sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 29 Mac 2016

Taman Lampu Di Eco World - Selayang


Sebelum ni agak viral di media sosial mengenai taman bunga yang cantik di Eco Majestic, Semenyih. Terkilan juga ana tak berkesempatan ke sana kerana lokasinya agak jauh dari tempat tinggal. Tambahan pula bila terbaca di blog rakan-rakan, kebanyakkannya bercerita tentang kesesakan trafik di sana di tambah pula cuaca panas ketika itu. Kempunan lah juga kan...

Namun siapa sangka, props atau replika-replika yang ada di sana seperti menara Eiffel Tower, Kincir Air Belanda dan sebagainya kini berada di Selayang sahaja. Cuma bezanya, jika di Eco Majestic, Semenyih dahulu dihiasi taman bunga-bungaan tetapi yang ada di Eco World, Selayang dihiasi dengan lampu-lampu LED yang bercahaya di waktu malam dengan pelbagai warna dan rekabentuk. Sungguh indah dan mempersonakan sekali.

Taman Lampu Di Eco World - Selayang 

 


Cuma dari gambar-gambar yang ana lihat di Google Image, monumen atau replika yang ada di sini bersaiz agak kecil dari yang berada di Semenyih (kemungkinan kerana ana tidak pasti adakah ia replika yang sama tau tidak ). Namun ia cukup unik dan menarik bagi mereka yang gemar bergambar , malahan ia di kelilingi oleh ribuan lampu LED yang pelbagai warna. Seolah-olah kita berada di ICT, Shah Alam. Bezanya untuk lepak atau masuk ke sini, ianya percuma.Parkir kenderaan pun free je serta betul-betul terletak di tepi jalan. Jom layan dahulu gambar-gambar yang sempat ana ambil di sini malam minggu yang lepas.



















Amacam??Best tak??Cantik kan.. Walaupun kawasan taman ini tidak begitu luas, namun ia tetap cantik untuk dikunjungi bersama keluarga di waktu malam. Kelihatan ramai yang berada di taman lampu ni ketika itu untuk lepak-lepak atau sekadar singgah bergambar. 

Dimana lokasi Taman Lampu Eco World, Selayang ni ? Senang sangat kerana ianya terletak di tepi jalan utama jika dari Selayang atau Rawang menghala ke Kuala Lumpur. Bersebelahan Tesco Extra Selayang atau bangunan KIP tu. Cuba klik di link ini untuk melihat lokasi sebenarnya : http://ecoworld.my/ecosky/location.html 

 Jika ada kesempatan dan nak makan angin ala-ala ICT di lokasi yang berhampiran dan yang penting percuma, bolehlah ke sini nanti. Ana rasa diwaktu siangpun pasti cantik kan untuk bergambar. In Shaa Allah jika ada peluang nanti, ana akan cuba singgah di waktu siang hari pula dan update semula disini.Cuma ana tidak pasti sampai bila ia akan dibuka kepada umum atau memang kekal disini . 
 

30 ulasan:

  1. Balasan
    1. bolehlah Nad singgah sini pula kan.. :)

      Padam
  2. saya perasan la kak tempat ni time pi umah abang chik saya...cantiknye...kalau pi memalam takde la panas sangat...teringin gak nak terjah kalau pi KL nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah mungkin juga Malinda seba taman ni betul-betul di tepi jalan utama ke KL dari Selayang atau utara. Jalan Ipoh ke Jalan Kuching tu :)

      Padam
  3. Wah...kat Selayang dah ada...boleh pi la ni...dah dekat dgn Jinjang....tak payah la kami jauh2 ke Shah Alam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom Fida bawa geng lepak2 malam sini lak hihi :)

      Padam
  4. wah..cantiknya...teringin nak pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. singgah lah Mar jika lalu area ni nanti :)

      Padam
  5. canteknye.. konsep macam ICT shah alam jugak lah kan.. ade banyak lampu2. yang best nye jalan2 waktu malam lebih selesa. lagi2 pada musim panas nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Nafira, cuma kecil je kawasan ni dan ana tak pasti sampai bila ia akan berada di sana :)

      Padam
  6. Wah percuma yer, nanti nak singgah la ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. FOC Zunal, meh mai sini meh :)

      Padam
  7. wahh..mcm2 skrg yea nk menarik pengunjung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann Sha, kreatif je idea depa2 ni :)

      Padam
  8. Wah cantiknya... selalu kak zai pergi ICT tp yg ini lg cantik.Kena pergi satu hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ICT lagi banyakkan kak Zai..ni kecil je tapi okaylah untuk sessi berfoto-fotoan anak2 hihi :)

      Padam
  9. Balasan
    1. ni dapat kan kamera mummy lagi cunslah gambarnya :)

      Padam
  10. Aritu kat umah mummy dorang buat deco mini car.. perghh syokkk gilos berposing tapi tak dan nak share kat blog sebb phone restart sendiri tanpa sempat back up.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. alooo sayangnya mummy... huhu :)

      Padam
  11. Ecoworld ni memang best! macam2 idea dia buat tul lanskap show house dia.. kat Penang la ni depa buat taman bunga bunga lily.. syok tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kan mummy, macam kat semenyih ritu kan viral terus :) wah best tu mummy, nanti hupdate naa :)

      Padam
  12. malam malam ada lempu LED memang cantik...

    di penang ada pameran bunga tulip...tapi belum sempat nak ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah bestnya bunga tulip, pii naa nanti hantar gambar kat kakak :)

      Padam
  13. Cantiknya tempat ni..kalau dapat buat photoshoot sure best...

    BalasPadam
  14. oooo...dekat dgn Tesco selayang erk..boleh try p ni..

    BalasPadam