sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 22 Mei 2016

Pelamin Hipster Untuk Along


Semalam, 21hb Mei 2016 adalah majlis persandingan atau resepsi buat anak jiran ana, Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Along di kalangan keluarganya. Majlis akad nikah telah pun berlangsung 12hb Mac 2016 yang lalu. Entrinya pernah ana kongsikan di SINI .Dan semalam sekali lagi Along dan suaminya Nor Farris di sanding kan kali ini dengan tema yang sangat sempoi, pengantin hipster. 





Pelamin Hipster

 

Cantik dan sempoi sahaja pelamin dengan gaya hipster yang di sewa oleh Along dan Farris untuk majlis mereka ni. Dengan tema biru, dekorasi yang sangat-sangat minima dan paling best sempoi duduk di atas bangku kayu berlatarkan dinding kayu. Menarik kan.



Pelamin Hipster


Dan untuk mengenakan dengan tema hipster, pengantin memilih untuk memakai pakaian songket tradisonal dengan bunga ketar sebagai hiasan di kepala. Lama dah kita tak melihat pengantin mengayakan busana tradisional lama sebegini. Syabas, Along dan Farris, korang memang awesome sangat. 








Tak banyak gambar yang sempat ana kongsikan kali ini. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan tetamu yang tak henti berkunjung tiba. Alhamdulillah, sekali lagi Tahniah buat Kak Ani dan Abang Mohazam serta selamat melayari bahtera rumahtangga buat Along dan Farris. Semoga kekal hingga ke syurga , Aamiin...

6 ulasan:

  1. Cantiknya kek pulut. Pengantin pun secocok jugak hiii, ringkas weding tapi still nampak gempak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan wanie, serba ringkas namun meriah sekali, alhamdulillah

      Padam
  2. Rare pelamin macam tu.
    Sama cantik sama padan moga berbahagia hingga ke Jannah

    BalasPadam