Jom Buat Jus Mangga Susu Yang Sedap

by - Monday, April 24, 2017


Hari tu ana makan di restoran western di sini, try laa order segelas jus mangga susu. Wow!! Rasa dia memang sedap bangat gitu..Cukup pekat, cukup manis buah dan lemak dari buah mangganya, dan tambah lemak manis dengan rasa susunya. Laju je habis segelas, benda sedapkan. 




Cara Buat Jus Mangga Susu


Ana ke pasar malam beberapa minggu lepas, kebetulan musim mangga agaknya. Dapatlah beli sekilo berharga RM5. Dapatlah dalam lima ke enam biji mangga. Walaupun mangga ni hijau tapi masak ranum, memang jenis dia kut. Rasapun manis, Alhamdulillah..rezeki.

Ana ambil sebiji, basuh dan buang kulit kemudian hiris kepingan. Masukkan dalam blender dan masukkan susu pekat. Masukkan air sejuk dan terus blend sebati. Siap..memang sedap,cukup lemak manisnya. Jangan masukkan ais batu kalau nak hidangkan, masukkan ais kiub tu cuma di dalam gelas yang bakal di hidang, baru terasa pekat dan ia tidak mencair dengan segera.




Jadi kalau korang terjumpa buah mangga yang masak ranum jangan lupa try buat jus mangga susu ni kay. Memang sedap sehingga menjilat siku hihi :) Jus mangga susu ni juga dikenali sebagai smoothie mango. 




Just nak kongsikan dengan korang jugalah, di mana nak beli blender yang bagus untuk di gunakan dalam masakan seharian kita di rumah kan. Ana cadangkan korang cari di LAZADA sahaja, pelbagai jenama ada untuk pilihan dan bajet masing-masing. Personal blender yang ana guna ialah PENSONIC Personal Blender dan paling istimewanya ialah kerana ia adalah BPA Free bermaksud bebas bahan kimia plastik yang boleh memberi kesan pada kesihatan dalaman. Senang sangat nak gunakan untuk menghasilkan jus kerana datang dalam bentuk tumbler. Lepas blend tukar penutup dan terus dijadikan bekas air atau tumbler terus dah. Menarik kan.. meh klik sahaja di SINI dan shopping di LAZADA. 

You May Also Like

6 comments

  1. Kak ana tau tak.. jue kan kalo mangga makan saja boleh kalo buat jus mcm tak lalu. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke Jue, lain orang lain seleranya kan :)

      Delete
  2. Mmm...memang sedap Ana...tapi kak pun suka makan yang buah masak lagi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak Mala,lagi sedap hihi :)

      Delete
  3. mangga susu ni kalau bagi ain satu jug pun habis minum sorang-sorang je.. heheheehee.. :p

    masa hidang tu, letak sikit mangga yang dipotong dadu kecik2.. yummmm..!

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan ain, heaven sangat rasa dia :)

      Delete