Resepi sotong kicap berempah
Lama kak ana tak update resepi masakan kat blog. Kesihatan sangat tak mengizinkan, kadang-kadang okay kadang-kadang tak berapa sihat . Faktor usia dengan pelbagai jenis ujian penyakit yang hadir, nak masak pun jarang-jarang sangat kak ana masak yang bersungguh.
Selalu masak yang simple sahaja untuk mengalas perut kami sekeluarga. Lagipun kalau hari bekerja , malam sahaja yang ada suami dan Adik Ika nak makan bersama. Menu makan malam selalunya kak ana masak yang panas-panas hidang untuk depa. Baru selera, Alhamdulillah..
Resepi sotong kicap berempah
Kak ana kalau jumpa sotong yang segar yang masih keras elok, barulah nak beli dan selalunya akan terus masak tak dan nak simpan lama. Sebabnya sotong kalau simpan dia akan jadi lembik dan tak sedap nak masak dah kan.
Baru-baru ni terjumpa sotong segar di kedai Acheh, kak ana belilah beberapa ekor untuk satu hidangan makan keluarga kecil kami. Jemu pula nak masak sambal, kak ana rekalah resepi mudah-mudah simple gabungan rasa kari dan kicap . Terhasillah resepi sotong kicap berempah versi kak ana..
Bahan-bahan masak sotong kicap berempah :
Sotong - ikutlah berapa banyak yang nak di masak, basuh dan toskan .
Bawang besar - 2 biji di hiris
Bawang putih - 2 ulas di hiris
1/2 inci halia - di hiris jika suka ( tak letak pun sedap je )
1 sudu serbuk kari daging
1 sudu serbuk cili
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Sedikit kicap pekat manis
Garam secukup rasa
Daun ketumbar dan cili merah untuk hiasan jika suka
Cara masak sotong kicap berempah
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hiris.
2. Dalam mangkuk satukan serbuk kari daging dan serbuk cili bancuh dengan air.
3. Tuangkan bancuhan rempah ke dalam bahan tumis. Masak hingga rempah pecah minyak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis.
5. Dah masak bahan tumisan masukkan sotong yang dah di bersihkan. Jika suka boleh tambah kentang yang dah di goreng ( optional ) .
6. Tak perlu masakkan air kerana sotong akan mengeluarkan air juga nanti. Rasakan dengan garam secukupnya hati-hati, kerana sos tiram dan kicap dah masin.
7. Tak perlu masak lama kerana sotong cepat masak dan liat jika overcooked.
8. Untuk hiasan bolehlah taburkan daun sup atau daun ketumbar serta cili merah hiris.
Sedap di makan dengan nasi bersama telur mata. Boleh lah try naa.. Sekadar bertukar-tukar idea masakan harian yang simple. Semoga bermanfaat.

8 Comments
tapi orang yang sihat ni pun kadang2 juga masak kak ana..faktor malas lebihnya..
ReplyDeleteboleh la ambil resepi ni buat tambah menu seharian,jenuh juga fikir menu nak masak apa
Thx for sharing.Nmpk sedap ni =D
ReplyDeleteSo far tak pernah lagi masak sotong masak kicap. Tempting tengok sotong kicap berempah kak Ana ni. Macam best juga masak kicap campuh rempah. Boleh cuba. Terima kasih share Kak Ana.
ReplyDeleteKita ni kadang jarang juga masak, kadang tu jemu dengan masakan sendiri. huhu...
Nak suruh aunty buat lah... nampak yummeh!
ReplyDeleteSemoga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan
ReplyDeleteSaya pun sukaaaa sangat cumi-cumi atau sotong ini. Tp tak berani masak sendiri 😅. Jadi kalau teringin pasti beli. Sebab memang tricky nak masak cumi. Masak lama sikit, keras. Bumbu tak sesuai, amis pula.
ReplyDeleteTak kisah digoreng tepung, bakar, masak kecap, memang saya sukaaa kalau cumi di masak apapun juga 😄
Yang katanya simple ni la yg sedap kak ana. Makan pulak dengan nasi panas, adoi bertambah nasinya.
ReplyDeletemoga ana afiat sejahtera jaga diri edap menu sotong berempah
ReplyDelete