sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 12 Mei 2016

Jambu Susu Yang Kian Di Lupakan





Jambu susu

 

Serius...berpuluh tahun dah tak jumpa buah jambu susu ni... anak-anak pun tak kenal buah ni. Dan kali ini ketika di Pantai Remis, Jeram, Selangor ni, ana bersua semula dengan buah jambu susu. Dah jadi 'rare' pula buah ni sebab tak banyak yang masih menanam pokoknya. Nak jumpa buahnya pun dah jarang-jarang. Malah kalau di kampung ana, Teluk Intan pun tak ada dah pokok atau buahnya.Mungkin ada tapi ana tak pernah jumpa.


Kalau dulu, pokok jambu susu ni ada sebatang di hadapan rumah arwah Tok Anjang, ana. Memang kalau musim dia lebat berbuah ,bila masak kait sahajalah dan makan cicah dengan gula dan kicap. Subhanaallah sedap sungguh. Nak pula yang masak ranum tu, lembut sangat isinya dan kurang sikit masamnya.

Buah jambu susu ni memang agak masam rasanya kalau tak cukup masak. Ana ni memang antu-asam, jadi lagi masam lagi lah suka. Ada juga yang buat jeruk buah jambu susu ni. Sedap sangat. 

Sayang sangat ana tak membeli pula buah jambu susu ni masa terjumpa di pasar Pantai Remis hari tu. Harganya RM6 sekilo. Bukan apa, mak ana kata, buahnya tak berapa masak, masih putik lagi, jadi pasti rasanya masam dan isinya keras.Lagi pun sebelum tu dah cerita kat mak, gastrik ana tengah kuat menyerang, lagilah mak tak bagi beli. Oh ya, lupa pula..masa kami ke sini, ana bawa mak dan abah sekali.

Balik rumah tengok gambar ni semula, menyesal pula tak beli kan..tak apa lah bukan rezeki ana nak makan semula jambu susu untuk waktu ini. In Shaa Allah jika di izinNya, nanti boleh lah makan semula jambu susu yang awesome ni..:)

22 ulasan:

  1. lama gila dah tak nampak buah ni...kalau dulu banyak je kan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Sally..dulu banyak dan senang nak dapat buah jambu susu ni..sekarang semakin pupus dah

      Padam
  2. Teliur terus nampak buah ni..suka cicah dengan kicap dan gula..letak cili sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup meleleh lah ayaq lioq CP, memang tu lah gu dia nak buat cicah.. wallaaa :)

      Padam
  3. Laaaa rindu akak dengan jambu susu ni Ana..
    Dulu2 masa kecik rajin petik kat tepi sungai..
    Skrg payah nak jumpa kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah CH, memang dah lama sangat tak menikmati kemasaman buah jambu susu ni..

      Padam
  4. Wah.. Lama tak makan buah ni. Masa kecik kecik suka mkn.. Masam masam manis... Dulu, kt umah wan cikla ada pokok ni... Tp skng dh pupus pun dh.. Huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya cik La,samalah dengan kampung kak ana, dah tak jumpa dah buah jambu susu ni..:)

      Padam
  5. Hahhaha... kat kampung Mrs. A pun sama sekarang dah takde lagi. Mungkin pokoknya dah mati dan tiada pengganti

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah Mrs A, kebanyakkannya dah mati benih kan , susah nak makan dah buah2 jambu macam ni :(

      Padam
  6. kak yg sebenonye saya tak penah lupe langsung pasal jambu susu ni...tapi dah bertahun2 tak jumpe...kalau tak kompom saya beli punye la....hukhukhuk :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Malinda,lama sungguh dah tak dapat menikmati buah-buah kampung macam ni :)

      Padam
  7. Seriusly aida hanya pernah jumpa jambu air pinky tu.
    yg ni kat kedai pun x pernah aida nampak.
    apatah lg memakan nyer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jambu ni kak ana panggil jambu susu, memang dah rare dah aida payah nak jumpa

      Padam
  8. hari apa pasar tu
    pantai remis perak ke
    info kat saya via email plz
    mbs_4682@yahoo.com
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila semak email, saya dah reply melalui email :) terima kasih

      Padam
  9. Skrg sy sdg hamil 5 bulan. Mmg cari sesangat buah ni kalau2 ade info mana boleh dapat please ws 01119802032. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai siannya sazira, AJ pernah jumpa buah jambu ni ketika ke pantai remis, selangor beberapa bulan lepas di pasar tani tepi pantai tu,setakad itu sahaja yang AJ tahu,mungkin boleh dapatkannya di pasar-pasar sekitar kampung2 lama kerana kalau di bandar memang sukar ditemui lagi kini :)

      Padam
  10. Saya tak leh pegi la rasa dia .. masam sangat.
    tapi buat jeruk asamboi .. ok ..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha memang masam HH, buat jeruk pun sedap gak tu :)

      Padam