sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 14 Jun 2016

Bazar Nanas di Teluk Intan,Perak


Nanas okay, eja betul-betul n.a.n.a.s bukan nenas, nanti google image lain yang keluar. Laa bukan nak ajar ejaan nanas tapi hari ni nak bercerita pasal replika nanas yang ada di Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak ni. Dekat sangat dengan rumah ana. Dan kalau nak tahu, sebelum replika ni wujud kat sini, dulu betul-betul depan jalan nak masuk taman perumahan ana ni, ada juga satu replika nanas.Lama dah, kalau nak turun bas Transnasional balik kampung dari KL, siap-siap bagitau kat driver bas, saya nak turun kat replika nanas tu, haa kan senang.Adoi throwback laa pulak...Okay jom sambung cerita pasal replika nanas yang terletak di persimpangan masuk ke Kampung Selabak menuju ke Padang Tembak.





Bazar Nanas, Teluk Intan 


Sekarang ni, replika nanas besar ni terletak di hadapan Bazar Nanas, Kampung Selabak, Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan.Tersergam indah di tepian jalan utama, simpang tiga menuju ke bandar Teluk Intan melalui Jalan Changkat Jong.Apa yang ada di sini??

Dah nama lagi Bazar Nanas, pastilah yang amat sinonim dengan Kampung Selabak,Teluk Intan ni pertanian tanaman pokok nanas. Disini merupakan pusat jualan nanas serta hasil buah-buahan tempatan seperti ubi kayu, pisang, kalau musim rambutan terdapat jualan rambutan dan pelbagai hasil tani yang lain. Turut di jual kerepek serta makanan ringan lain untuk dijadikan buah tangan dibawa pulang ketika singgah bertandang ke Teluk Intan ni.


kredit foto:tourism malaysia

Dideretan Bazar Nanas ini juga terdapatnya Kedai Rakyat 1Malaysia.Masih ana ingat sejak ana bersekolah lagi kedai-kedai menjual buah-buahan ini telah lama bertapak disini. Bila musim buah-buahan memang meriah sangat dan disinilah kami membeli barangan runcit sebelum adanya pasaraya seperti hari ini. Sekarang deretan kedai telah bertambah kemas dan selesa untuk pelawat dari luar singgah membeli disini.


kredit foto :Perak Today


kredit foto:Perak Today

Jadi jangan lupa singgah ke Bazar Nanas di Kampung Selabak sekiranya datang bertandang ke Teluk Intan. Nak-nak lagi yang melalui Jalan Bidor ke Teluk Intan, pasti akan melalui persimpangan ini.Dan bila terpandang sahaja replika Nanas besar tu, silalah singgah ke Bazar Nanas untuk membeli buah tangan dibawa pulang. :)

20 ulasan:

  1. lama tak balik Teluk Intan.. rindu suasana kampung kat sana...huk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaf..raya ni kalau balik roger2 kak ana kay :)

      Padam
  2. Sedapnya nanas :) Suka kalau yang manis manis tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah nani, kalau manis sedap kan cicah garam :)

      Padam
  3. Wah kak Ana...ada Bazar Nanas eh....macam menarik je ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah SA, ada di Kg Selabak Teluk Intan ni :)

      Padam
  4. kalau singgah teluk intan lagi lepas ni, make sure bazar nanans mesti kena ada dalam list. xD

    BalasPadam
  5. pajeri nenas gulai nenas ikan talang yang sangkut ngan nenas semuanya sedap haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah wah semua menu dari nanas ni El.. :)

      Padam
  6. spot kat buah nenas je mata ni

    BalasPadam
  7. nanas adalah sejenis buah yang paling sedap di dunia ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah Sha, kak ana kurang sikit nanas ni sebab makan banyakhilang rasa kat lidah hihi :)

      Padam
  8. ooo mcm tu eh ejaan betulnye.. salah la eh selama ni.. hahaha..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eja betul2 Hasif, nanti kat Google Image keluar lain naa :)

      Padam