WOW ! MAHA 2016 PALING MERIAH, SAMBUTAN LUAR BIASA

by - Sunday, December 18, 2016


Sebut sahaja MAHA semua orang tahu kan, acara tahunan anjuran Kementerian Pertanian Malaysia. Buat pengunjung setia MAHA ia merupakan acara wajib untuk dikunjungi setiap tahun. Walaubagaimana pun tahun 2016 sambutan yang diberikan oleh pengunjung MAHA 2016 sangat meriah malahan di luar jangkaan kerana mencatatkan jumlah pengunjung melebihi jangkaan.Menurut laporan Berita Harian, Seramai 3.7 juta pengunjung direkodkan pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di sini, yang terbesar dalam sejarah penganjurannya. 

kredit: sumber



Image may contain: text
kredit foto :https://www.facebook.com/maha.gov.my/



Apa yang menarik tentang MAHA 2016 sehingga berjaya menarik jutaan pengunjung ke sini? MAHA sangat sinonim dengan produk pertanian, penternakan, hasil tani, produk makanan dan sebagainya. Sesuailah dengan tema MAHA 2016 kali ini, Our Food Our Future atau Makanan Kita Masa Depan Kita.Bila sebut sahaja produk makanan pastinya menjanjikan satu ruang pameran yang besar di mana di situ menjadi pusat pertembungan antara pengeluar produk dan pembeli khasnya.

Namun bukan setakad produk makanan, MAHA 2016 turut merupakan pusat rujukan setempat untuk segala aspek dalam bidang pertanian dan penternakan seluruh negara. Satu ruang interaksi rujukan pelbagai sumber yang membawa seribu informasi dan jalinan urusan perniagaan.



Sambutan hangat dan luar biasa sepanjang pengajuran di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang selama 11 hari bermula dari 1-11hb Disember 2016 .Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek, "Nilai jualan pada MAHA 2016 juga memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. "Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus" sumber





Pelbagai tarikan dan pembaharuan yang berjaya menarik minat kunjungan dari pelbagai lapisan masyarakat ke MAHA 2016 kali ini ialah memperkenalkan pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA.


kredit foto : https://www.facebook.com/maha.gov.my/

Konsert Rhythm of the Farmers (ROTF)  membawakan persembahan Ebit G Ade dan Datuk Ramli Sarip salah satu acara festival muzik yang berlangsung sempena MAHA 2016 kali ini turut menjadi faktor kemeriahannya. Ia menyajikan pelbagai program dari siang hinggalah ke malam untuk berada di sini mulai jam 10 pagi hinggalah 10 malam. Happening sangat !!




Jadi jangan lupa temu janji kita pada tahun hadapan dan pastinya MAHA 2016 menyimpan seribu satu kenangan manis buat pengunjungnya. In shaa Allah semoga kemeriahan ini bakal berterusan pada setiap kali pengajurannya tahun demi tahun. Jom kita saksikan corat coret kemeriahan di MAHA 2016 sepanjang sebelah hari berkampung di MAEPS, Serdang 👍👍👍









You May Also Like

8 comments

  1. Memang teringin sangat nak pi...kalau pi kena sewa hotel lah 7 siap duit banyak sikit hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kak Mala, memang seronok pi MAHA ni, macam-macam nak beli kat sini :)

      Delete
  2. Tu la kak Ana.. kali ini katanya lagi meriah.. pengunjung pun ramai sangat.. tapi X berkesempatan pun nak pergi.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan pengunjung tahun ni melebihi target :) meriah sangat

      Delete
  3. setiap tahun dok dengar nama je MAHA Ana tapi belum pernah merasa masuk kesini tuggulah ada rezeki pasti nak merasa jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Kak Noor ada rezeki sampai juga Kak Noor ke MAHA suatu hari nanti

      Delete
  4. takde rezeki nak kesana baru2 ni. jelestengok org lain pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa kemeriahannya kan Raihanah :)

      Delete