Sagun - Kudapan Kanak-kanak Di Suatu Waktu Dahulu

by - Monday, May 08, 2017


Ana ke majlis perkahwinan anak kawan sepejabat suami di Sungai Choh, Rawang pada Sabtu yang lalu.. Majlis ni sangat melekat di hati ana kerana banyak mengundang nostalgia majlis perkahwinan era 1980-1990-an suatu masa dahulu, zaman ketika ana masih kanak-kanak dan membesar dengan nostalgia silam yang manis untuk dikenang semula. Antara yang ana nak kongsikan disini ialah kudapan yang Kak Long ambil dari candy buffet  majlis iaitu 'Sagun'. 




Sagun

Kami panggil ni 'sagun'.Ini lah antara kudapan kami ketika zaman kanak-kanak dahulu. Bila ana share gambar ni di Facebook, ramai juga generasi muda yang kenal dan pernah menikmati kudapan ni. Tapi ye lah.. tak sehebat nostalgia kami kanak-kanak 90-an dahulu agaknya. Sagun ni antara yang dijual sebagai jajan di luar sekolah ketika menunggu bas. Bungkusannya seingat ana hanya menggunakan surat khabar sahaja di gulung gelongsong kemudian di bahagian atasnya di letak kertas berwarna sebagai hiasan. Di jual segulung tu 10 sen sahaja kalau tak salah. 

Rasanya bukan lah sedap sangat pun, hihi..ia diperbuat daripada kelapa parut, tepung dan gula. Tapi awas!! Bila makan ni boleh buat tersembur atau tersedak kalau silap haribulan. Nak makan ni kena tuang terus ke dalam mulut. Kalau bercakap ketika ia masih berada di dalam mulut, akibatnya tersedak la nanti. Memandangkan ketika itu tak banyak pilihan yang ada, sagun ni lah yang menjadi jajan kami masa dahulu. Sedap tak sedap, hadap sahaja laa kan..

Ketika Kak Long, ambil dan bawa balik, dia ingatkan benda tu coklat macam choki-choki tu katanya. Bila ana buka dan tuangkan dan dia merasa, ermmm..tak nak laa ibu, tak sedap pun serbuk kelapa je. Ini lah bezanya anak-anak generasi sekarang, mereka banyak pilihan untuk menikmati kudapan dan jajan berbanding dengan zaman kita dahulunya. Tetapi ana tetap bercerita dengan anak-anak kisah-kisah silam kami di waktu kanak-kanak dan mengajar mereka mengenali sejarah silam. Waallahu a'lam.

You May Also Like

4 comments

  1. Sagunn...memang dulu kala zaman kak kecil benda ni selalu dimakan. Kak biasa juga buat sendiri masa baru kawin dulu...hahaha dah lama benar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Kak Mala, mengimbas nostalgia silam kan bila terjumpa semula benda-benda rare di zaman sekarang ni :)

      Delete
  2. Lamanya tak makan sagun ni. Rindu pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga ye cikrenex makan sagun hihi :)

      Delete