sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 8 April 2016

Nasi Bamboo Sungai Klah


Nasi Bamboo Sungai Klah


nasi buluh

Pernah dengar kan satu lagi tempat makan yang viral di laman sosial sikit masa dahulu, nasi buluh atau Nasi Bamboo Sungai Klah. Ramai yang datang dari serata tempat semata-mata nak mencuba kelainan nasi buluh ni. Memang unik dan juadah yang di tawarkan amatlah sedap dengan selera ana sekeluarga. Jom ana kongsikan pengalaman sendiri menikmati makan tengahari di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai,Perak. 


Hampir setiap bulan, ana lalu lalang di hadapan Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah yang lokasinya betul-betul di tepi jalan sebelah jambatan dalam pembinaan apabila kita keluar dari Lebuhraya PLUS arah utara , exit Sungkai. Dua minggu lepas semasa menghantar kak long baru kami singgah makan tengahari disini. Kami sampai lebih kurang jam 11:00 pagi. Sedang elok kerana ketika itu belum ramai pengunjung yang sampai. Mudah untuk memilih makanan kerana selepas jam 12:00 tengahari mula tiba orang ramai untuk makan dan paling banyak kelihatan geng-geng motor secara konvoi. Macam-macam group motor ada masa tu.


Waktu perniagaan Nasi Bamboo Sungai Klah ini ialah mulai 10:30pagi hingga 5:00 petang setiap hari Selasa hingga Ahad. Bermakna hari Isnin ia tutup kay.




Ketika disini, ana mengambil satu set Nasi Buluh berharga cuma RM2.50 sahaja. Dalam set ini diberikan satu nasi putih kukus yang di isi di dalam keratan buluh, ulam pucuk ubi rebus, sambal belacan, telur masin, serunding kelapa dan satu mangkuk kuah kari. Murahkan. Itu set basic lah, cuma disini jika kita ingin menambah lauk-lauk sampingan harga berlainan dikenakan mengikut lauk yang di ambil. Kan senang tu, buat pilihan nak makan set nasi buluh atau nasi bamboo ni dengan mana-mana juadah yang ada disini.


nasi buluh
Nasi putih yang dikukus di dalam daun dan disimpan di dalam buluh

Di berikan bersama ulam,sambal belacan,serunding kelapa,telur masin dan kuah kari (tiada dalam gambar)

Tengahari itu, kami memilih untuk makan set nasi buluh bersama kambing panggang dan ikan pari bakar. Harga untuk kambing panggang ialah RM10 sahaja untuk satu pinggan dan ikan pari bakar pula berharga RM16 satu set. (harga mungkin berubah mengikut pasaran)


Kambing panggang di Nasi Bamboo Sungai Klah


Ikan Pari Bakar di Nasi Bamboo Sungai Klah

Konsep makan kat sini mudah sangat, pilih lah mana-mana lauk yang ada bayar di kaunter untuk lauk tersebut, begitu juga dengan air minuman. Jadi walaupun orang ramai tidaklah jem di satu kaunter pembayaran sahaja, kerana setiap menu ada kaunter sendiri. Set nasi buluh pula di hidangkan di dalam satu talam atau dulang untuk kita bawa ke meja. Ruang makan terbuka disini memang luas dan banyak tempat makannya.Di sini ana kongsikan beberapa lagi menu lauk-pauk yang ada di sini ketika kami singgah tempoh hari. 





















Jadi kalau kebetulan menghala ke Utara atau saja-saja nak mencuba makan tengahari dengan menu Nasi Bamboo Sungai Klah ni boleh lah JJCM ke sini pula. Ramai yang datang dari Kuala Lumpur dan sekitar Selangor ke sini semata-mata nak makan tengahari. Semoga perkongsian di www.anajingga.com akan memberikan serba sedikit gambaran mengenai Nasi Bamboo Sungai Klah ni buat pengunjung dan pencari info. In  Shaa Allah.

21 ulasan:

  1. kalau lalu sini mesti ramai org..semua ckp sedap...tp biasanya duit dh abes dlu beli nangka madu berdektn dgn kedai nii bila nk ke sg klah..hihihi..nnti kna try jgk lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa lain kali jangan beli nangka dulu Sha.. hihi singgah sini kena awal kalau lambat memang penuh orang dah :)

      Padam
  2. Ayam kampung buniah...wah lain daripada lain ni kak ana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha tu nama dia je PC, tak ada bunian mana pun hihi :)

      Padam
  3. de lalu ritu.. tgk ramai org so x jadi benti

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah cik EN, memang ramai kalauepas kul 12 tengahari..:)

      Padam
  4. Uniknya dalam buluh nasi. Mesti ada aroma buluh tuh.. Lauk2 lain pun nampak sedap.. X tahan nya ayam kampung bunian hii

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap Wani, macam-macam pilihan lauk lain ada .hihi ayam kampung bunian tu seram lak nak makan kan :)

      Padam
  5. kambing panggang tu nampak sedappp aje.

    bak sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap bangat Encik X, jom pi sungkai makan:)

      Padam
  6. adehhhh ibuuuu. tengok lauk pauk dia nak meleleh air liur kakcik hahaha. nanti belanja kc sini lah ibuu hehehe :D

    kc tag ibu kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/04/giveaway-by-xechalogy.html :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom ikut ibu balik kampung, ibu lanjer kakcik..orait,all the best dengan GA :)

      Padam
  7. Wow bestnya... walaupun baru lunch tadi, tp tetap berselera tengok makanan2 tu... sedap makan hujung2 minggu mcm ni... marveles!! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan KK singgah makan hujung minggu tempat ni memang maveless sangat :)

      Padam
  8. memang menyelerakan nampak nasi buluh ni...kat tempat kak belum ada orang jual lagi...kalau dah viral ni..esuk2 mesti ada org lain pula yg bikinnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak, viral dah tempat ni, penuh setiap hari ..mungkin juga kan :)

      Padam
  9. memang terbaik ni.
    aida makan ari tu dgn happy sgt.
    bcoz lain ari yg lain, kan presentation nyer.
    ijat abis makan sebungkus :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aida singgah dah ye,amboi ijat suka lah tuu..:)

      Padam
  10. Kak Ana dah gi makan sini ye.. Sha kat gerai baru nie x pernah singgah lagi.. Asyik ramai org je.. Kalau kat tempat lama tu adalah singgah dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. singgah kat tempat baru jer sha, haah memang penuh je kan, nak-nak lagi hujung minggu :)

      Padam
  11. Sedapnya..nanti nak blk belah utara boleh la singgah dulu..Mesti suami Fida suka..

    BalasPadam