sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 16 Jun 2016

RANIAKU - Mungkinkah akan hadir cahaya?



“It looks like you have a serious eye damage Ma’am…”


Bagai panahan petir menikam jiwa, pipi Rania pantas terasa basah dengan genangan air mata. Dunia bagaikan terpadam lampunya.


Keputusan ujian doktor yang baru diterimanya sebentar tadi sungguh tajam merobek hati dan emosi Rania. Lidah yang petah kini bisu. Mati.. mati dari terus berkata-kata.


“Azman tidak perlu tahu perkara ini” Bingung dengan keadaan sekarang, Rania nekad untuk menyimpan rahsia ini daripada suaminya.

* * * * *

Sejak peristiwa itu, rentak kehidupan Rania mula berubah.


Emosinya membentak, jiwanya rajuk, titisan air mata tidak pernah lekang di pipi.


Gurauan Azman semuanya tidak diendahkan. Semunya ditarik muka.


Masa semakin singkat. Pandangannya semakin mengganggu.


Wajahnya… wajah Azman…. semuanya semakin kabur.


video



Berita yang perit tetapi lewat diketahui, menimbulkan kekacauan dalam hati suaminya.


Otak cuba menghadam tetapi emosi meracau dan mendesak.


Tanpa butir kata, Azman cuba mengukir senyuman.


Walau pahit.. namun cuba ditelan.. cuba disembunyikan..


Rambut Rania diselak... dahi dikucup... mata bergenang lagi..



Apakah yang bakal berlaku kepada Rania?


Adakah beban yang dikongsi ini larat digalas Azman?


Mungkinkah Azman beralih arah? Atau mungkin mereka kuat bersama?


Mungkinkah akan hadir cahaya? Atau gelap terus menanggung derita?




REMY ISHAK . NORA DANISH . AIZAT AMDAN


Raniaku

20hb Julai 2016



#SRGraniaku #raniaku #SAFImalaysia

14 ulasan:

  1. Ohhh drama tv, ingatkan cerita sebenar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita tunggu 20 Julai nanti kay :)

      Padam
  2. Ohh, mula2 tadi ingatkan cerita novel... hehe ^_*

    BalasPadam
  3. BEST CERITANYA...

    SINGGAH RAMADHAN

    https://belogs.blogspot.my/

    BalasPadam
  4. aah x sabar nak tgk remyku hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Remy muuuu El...oo tidakkk haha :)

      Padam
  5. La...drama ka ?ingat cerita novel

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti hasnidar peminat novel ye :)

      Padam
  6. ohh.. ingatkan apa lah tadi...

    BalasPadam