sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 25 Ogos 2016

Langit dengan awan luarbiasa di Langkap, Perak


Langit dengan awan luarbiasa di Langkap, Perak 


Subhanallah.. Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam..atas kehendak dan kuasaNya maka terjadi lah sesuatu yang luar dari kebiasaan  di atas muka bumiNya ini. Pagi tadi ana menerima beberapa keping gambar dan sebuah video dari kiriman whatsapp seorang sahabat. Memaparkan kejadian aneh dan luar biasa di langit Langkap, Perak. 

Bila di kongsikan semula bersama rakan-rakan di Teluk Intan, mereka menyatakan memang benar, pagi tadi 25hb Ogos 2016 sekitar jam 8 pagi, langit sekitar bandar Teluk Intan dan Sungai Manik yang diceritakan oleh sepupu ana memang gelap. Kemudian hujan turun pagi tadi menurut mereka.Ana ikuti juga perkembangan fenomena awan luar biasa di Langkap ini menerusi group-group Facebook Anak-anak Teluk Intan dan Anak jati Perak, juga rata-rata bercerita mengenai kejadian yang jarang berlaku di muka bumi Allah swt ini. 

Maka dari sumber-sumber yang ana rujuk di atas, ana kongsikan semula beberapa keping foto awan luar biasa yang terjadi di langit Allah swt di Langkap, Perak buat renungan dan keinsafan kita semua sebagai hambaNya. 



Apa jua yang berlaku atas kehendakNya, kita sebagai hamba sewajarnya merenungi setiap kejadian dengan penuh rasa kerdil dan insaf. Sebelum ini, pernah kita lihat dan baca kejadian yang hampir serupa berlaku di Sabah dan pernah juga ana kongsikannya di SINI . Kali ini ia terjadi lagi malah terlalu hampir dengan daerah kelahiran ana sendiri. Malahan diakui sendiri langit benar-benar gelap sekitar Teluk Intan oleh sahabat dan saudara mara yang berada di sana pagi tadi. 









Turut ana terima ialah kiriman video menerusi whatsapp tentang kejadian yang sama. 

video

kredit: pemilik asal video yang dikongsikan menerusi whatsapp

20 ulasan:

  1. SubhanaAllah...
    Cantik.. dalam masa yang sama agak scary juga..
    Macam ombak laut..
    Ke pandangan sha je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Sha seolah-olah ombak laut bergulung2 di langit Allah swt :)

      Padam
  2. Subhanallah.. cantiknya awan tu... suka trengo awan yang cantik2 ni.. kadang atas bridge, fokus lebih kat awan rather than kat pemanduan.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Zaf, cantik sungguh ciptaan Allah swt di masa yang sama amat menginsafkan kita sebagai hambaNya

      Padam
  3. subhanAllah, Allahuakbar..
    semoga kita sentiasa mengingati-NYA

    BalasPadam
  4. awan yang nampak macam tsunami, gerun pun ada kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Nie pada kak ana agak menggerunkan dan terasa kerdilnya kita

      Padam
  5. Subhanallah takutnya tengok.. mcm nak ribut.. minta dijauhkan laa..

    BalasPadam
  6. Hish ngeri pulak.. Moga ianya bukan petanda apa-apa .Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mummy semoga dijauhkan dari segala musibah dan bala bencana

      Padam
  7. Balasan
    1. Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam

      Padam
  8. subhanallah.. tak terkata dengan ciptaan Allah. gerun jugak nampak langit begitu..

    salam perkenalan kak. followers #987 jemput datang ke blog siqah juga ye :) www.siqahiqa.com

    BalasPadam
  9. subhanallah.. cantik dalam masa yang sama gerun..

    BalasPadam
  10. SubhanaAllah..... Kuasa tuhan tiada batasannya.

    BalasPadam