Sebut sahaja Ramly Burger semua pun tahu kan terbayang seketul burger yang lazat yang dijual di merata tempat di seluruh Malaysia ni. Kadang-kadang kalau kena dengan selera burger yang dijual di tepi jalan dengan jenama dari Ramly Burger ni jauh lebih sedap dan murah dari di lain-lain restoran makanan segera. 

Ana dah lama dah sebenarnya teringin sangat nak mencuba sendiri makan di Restoran Ramly Burger ni. Selalu terbaca dari posting rakan-rakan FB, namun terkini dari posting Kak Ija di FBnya ana dapat tahu di Aeon Big Wangsa Maju atau dahulunya Carefour tu dah ada restoran Ramly Burger.Kebetulan minggu  lepas ke sana, kami singgah petang buat pertama kalinya ke Restoran Ramly Burger.




Ana rasa banyak juga cawangan Ramly ni di mana-mana tempat, cuma ana tak pernah lagi singgah mencubanya sendiri. Kali ini rezeki bila lokasinya di Carefour, Wangsa Maju ni bolehlah merasanya sendiri. Sayang, restoran ni agak lengang jika dibandingkan dengan restoran makanan segera lain. Ana rasa promosi yang lebih lagi perlu dilakukan untuk mewar-war kan tentang makanan di Ramly ni. Jom kita tengok apa yang sempat ana makan disini petang tu.





Petang tu ana mencuba Burger Daging, Oblong Daging Lembu dan Oblong Ayam. Ermm... ia didatangkan dalam set bersama fries dan air. Sama seperti mana-mana menu makanan segera tapi harganya lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain di pasaran.




Set dari Ramly Burger yang kami makan petang tu. Daging burgernya memang sedap sama lah macam yang kita makan di gerai-gerai burger di tepi jalan tu kan, cuma disini di masak lebih lembut dan di adun bersama perapan sos dan sayuran salad serta mayonis . Fries pun besar dan gemuksss 😉😉😉





Haha!! Burger Oblong ni dah kena ngap separuh baru nak ambil gambar.Ianya pilihan suami ana, laju je dia ngap tak sempat isteri bloggernya nak snap ambil gambar.Sedap ada blackpepper sauce. Roti dia pun lembut sangat.



Cuba korang tengok harga set makanan di Ramly Burger ni, murah dan berbaloi kan. Combo Original Burger tu sama ada daging atau ayam cuma RM8.40 , Combo Oblongnya pula untuk daging atau ayam serendah RM9.80 dan terdapat juga lamb chop RM17.90 manakala Croissant set tu RM12.80. Lain kesempatan ana nak cuba set croissant tu sebab nampak memang menyelerakan, yummy !!






Ruang restoran Ramly Burger ni pun selesa dan santai. Jadi apa tunggu lagi, kalau teringin nak makan burger Ramly yang femes tu carilah mana-mana kiosk atau restoran Ramly Burger. 



10 Comments

  1. Sedapnyaaaa burger. Nani pernah makan sekali je dekat LRT Jelatek. Heheh. Cawangan macam ni lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ye kat sana Nani, kak ana suka pula makan burgernya ,sedap :)

      Delete
  2. menarik gak, ada satu kat tempat saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kalau ada cawangannya berdekatan kan Raihanah :)

      Delete
  3. wah dah dekat dgn suki tu..kalau tahu bleh join makan burger skali hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tunggu lagi Suki, jom JJCM ke sini lak :)

      Delete
  4. Tak pernah jumpa lagi ditempat kak. Harus ada...restoran makanan segera lain semuanya dah mahal sampai nak makan rasa macam tak berbaloi saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kalau ada senang sikit sesekali nak makan fast food Ramly ni kan :)

      Delete