Abadikan Detik Indah Di Dalam Sebuah Photobook

by - Saturday, April 15, 2017


Photobook sekarang ni dah jadi satu trend di kalangan kita semua untuk mengabadikan detik-detik indah dalam perjalanan kehidupan. Kalau dahulu, kami ambil gambar-gambar kenangan, kemudian ke kedai gambar untuk mencetaknya atau dulu-dulu kami panggil cuci gambar :) Kini semua nya di simpan dalam galeri handphone sahaja kan. Mudah untuk ambil gambar tapi nak cetak pula jadi kekangan kerana faktor masa, bayarannya pun dah mahal kan. Last-last bila kehilangan handphone atau rosak, habis semua gambar-gambar kenangan hilang begitu sahaja, mahu menangis tiga hari tiga malam kan...


Dimana nak buat Photobook 


Memandangkan Kak Long baru sahaja selesai menamatkan pengajian Diploma di Uitm dan Adik Ika pula telah menamatkan zaman persekolahannya, mereka berdua bercadang untuk mengabadikan detik-detik kenangan mereka di dalam sebuah photobook. Menurut mereka berdua photobook lebih mudah dan trending kerana di setiap helaian mereka boleh letakkan caption untuk setiap foto kenangan bersama rakan-rakan tersayang.

Suatu hari nanti, mereka dapat mengenang semula setiap memori yang dicipta dengan membelek setiap halaman kenangan di photobook. Tapi terfikir juga di mana hendak membuat tempahan sebuah photobook yang mudah secara online? Sambil belek-belek di LAZADA, akhirnya kami memilih untuk menempah dua buah photobook di Photobook Malaysia. Kalau korang berminat juga nak membuat sebuah photobook sila ke SINI




Pelbagai pilihan yang korang boleh pilih dan tempah mengikut citarasa masing-masing kay. Perkhidmatan mereka ni memang awesome sangat, penghantaran cepat dan sentiasa akan update kita sepanjang proses pembelian. Kita juga boleh track penghantaran dengan mudah. Kedua-dua photobook milik Kak Long dan Adik Ika cuma mengambil masa tiga hari dari hari membuat tempahan dan hari ke tiga dah selamat sampai ke tangan anak-anak ana. Seronok bukan main mereka dapat memiliki photobook masing-masing sebagai tanda kenang-kenangan sepanjang hayat. Terima kasih Photobook Malaysia 

You May Also Like

4 comments

  1. Kena berapa rm? Tak pernah tempah sendiri lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyma, ikut saiz dan berapa page photobook yang kita nak tempah, boleh je ke LAZADA di link yang AJ bagi tu :)

      Delete
  2. Nice one! I hope I have one too :')

    ReplyDelete