Stew Daging Paling Mudah Dan Ringkas

by - Monday, September 26, 2016



Stew Daging Simple





Masih dalam misi menghabiskan daging korban yang mak bekalkan dari kampung tempoh hari. Maklumlah makan bertiga di rumah ni dengan tiga kilo bekalan daging yang ada, agak mencabar juga untuk menghabiskannya dengan sempurna. Daging korban ni satu amanah untuk kita melakukan dengan sempurna supaya tidak cacat amalan orang lain kan.

Antara menu yang telah ana masak dengan daging korban yang ada di dalam simpanan ialah daging masak kicap, nasi goreng daging, daging goreng kunyit, asam pedas daging dan sup daging. Semua daging kan..dan kali ini ana masakkan stew daging pula. Kalau di lihat secara mata kasarnya, stew daging yang ana masak ni lebih kurang sup sahaja. Ini kerana ana masakkan stew daging mengikut resepi yang mak ana ajarkan.

Caranya mudah dan simple sangat.Bahan yang ana perlukan ialah :

Daging di potong dadu.
Kentang dan lobak merah.
Daun bawang.
Bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih dan halia, dipecah-pecahkan sahaja.
Bahan perisa seperti lada sulah,garam.
Bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Ia berbeza dengan sup sebab ana tidak menggunakan sebarang perencah atau rempah sup.

Cara memasak stew daging:


- Tumiskan bahan tumisan bawang besar, bawang putih dan halia.
- Masukkan daging dan masukkan sedikit air,biarkan mereneh seketika.Tambahkan air jika terlalu kering.
- Masukkan kentang dan lobak merah.Tutup periuk agar daging cepat empuk.
- Apabila daging telah empuk, masukkan lada sulah dan garam sebagai perisa.
- Tambah kuah mengikut citarasa masing-masing tetapi jangan terlalu banyak kerana ia bukan sup.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
- Apabila masak,taburkan daun bawang sebagai penambah perisa stew.



Siap!! Simple kan..stew daging yang paling mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih kurang sup sahaja bahannya kan. Selamat mencuba.. :)

You May Also Like

8 comments

  1. sedapnya. paling saya suka kalau buat daging singgang. meleleh ayaq liuq lupa terus diet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgang daging ye Raihanah, tak pernah kak ana cuba lagi.

      Delete
  2. senang je. kalau daging korban femes nya buat daging singgang. feel betul daging korban.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgang daging ni mesti popular kat pantai timur kan leyla

      Delete
  3. macam singgang dah tu ,, bezanya yang kak ana ni kena tumis .. hii singgang tak payah tumis ..jadi tak ada minyak ..tapi nampak sedap.. x pernah buat stew

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah singgang semua buh sekali kan Wani, kak ana pula tak pernah makan singgang daging, nak cuba juga satu hari nanti :)

      Delete