Sepetang di Forum Bloggers Anjuran YPBN di PWTC

by - Saturday, December 17, 2016


Pertama kali untuk ana menyertai program untuk bloggers sebenarnya. Maklumlah blogger belakang tabir macam ana ni tak pernah keluar menghadiri sebarang event sebelum ni walaupun banyak mendapat undangan dari client, pr dan sahabat-sahabat blogger lain. Faktor lokasi dan masa yang membataskannya. Namun pada 15hb Disember lepas, memandangkan Adik Ika pun telah habis SPM dan lokasinya di PWTC ,Alhamdulillah diizinkanNya jua ana menyertai rakan-rakan blogger lain bersua muka sambil mendapat serba sedikit ilmu dan perkongsian dari blogger-blogger hebat tanah air.

Acara yang ana maksudkan yang akan ana kenang selagi hayat dikandung badan ialah menyertai FORUM BLOGGERS ~ Cabaran Online & Pembangunan Buku anjuran YPBN bersama penaja dan kerjasama dari Khir Khalid Resources, PBU (Projek Blogger Utara) dan Hai Blogger.Ana hadir pun atas jemputan dari Blogger Khir Khalid.



Forum Bloggers Anjuran YPBN di PWTC


Forum Bloggers dengan topik perbincangan Cabaran Online & Pembangunan Buku mengambil tempat sempena EXPO BUKU MALAYSIA yang sedang berlangsung mulai 14hb-18hb Disember 2016 di PWTC. Forum berlangsung di Bilik Melaka, PWTC mulai jam 3 petang menampilkan tiga panel blogger hebat tanahair iaitu saudara BRO FRAMESTONE dari www.broframestone.com, saudara KAMARUDDIN ABDULLAH seorang usahawan, penulis buku dan blogger dari www.kamaruddinabdullah.wordpress.com dan seorang lagi blogger wanita yang juga salah seorang adinda blogger yang pernah bersama sebumbung dahulu CEKGU NORAZIMAH dari www.cekgunorazimah.com yang juga seorang warga pendidik. Moderator petang itu ialah saudara Khir Khalid sendiri bersama tetamu undangan khas pula Tuan Haji Amir Denaihati.




Acara di mulakan dengan pembacaan Surah Al-Fatihah dan di ikuti oleh ucapan Aluan dari Pengerusi YPBN Tuan Hj Hasan Hamzah. Kemudian disusuli dengan ucapan dari tetamu kehormat forum yang merupakan blogger unggul negara Tuan Haji Amir Hassan atau lebih dikenali sebagai Amir Denaihati yang merupakan pengasas Denaihati Network.




Tuan Haji Amir Denaihati sempat berkongsi ilmu dan info-info menarik tentang dunia blog dan cabaran yang bakal di hadapi dalam dunia digital marketing yang boleh menawarkan pendapatan dari penulisan blog. Tercabar rasanya untuk turut bersaing dalam dunia penulisan blog sambil menjana pendapatan secara total In Shaa Allah. 




Kemudian salah seorang lagi antara sahabat blogger yang paling awal ana kenali di dalam dunia blog yang juga bagaikan seorang adik kepada ana, Cik Pinz (www.cikpinz.com) yang merupakan pengasas team PBU atau Projek Blogger Utara sebagai penaja bersama menyampaikan ucapan ringkasnya.




Sebelum forum mengambil tempat, kami disajikan dengan alunan sajak dari saudara Mohd Nor Ijamala. Lama juga ana tidak mendengar deklimasi sajak ni. Terimbas juga nostalgia ketika di aliran sastera semasa berada di Tingkatan Enam dahulu, di mana sajak, puisi dan debat antara yang sering kali kami ambil bahagian setiap kali ada pertandingan peringkat daerah dan sekolah. 

Dan sejurus kemudian bermula lah Forum yang banyak berkisar tentang pendapat ahli panel yang bijak sana berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang bergelar blogger. Bagaimana pandangan mereka cabaran dan merealisasikan dunia digital bersaing dengan penulisan buku sebagai sumber rujukan. Satu topik yang menarik untuk di ikuti kerana kedua-dua bidang ini merangkumi penulisan cuma pada medium yang berbeza.




Saudara Kamaruddin Abdullah contohnya berkongsikan pengalaman beliau menulis di era 1980-an lagi dengan hanya menggunakan typewtritter untuk menghasilkan penulisannya dan kemudian diterbitkan dalam sebuah naskah buku bertajuk PAGES FROM MY PAST. Cabarannya sebagai penulis buku yang, pro dan kontranya hasil dari sebuah cetakan buku dan kini persaingan dalam dunia digital. 





