sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 20 Mei 2016

Mereka Juga Berhak Hidup Dengan Sebebasnya




Pagi tadi, keluar pagar rumah terpandang satu objek terselit didahan pasu bunga di halaman luar. Masya Allah ... sebuah sarang burung terjatuh.Mungkin akibat angin kuat atau hujan lebat yang membasahi bumiMu sehari dua ni. Terfikir sejenak, kesian sangat.. andainya ada penghuni sarang ini, di mana pula ia berteduh bersama anak-anaknya. Namun usah khuatir, Allah swt amat Pengasih dan Penyayang sifatNya. Segala PerancanganNya amat sempurna.Pasti ia telah pun ada tempat perlindungan baru atau mungkin sarang ini telah lama di tinggalkan . Waallahu a'lam.

Ana menghampiri lagi sarang burung ni.Sekali lagi mata terpaku melihat kebesaranNya. Subhanallah... Bila di amati, betapa seekor burung yang kecil, entah besar manalah otak di kepalanya? Berapa persenlah kepandaiannya, akalnya? Namun bisa membina sendiri tempat perlindungan untuknya dan anak-anaknya. Cuba kita lihat dengan lebih dekat lagi...




Helai demi helai rerumput kering di kutip, di anyam dengan pertolongan Allah swt mengurniakannya sedikit kebijaksanaan sehingga terbina lah sebuah sarang. Kukuh untuk didiami, tanpa sebarang gam, mampu melekatkan helaian rerumput dan tersangkut di dedahan pokok terlindung dari pandangan manusia.Disinilah..telur menetas, keluarlah anak-anak kecil menanti ibu membawa santapan. Kemudian kian hari membesar dan sayap kian kukuh lalu terbang.

Kesinambungan kehidupan di teruskan hari demi hari.Meniti layari kehidupan mereka. Dan kita..insan yang elok kejadiannya,dikurniakan susuk tubuh yang tegap, sasa, akal fikiran yang mampu berfikir namun kadang kala tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin.Malas berfikir tentang wujudnya makhluk lain yang sama-sama menumpang di atas mukabumiNya.Sewenang-wenang berbuat apa sahaja untuk kepuasan hidup kononnya.

Marah..memang ana marah sangat dengan insan atau manusia yang mengurung burung di dalam sangkar. Hendak sahaja rasanya pergi dan buka sahaja sangkar burung dan melepaskannya bebas ke udara. Burung itu fitrahnya terbang bebas. Allah swt memberikannya sepasang sayap untuk terbang bebas di udara yang amat luas milik Allah swt. Kenapa engkau mengurungnya? Cuba letakkan kamu di dalam sangkar.. bahagiakah?Seronokkah ?Walau sangkar emas sekalipun. Cuba lah berfikir sejenak wahai insan bernama manusia...

Ia juga ingin menikmati hidup bebas, berpasang-pasangan, berterbangan dan membina sarangnya sendiri. Allah..tersentuh sungguh bila melihat sangkar yang tergantung di halaman rumah seseorang insan.. pagi-pagi kononnya bermain dengan sang burung. Percayalah ia tidak gembira dengan mu. Bebaskanlah ia ...Menerokai bumi  Allah yang indah dan luas ini. Kerana bukan kamu sahaja yang berhak hidup dengan bahagia. Setiap satu makhlukNya ada kehidupan yang diharungi.Allahu Akbar...

5 ulasan:

  1. betul tu k.ana...sha kalau binatg cmni xberapa minat nk pelihara..suka tgk diaorg bebas dan hidup dlm habitat sendri..sbnrnya dlu kecik2 suka jgk intai anak2 burung atas pokok..comel tgk mulut dieorg tggu mkn.,.

    BalasPadam
  2. Betul sangat.Biarkanlah mereka hidup secara semulajadi.

    BalasPadam
  3. kat rumah kaknoor selalu jugak ada burung buat sarang
    anak2 memang suka tengok anak burung
    tapi bila kita dua tiga kali pergi tengok anak nya
    memang esuk lusa nya dah tak da
    minta dah pindah kat tempat lain
    mmg tak berminat sngt nk bela burung cuma suka tengok je

    BalasPadam
  4. Kak teringin sangat nak tengok burung2 buat sarang kat pokok bunga kak tapi tak pernah dapat2 lagi. Bukan apa syok tengok sorang kawan tu post burung tiap2 musim mai buat sarang kat pokok bunga depan pintu rumah dia...best kan

    BalasPadam
  5. Betullah k ana..mereka juga berhak hidup bebas.. bahagia dalam habitat semulajadi.. :-)

    BalasPadam