sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 6 September 2016

Makan Western Murah dan Sedap di GH Corner - Tanjung Malim


Ana ni kalau jumpa je tempat menjamu selera yang kena dengan selera ana sekeluarga, In Shaa Allah akan ana kongsikan bersama pembaca setia www.anjingga.com. Bukan apa, ana review secara jujur dari hati. Ana singgah, makan, sedap dan berbaloi kenapa tak di war-war kan kepada pengunjung lain kan. Sekurang-kurangnya apabila mereka berada di kawasan sekitar bolehlah mencubanya sendiri. 

Minggu lepas ana balik Teluk Intan sekejap malam Sabtu sampai dan Ahad petang dah balik semula selepas hantar Kak Long ke Tapah. Dalam perjalanan balik tu kami singgah makan sebelum Maghrib di salah sebuah restoran di Tanjung Malim. Sebabnya dah tak jauh dari masjid Tanjung Malim yang selalu kami singgah solat. Sempat makan malam dahulu kemudian singgah Maghrib di masjid tersebut. Yang  ana maksudkan ialah Restoran GH Corner.

GH Corner ni terletak di Jalan Wawasan Dagangan,Bandar Behrang 2020,Tanjung Malim. Kalau dari KL tu selepas bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim atau dekat-dekat Bandar Behrang 2020 tu. Lokasinya tepi jalan utama laluan Tanjung Malim ke Slim River, sebelah kiri jika dari utara.




GH Corner - Tanjung Malim


GH tu maksudnya Genarasi Harapan. Menarik kan.. milik Bumiputera kita Ikhwan Global. Di Bandar Country Homes pun ada cawangannya tetapi kecil sahaja di deretan Speedmart 99 sekitar Klinik 1 Malaysia tu. Setiap hari memang ramai pelajar-pelajar sekolah Taman Desa Dua makan di sana, kerana apa? Kerana menu-menu yang ditawarkan di GH Corner ni walaupun ala western tetapi memang murah dan berbaloi. Sebab tu jika di BCH ni memang dipenuhi pelajar-pelajar sekolah menjamu selera disini.

Tapi kali ini, ana nak kongsikan cawangan GH Corner yang ana singgah bersama suami dan Adik Ika di Tanjung Malim. Memang murah sangat makan makanan western di sini. Kalau tak percaya meh ana tayangkan menu-menu yang terdapat di GH Corner dan kemudian kita sambung cerita kay :)


Menu dan harga untuk set nasi


Menu western yang sangat murah yang ditawarkan

Jenis-jenis minuman yang ada di GH Corner 


Appetizer dan desert 




Sesuatu yang menarik perhatian ana di sini ialah satu sudut di ruang dinding yang memeparkan menu-menu ini tertulis kata-kata " Ingat Makan Ingat Tuhan ". Satu peringatan yang amat baik untuk mensyukuri nikmatNya dengan setiap juadah yang kita nikmati. Selain dari menu yang murah, dekorasi ruang makan di GH Corner ini juga mencuri tumpuan pelanggan, santai dan bersih kerana kita perlu menanggalkan kasut di luar restoran untuk masuk ke ruang makan. Ianya juga walaupun berkonsep terbuka tetapi berhawa dingin, jadi makan dalam suasana yang tenang sangat, Alhamdulillah.








Haha kenapa tak ada orang dalam gambar-gambar ni, sebenarnya masa masuk tadi memang ramai pelanggan memenuhi ruang makan di sini, namun ketika nak keluar atau masa ana ambil gambar-gambar ni waktu dah hampir Maghrib sekitar 7:15 malam, memang lah pelanggan dah beransur pulang kan. Jangan risau menu makanan yang disajikan memang sedap pada selera ana sekeluarga. Walaupun tidak banyak namun cukup mengenyangkan, In Shaa Allah.




Ini Ice Lemon Tea yang Adik Ika minum :) 



Macam biasa feveret ana Ais Limau AsamBoi, memang sedap minum di GH Corner ni terasa puas masam, manisnya cukup sangat :) Suami macam selalu maintain nak jaga kesihatan minum air kosong, so tak yah nak upload sini kay ..


nasi daging black pepper


Suami ana ni memang lapar nasi agaknya, pesanannya set nasi daging black pepper. Set ni mengandungi nasi putih, daging masak black pepper, sup dan sambal cili hijau. Sedap daging masak black pepper tu tak padan dengan harganya cuma RM5 satu set ni.




Ana dan Adik Ika pilih menu yang sama sebab kami nak cepat siap , maklumlah dah nak Maghrib kan. Menu kami petang tu Chicken Grill yang di sajikan bersama sos bbq, coleslaw, kentang goreng dan salad. Alhamdulillah sedap dan mengenyangkan kami.Menu ni cuma berharga RM8 sahaja.




Untuk pencuci mulut atau desertnya Adik Ika memilih untuk makan banana split yang disertakan tiga variasi aiskrim dengan coklat syrup dan coklat rice cuma pada harga RM3 sahaja.

Jumlah keseluruhan makan malam kami petang itu cuma RM28 sahaja.Mana nak dapat makan western dengan harga semurah itu untuk tiga orang kan. Jadi kalau anda berada di sekitar Tanjung Malim atau melalui bandar Tanjung Malim nak singgah makan malam, carilah GH Corner. In Shaa Allah berbaloi-baloi makan disini.

18 ulasan:

  1. Wah murah betul..kedai pun nampak hipster..lepak pun ok ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu SA, selesa dan sedap pula tu, orang-orang sekitar Tg Malimboleh lah lepak chill sini :)

      Padam
  2. Nmpk mcm best je.. Nnti kalau 'tersesat' sampai tanjung Malim, boleh singgah... Thanks Kak Ana for this nice sharing....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la cik La, andainya disekitar Tanjung Malim boleh singgah try kan :)

      Padam
  3. mcm hipster sket yak... jauh gak tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup hipster gitu, haha kalau kebetulan ada area sini nanti boleh try ZT :)

      Padam
  4. Terliur pulak dengan menu² kat situ

    BalasPadam
  5. Memang murah tu.. camni kalau balik teluk intan, boleh singgah tanjung malim dulu cari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah Nurul, kalau otw balik TI nanti try singgah kay :)

      Padam
  6. Adehhh...jauh le pulak tapi mana tau ada rejeki saya sampai sana kan kak...tq kak kongsi kat sini...memang sume nampak sedap2 dan murah...berbaloi2

    BalasPadam
  7. perabot dia pakai kayu palet.
    i love it!
    murah pulak tu.
    tapi jauh sangat lah pulak.
    huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cantik dan hipster sangat dekorasinya GL :) makanan pun sedap

      Padam