Bro Framestone, yang selama ini ana kenali di alam maya FB, Instagram dan blog hari ini berpeluang beramah mesra dan mendengar sendiri kisahnya bermula sebagai penulis blog underground dan kini antara blogger hot tanahair menerusi Blog Retis beliau. Bro juga berkongsikan tips serta cabaran yang dihadapinya sendiri dalam dunia penulisan blog.




Parenting Blogger dan banyak berkongsi tips-tips pendidikan menerusi penulisan di blog ,Cekgu Norazimah mengambil tempat menceritakan pengalaman awal nya dalam bidang penulisan selepas kelahiran anak pertamanya Irfan dan perkongsian demi perkongsian yang telah banyak memberi manfaat buat pembaca di luar sana. Tahniah CN 💜💜



Selesai forum macam biasa, sessi bergambar dan buat pertama kalinya juga ana berpeluang bersua dan bergambar kenang-kenangan bersama blogger-blogger hebat tanahair. Siapa sangka selama bertahun hanya saling mengenali di alam maya, hari ini dipertemukanNya, Alhamdulillah.

Kami di bawa ke Riverside Cafe untuk minum petang sebelum melawat ke beberapa gerai pameran yang mengambil bahagian di EXPO BUKU MALAYSIA petang itu.Dan bersurai lebih kurang jam 6:30 petang.




Ana Jingga bertemu sahabat blogger


Seperti yang ana nyatakan di awal entri, ana memang tidak pernah menghadiri sebarang acara bersama blogger sebelum ni atas kekangan masa dan jarak yang jauh untuk ke mana-mana acara. Namun siapa sangka dengan izinNya 15hb Disember 2016 lalu, ana berkesempatan bersua sambil berbual mesra dengan mereka yang selama ni merupakan sahabat maya. Seronok dapat mengenali mereka yang tidakloket berkongsi tips dan pengalaman dalam dunia blogger.Ada antaranya telah lama ana kenali di awal-awal menyertai dunia blog seperti adinda Cik Pinz. Di ruang ini, ana abadikan beberapa keping foto yang sempat ana ambil bersama mereka. Terima kasih kerana sudi bertegur sapa dan beramah mesra dengan Kak Ana. 


Cekgu Norazimah, AJ & Shamiera Osment

Aami, Tuan Haji Amir Denaihati, AJ & CN


Bersama Adinda Cik Pinz


Cikgu Ieta & AJ


Ieta, AJ & CN


Ieta,AJ, CN, Bro dan Aami


Bersama Bro Framestone 


CN, Khir Khalid & AJ


AJ, Afdzal, Bro dan Aami



You May Also Like

20 comments

  1. Ramai blogger yang pergi 😍 meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Mazni, banyak perkongsian disini :)

      Delete
  2. Wah kak ana.. meriah dengan kehadiran ramai blogger. Yang tak pernah bersua sebelum ini, akhirnya dapat bertemu mata.. inilah hebatnya blogger.. mesti banyak dapat ilmu .... bila hadiri forum sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Wani, pertama kali kak ana keluar mengikuti event dan bertemu sahabat dan blogger2 hebat :)

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah meriah sangat Faizah :)

      Delete
  4. Wah bestnya korang kat sana...syuni ja blogger Sabah ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ETUZA, jika diizinNya kelak pasti Etuza juga berpeluang bersua di majlis2 sebegini :)

      Delete
  5. Alhamdulillah... terharu dgn entri ini. Terima kasih bnyk atas sokongan dan maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis. Dpt juga jumpa kak Ana hehee... moga menjadi kenangan ukhwah dgn perkongsian ilmu yg membawa manfaat buat kita semua.. aamiin. Moga brjumpa lagi diwaktu lain nanti :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tiada yang kurang KK, terima kasih atas jemputan dan In Shaa Allah jika diizinNya pasti bertemu lagi... :)

      Delete
  6. waahhh hebatnya Ana...tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka memang hebat2 Linda, AJ biasa-biasa sahaja :)

      Delete
  7. Kak ana nampak muda hihihihihi kalau dgn ekin nampak tua ekin hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pulak Ekin hihi, Ekin laa muda :)

      Delete
  8. Bro Framestone tue, nampak hensem la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Framestone yang mana satu yer haha :)

      Delete
  9. K.Ana dah macam retis la...
    Bestlah K.Ana dapat jumpa blogger-blogger hebat face to face.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi Mrs A, retis pencen ada laa, Alhamdulillah diberiNya kesempatan bersua muka :)

      Delete
  10. untung mereka dapat jumpa kak ana.. hehehehe.. :)


    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terbalik MB, kak ana yang beruntung dapat bersua muka dengan insan-insan hebat ni , Alhamdulillah

      Delete