Chalet Tepi Pantai Di Shah's Beach Resort, Melaka

by - Wednesday, February 15, 2017

Orang lain biasanya bercuti ketika musim cuti sekolah sekitar November dan Disember yang lalu. Memandangkan Adik Ika baru sahaja selesai SPM dan Kak Long pula dah habis pengajian Diplomanya, kami tangguhkan dahulu percutian sehingga lah tiga mingu lepas, suami ana mengambil cuti panjang mulai Rabu hingga ke Ahad untuk bercuti bersama keluarga kecil kami. Kami memang merancang awal-awal lagi untuk bercuti pada hari bekerja atau working days. Banyak kelebihan sebenarnya apabila memilih bercuti hari biasa ni, salah satunya rate hotel yang lebih murah, tidak ramai orang dan yang best kurang kesesakan lalu lintas. Kan best, barulah bercuti dengan aman kan.

Perancangan awal kami nak ke Kuantan atau Trengganu. Nak cari resort tepi pantai..Namun kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukannya. Di beritakan Pantai Timur sedang dilanda banjir gelombang kedua. Akhirnya destinasi pilihan kami ke Melaka sahaja lah. Dan kami masih memilih resort di tepi pantai dan Alhamdulillah kami bermalam di SHAH'S BEACH RESORT, Tanjung Kling, Melaka.Menepati pilihan kami, resort dengan kolam renang dan ditepi pantai. Jom ana kongsikan dengan korang semua, suasana best di sekitar SHAH'S BEACH RESORT ni, sangat cantik, selesa, harga pun berpatutan, ada sarapan pagi, ada pool dan yang best sangat tepi pantai gitueww 💗💗



SHAH'S BEACH RESORT,TANJUNG KLING,MELAKA


Sebelum ke sini,  kami ke Pantai Puteri terlebih dahulu dan melihat beberapa hotel dan resort di sana. Anak-anak ni agak memilih juga di mana nak stay, kami juga ke sekitar Klebang dan terdapat juga beberapa apartment dan last-last, Kak Long yang mendapat info dari kawannya mencadangkan ayahnya singgah survey di sini, SHAH'S BEACH RESORT.



SHAH'S BEACH RESORT terletak tak jauh dari Pantai Klebang. Kalau kita lihat dari pandangan luarnya nampak seperti sebuah banglo besar yang bersenibina Oriental lama sahaja. Tak terfikir langsung yang resort ni menghadap laut.


Laluan masuk ke SHAH'S BEACH RESORT, lanskapnya pun dah menarik perhatian kami.



Sekali pandang seperti melihat sebuah galeri dengan senibina oriental dengan anak tangga batu ciri rumah tradisional Melaka yang unik kan. Dan apabila melangkah ke ruang lobi resort ni,wow!!Really terkasima kerana ianya memang konsep yang paling ana minati selama ni. Berkonsep hiasan dalaman Baba dan Nyonya Melaka. Cantikkkkk sangatt. Memang ana minati selama ini peradaban dan tradisonal Baba dan Nyonya ni.



Cuba korang tengok sendiri dekorasi di ruang lobi resort ni. Cantikkan, ye laa lain orang lain citarasanya. Bagi ana peminat koleksi hiasan, budaya Baba dan Nyonya ia bagaikan dream comes true bila dapat berada di ruang yang seindah ini. Senibina dan hiasan Baba dan Nyonya ini sangat unik dan hanya dapat dilihat di Melaka, Penang dan Singapura sahaja kan,kalau tak salah ana laa.















Okay, sampai di kaunter Reception, ana bertanya terlebih dahulu room rate untuk hari Khamis tu. Ana di berikan beberapa room tarif untuk beberapa jenis chalet yang ada disini. Semuanya masih dalam bajet kami dan anak-anak memilih untuk menyewa chalet berhadapan kolam renang. Ana mengambil dua buah chalet dihadapan pool dan mempunyai pintu dalam yang boleh menghubungkan kedua-dua buah chalet. Chalet ini jenis yang premium antara jenis-jenis chalet lain yang disediakan.Korang bolehlah pilih mana-mana chalet yang sesuai dengan keperluan dan bajet masing-masing.



Ini bilik dalam chalet yang ana huni hari tu, sama sahaja dengan bilik anak-anak yang boleh dihubungkan melalui connection door di dalamnya. Jenis DELUXE CHALET. Diberikan sebuah Queen Bed, lcd dengan beberapa siaran Astro, sejadah dan arah kiblat juga disediakan termasuk kettle,dua mug dan tea dan coffee. Standard la kan mana-mana hotel pun. Alhamdulillah semuanya dalam good condition untuk percutian kami.


Menarik pula dekorasi bumbung chalet ni bermotifkan bumbung tepas Melayu Tradisional dan chalet ini memang dalam bentuk rumah papan tradisional Melayu. Cantik.




