wallpaper nanti barulah boleh mencari padanan bunga hiasan atau langsir yang sesuai.








pasu hiasan


Bila dah beli bunga, kenalah ada pasu atau bekasnya. Disini memang terdapat pelbagai pilihan pasu dari jenis kaca jernih mahupun ceramik. 






poster hiasan dinding

Untuk dekorasi ruang dinding juga terdapat pelbagai plak atau poster yang pelbagai corak mengikut tema hiasan dalaman rumah kita. 







Ana difahamkan, Kaison terdapat banyak cawangan disekitar tanahair. Adik ipar ana sendiri sering membeli dekorasi rumahnya di Kaison cawangan Manjung. Bolehlah Google untuk melihat mana-mana terdapatnya cawangan Kaison sekitar kediaman anda.Dan bolehlah membeli pelbagai hiasan rumah dengan bajet yang diperuntukkan sesuai dengan kita. Selamat mendekorasi rumah dari www.anajingga.com.




54 Comments

  1. eh eh! bila pergi ini..baru jer tadi pergi sana..tapi bukan beli decoration rumah tapi beli botol air..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ye ke, kak ana pergi sabtu lepas LZ.. :)

      Delete
  2. Baru pergi Kaison Paradigm tadi. Rembat la abc untuk anak. Bunga2 hiasan cantik jugak.

    ReplyDelete
  3. cantik lah ana kalau kak noor pergi tk taulah mmg fenin nk pilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Kak Noor, merapu je semua nak beli :) hihi

      Delete
  4. macam best ni.... TQ perkongsiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ED, boleh shopping utk rumah baru ED :)

      Delete
  5. salam kak ana.. wah wah macam macam memang yang tak ada dalam list pun boleh terbeli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Yana, tapi bajet kat boss, sabar je lah hihi :)

      Delete
  6. Seronok ni..biasanya kalau macam ni wajar sangatlah rambang mata kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PC, harganya pun murahlah kalau nak banding tempat2 lain, mampu beli in shaa allah .

      Delete
  7. yup..pnh datang sini..tp lme da..x ingt da..barang2 mmg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Gerai Opah memang best2 semua yang dijual disini, rambang mata :)

      Delete
  8. tempat ni berhantu.. Kalau masuk ada ja benda rasa nak beli.. Hahahaha

    ReplyDelete
  9. Lya klau pergi kaison ni x blh thn hati msti nak rasa bli smua hhaha

    ReplyDelete
  10. Bunga2 dia pun cantik kan Kalau pandai gubah memang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik-cantik Zai, ana pun tak pandai sangat menggubah..pacak je dah jadi lah hihi :)

      Delete
  11. huuu menawan hati..terasa nak beli lah anaJ..lawa

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum....wah...saya bab bab bunga ni memang nombor satu....siap duit saja...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Fida, sama lah minat dengan kak ana ni :)

      Delete
  13. wow bestnye kak..sy xpenah g sana lg..tp member da g sana n cerita mcm2..best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada kesempatan boleh ccc maii sini cuci mata :)

      Delete
  14. haritu gi kaison tgk la pencinta2 bunga ni pilih bunga2 cantik.. kalau zizie, tahu petik bunga je... hehehe

    ReplyDelete
  15. dengar kata kalau pergi kaison memang rambang mata..tak sampai lagi di kaison..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khaty kaison banyak cawangan, kat utara kak ana tak pasti ada kat mana nanti ada rezeki bolehlah Khaty singgah shopping :)

      Delete
  16. Saya ni peminat bunga jadi kalau sempat singgah kaison kompom telan2 ailio tengok pilihan bunga kat situ...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. malinda, buat apa telan ayaq lioq... beli je puas hati hihi :)

      Delete
  17. Berhantu kalo gi tempat ni. Melayang duit dibuatnya ☺☺

    ReplyDelete
  18. wow macam macam ada.....menarik...bahaya bawa wanita ke sini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aipp!!! memang lah wanita je suka maii sini arz :)

      Delete
  19. Wahhhh..macam best je..boleh la g shopping barang rumah kat sini..hihi

    ReplyDelete
  20. tunggu gaji masuk baru nak beli dekorasi hiasan rumah ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni masyukkk dah nick jom ajak mrs nick soping :) hihi

      Delete
  21. Kalau CP pi ni mau berjam dok dalam tu..

    ReplyDelete
  22. Waa kalau Lya g sana mau tak balik hahhaha

    ReplyDelete
  23. Sha pon suka bunga dlm pasu tu kak!!..eehhh...enth sejk bila sha suka tgk bunga nii...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha pun ada updatekan pasal Kaison ni rasa kak ana :)

      Delete
  24. Sha xle jejak kaki kat kaison nie.. Rambang mata.. Perhiasan dia lawa2.. Pastu kalau gi sini kena bawa duit banyak.. hehehe.. Barang DIY memang best2 kat sini..

    ReplyDelete
  25. Kaison punya bunga memang cantik.. sesuai kalo nk beli untuk buat hantaran yang exclusive.. usually kedai bunga biasa xda bunga2 macam kat Kaison..

    and pillows !! adus comel2..

    ReplyDelete
  26. aida beli wallpaper nyer.
    ok. murah tapi berkualiti :)

    ReplyDelete