Ana ingat lagi ketika anak-anak masih kecil dahulu, Kak Long memang takut betul nak bersyampu kepala. Takut pedih mata budak kecil tu, tapi hanya selepas menggunakan syampu dan mandian CARRIE JUNIOR barulah dia suka mandi dan bersyampu. Pertamanya kerana ia tak pedihkan mata, kedua sebab iklan CARRIE JUNIOR mandi dengan anak gajah comel tu yang buat dia suka. Itu kisah lama, sekarang Kak Long dah remaja, tapi masih suka dengan CARRIE JUNIOR ni. Bila ana dapat kiriman pek terkini CARRIE JUNIOR, dia awal-awal dah cop nak gunakan.

Inilah lejennya jenama CARRIE JUNIOR telah berada di pasaran tempatan lebih dua puluh tahun dan masih unggul dalam mandian dan syampu bayi dan kanak-kanak. Sebut sahaja CARRIE JUNIOR pasti teringat anak gajah comel tu kan.



Dalam apa keadaan sekalipun, keperluan anak-anak perlu diutamakan. Kegawatan ekonomi yang kian hari kian membelenggu ibubapa masa kini terus menjadikan kita lebih berjimat cermat dalam segala perbelanjaan. Peka dengan situasi masa kini, CARRIE JUNIOR tampil menawarkan pilihan yang lebih menjimatkan khas buat ibubapa terus memberi keutamaan dalam penjagaan diri anak-anak.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.

Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.





Didatangkan dengan empat variasi CARRIE JUNIOR dengan pek isian semula Cheeky Cherry (pink), Groovy Grapeberry (hijau), Double Milk (biru) dan Joyful Rasberry. Semuanya haruman yang sama wangi dan segar buah-buahan terpilih. Ana suka sangat sebab masuk bilik mandi je dah bau harumannya yang sedappppp sangatt.

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.


Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.



Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.

10 Comments

  1. senang ada pek isian semula ni
    anak2 el pun cukup suka ngan sabun ni..

    ReplyDelete
  2. Salam, hai lama xsinggah sini..ape kabar? Alhamdulilah, terima kasih doakan sy dimudahkan segalanya nanti...hihi

    Sabun Carrie Junior ni mmg wangi, baru je beli travel pek konon utk persiapan pergi hospital nanti...tp utk maknye lahh...bukan utk baby, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Lynn, kak ana pun lama tak jengok blog Lynn tau2 sedang hamil dah..terima kasih singgah ke AJ ye Lynn, jaga diri baik2 :)

      Delete
  3. memang pilihan saya untuk anak-anak
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok anak-anak bermandian dengan Carrie Junior ni kan Mar :)

      Delete