Bilik air juga bersih dan selesa digunakan dengan pemanas di sediakan. Biasalah kalau ada aircond mesti ada heater kan.. hihi




Seperti yang ana nyatakan awal-awal tadi chalet pilihan anak-anak ni berhadapan kolam renang. Petang lepas Asar je anak-anak ajak turun ke pool.Macam ana katakan percutian hari bekerja ni memang heaven sebab penyewa pun tak ramai. Terdapat beberapa buah keluarga dengan anak-anak kecil lebih awal dah turun ke pool. Bila tengok dah tak ada orang ramai, kami pun take turn la turun berendam ke pool. Dah bayar mahal kan, belasahlah berendam sampai hampir masuk waktu Maghrib, berswafoto sakan gitu.



Dua dari chalet di hadapan pool ni lah milik kami hari tu. Dan dihujung sana yang terbentang luas tu ialah pantai menghadap Selat Melaka (rasanya la kan dah duk Melaka, mestilah Selat Melaka kan hihi ) So SHAH'S BEACH RESORT memang awesome sangat dengan percutian kami kali ni, lepak chalet, mandi pool dan menikmati angin petang di tepi pantai.



Jom ana kongsikan pula pemandangan yang mendamaikan ditepian pantai. Sebenarnya SHAH'S BEACH RESORT ini terletak di Tanjung Kling, berhampiran dengan Pantai Klebang sahaja. Nak ke Bandar Melaka pun dalam 10 km sahaja. Mudah nak ke Banda Hilir dan lokasi menarik di Bandar Melaka ni.














Jiwa ni tenang sekali melihat laut yang luas terbenang,mendengar deru ombak seolah-olah berzikir mengulangi pantai, Subhanaallah indahnya dan sempurnanya ciptaanMu. Inilah percutian yang ana idamkan, penuh ketenangan dan dekat dengan alam.

Malam tu, lepas Maghrib kami keluar ke Bandar Melaka, round-round Dataran Pahlawan seketika kemudian kembali ke Pantai Klebang untuk makan malam di gerai-gerai berderetan di laluan utama. Kami singgah makan asam pedas dan menu nasi goreng panas-panas di salah sebuah gerai dan Alhamdulillah asam pedasnya memang sedap sangat. Murah juga satu set asam pedas daging, nasi putih dan telur asin cuma RM10. Balik ke resort dan beradu dengan lena.




Suasana pagi yang semakin cerah selepas bangun Solat Subuh dan menikmati keindahan alam dipinggir pantai. Bukan selalu dapat melihat ufuk timur di waktu subuh di tepian pantai. Subhanaallah.. kami ke cafe dalam jam 8:00 pagi menikmati sarapan pagi yang disediakan bersama pakej penginapan. Cafe berkonsep terbuka  mengadap kolam renang dan di hujung sana pantai yang indah.









Menu sarapan pagi biasa lah mana-mana pun nasi goreng, kuew tiaw sup, sosej, kacang panggang, roti dan sebagainya. Sedap dan mengenyangkan, Alhamdulillah. Yang paling ana suka yang bulat-bulat tu, awalnyaana ingatkan cucur rupanya macam rasa keropok lekor, sedap lembut dang rangup, macam mana tu haha tapi serius sedap. First time ana makan macam cucur ikan la lebih kurang.




Lepas sarapan, dalam jam 9:00 pagi anak-anak sekali lagi turun mandi pool. Kembali lepak di tepi pantai dan hampir jam 12 tengahari kami check-out. Selamat tinggal SHAH'S BEACH RESORT, terima kasih percutian yang mengembirakan buat kami sekeluarga.In shaa Allah ada rezeki kami datang lagi. Resort ni ana suka sangat dan fully recommended kalau korang mencari penginapan chalet dengan kolam renang di tepi pantai di Melaka.

Harganya pun sangat berpatutan. Ana pmaerkan disini room rate pada ketika kami menginap disini. Mungkin akan ada perubahan harga di lain masa. Adios!!


You May Also Like

6 comments

  1. Betul k.ana, seronok bercuti time tak ramai orang..harga hotel murah, barang2 yang dijual macam cenderahati pun murah..cantik tmpt k.ana & family bercuti ni..saya & family pun baru balik cuti dari Melaka tapi kitaorang stay di hotel dekat Dataran Pahlawan..Memang cari hotel area situ, senang nak jenjalan tak payah bawa kereta..Jammed...dah macam KL..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Fieza, selesa sangat..pernah gak tidur area Banda Melaka, cuma kali ini kak ana memilih nak bercuti di tepi pantai gitu hihi :)

      Delete
  2. Bestnyaaa tempat ni, nampak selesa sangaat. Hehe. Bila entah nak pergi sana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Nani, sebab tu kak ana review bolehlah orang lain nak bercuti kat sini nanti kan :)

      Delete
  3. Not bad juga chalet dia ni. ada sentuhan-sentuhan tradisional macamtu. nice, saya buat lawatan balas di sini ya sambil follow :) terima kasih sudi singgah blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SS, memang cantik dan selesa sangat untuk bercuti disini, Terima kasih sudi bersama www.anajingga.com :)

      Delete