Nasi Ayam Goreng Kunyit

Hari-hari ana lalu lalang depan gerai seorang pemuda yang tertera banner Nasi Ayam Goreng Kunyit di depan SK Taman Desa ni. Kalau petang waktu orang balik kerja tu, memang ramai yang singgah membelinya. Siap beratur lagi.Pernah juga lah ana cakap-cakap manja dengan suami, "orang sekarang ni jual ayam goreng kunyit pun boleh buat duit kan bang.Bukan susah, lumur je ayam, garam dengan kunyit, tu je pun".Hamboi kan main ko ana ye, biarlah orang nak cari rezeki kan..:)

Satu petang tu, ana puasa Syawal baru-baru ni, jeng..jeng..jeng... Ana pun keluarlah nak mencari juadah untuk berbuka. Pusing-pusing taman, kebanyakkan restoran tomyam masih tutup bercuti. Gerai lain pun semua jual kuih-muih dan goreng pisang sahaja yang ada. Restoran mamak adalah, tapi ana kurang sikit dengan makanan mamak ni. Lepas pusing-pusing tu, lalu depan sekolah terpandanglah gerai mamat jual Nasi Ayam Goreng Kunyit ni. Dan ana pun belilah sebungkus.Harganya RM6.50.

Masa berbuka tu, dengan lafaz Bismillah, ana jamah dan rasa. Okay..memang sedap!! Haha patutlah ramai orang beli dan beratur. Ayam ni di goreng panas-panas, bila ada nak beli baru dia gorengkan. Diletakkan hirisan bawang besar, kacang panjang dan lobak merah. Menu sampingan, di berikan sambal dan kuah kari.Lebih kurang menu dari Nasi Mmanggei Warung Kita di Sungai Buluh tu kan.

Lepaslah untuk seorang makan.Walaupun kedengaran seperti satu menu yang ringkas dan mudah, namun ianya sedap di makan. Ayamnya pula semuanya isi jadi berbaloi sangat dah dengan harga kan. Kalau buntu dah nak masak apa untuk makan malam nanti, apa kata kita cuba nasi putih dengan ayam goreng kunyit ni. Tukar-tukar selerakan... :)



8 Comments

  1. asalam nampak lazat sangat tu ..AnaJ ..hehehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Cikgu Etuza, bila dah lapar lajuu je habisnya haha :)

      Delete
  2. Nampak lauk dia pun banyak.. berbaloi dengan harga.. setengah tu, tulang yang banyak... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Zaf, hat ni memang isi ayam sahaja , berbaloi kan

      Delete
  3. Banyak ayam dia.
    Anak-anak Mrs. A suka ayam goreng kunyit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mrs A, anak kak ana pun suka sangat ayam goreng kunyit ni makan panas-panas kan :)

      Delete
  4. always sedap mcm mana pun.. tp kdg2 dapat ade yg brkuah sket..
    xske.. nak yg garing..

    ReplyDelete