بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيْمِ

Selepas hampir 3 bulan blog ini menyepi dari sebarang artikel, hari ini Alhamdulillah.. kak ana kembali menulis dengan perkongsian-perkongsian baharu, In Syaa Allah yang mungkin ada manfaatnya buat mereka yang mencari . 

Last entri kak ana terbitkan pada 27 hb January 2026 lalu , Subhanaallah.. Tak pernah lagi selama ni tanpa entri. Namun kekangan masa membataskan penulisan atas urusan-urusan yang harus di dahulukan serta faktor kesihatan. 

Apapun Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah swt akan setiap rentetan perjalanan hidup ini kerana masih boleh menyambung penulisan dan perkongsian untuk pembaca yang masih sudi berkunjung ke www.anajingga.com . Terima kasih.. 


biskut raya
Biskut raya 


Bila kak ana buka blog dan melihat paparan statistic, Masyaa Allah trafik masih tinggi ribuan pageview setiap hari walaupun tanpa entri-entri baru, menguatkan semangat kak ana untuk terus menulis. 

Kak ana akan cuba kongsikan setiap coretan perjalanan kehidupan ini yang mana mungkin ada manfaat buat semua umat. Yang baik semuanya datang dari Allah swt dan yang khilaf adalah dari kekerdilan kak ana sebagai hambaNya . 


Semperit tradisional
semperit tradisional 

Apa yang sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog ni ? Hehe! Penghujung Januari tu kak ana dah mula sibuk dengan persiapan akhir sebelum berangkat ke tanah haram menunaikan umrah dan ziarah. In Syaa Allah akan kak ana terbitkan pengalaman pertama kak ana dari persiapan hingga ke aktiviti ziarah umrah . 

Ini kerana kak ana sendiri banyak mendapat info dari perkongsian ramai umat Muhammad saw di internet sebelum berangkat hinggalah gambaran situasi di sana. Paling banyak adalah dari perkongsian pengalaman dan tips mereka di tiktok. 


Tart nanas kerang
tart kerang 


Jadi sebagai seorang blogger dan content creator, kak ana akan cuba berkongsi balik pengalaman ini yang mana mungkin ada manfaat buat mereka yang seperti kak ana dahulu ingin mendapatkan info dan tips dari pengalaman yang sedikit ini.  

In Syaa Allah.. Yang di kongsikan kan adalah pengalaman dan perjalanan umrah dan bukan lah ibadah kerana ibadah itu adalah urusan kita hambaNya dengan Allah swt... 


biskut almond london
almond london 


Kak ana , suami dan Adik Ika berangkat ke tanah suci pada 4hb February 2026 dan Alhamdulillah sampai ke tanahair semula pada 15hb February 2026. Sampai di Malaysia semula di uji dengan kesihatan yang agak merosok seperti demam dan batuk hingga mendapat radang paur-paru. Namun syukur sangat, semasa di sana kesihatan kak ana amat baik. 

Hampir sebulan juga baru pulih sepenuhnya, syukur. Dan selang 4 hari kak ana balik, kita semua pula menyambut bulan Ramadan 1447H. Dengan kesihatan yang tidak begitu baik , kak ana meneruskan ibadah puasa namun tak berapa aktif sangat pergerakan jadi tak daya nak menulis . 


tart nanas bunga
tart bunga 


Dalam masa yang sama, di resekikanNya pula untuk suami renovated ruang parkir di hadapan rumah yang menyumbang lah kenapa lambat baik batuk. Habuk simen dan tiles dengan kelam kabutnya nak berkemas selepas siap semula. 

Bertimpa pula ye, langsung lagi lah tak dan nak menulis. Idea pun tak boleh nak hadir dalam fikiran walaupun rasa banyak yang nak di kongsikan. 


biskut strawberi
biskut strawberi 


Dan.. bersambung pula persiapan hari raya. Walaupun sederhana namun sebagai hambaNya yang di tuntut untuk menyambut Aidil Fitri dengan kegembiraan dan rasa syukur atas kemenangan kita berjaya menyelesaikan ibadah puasa sebulan, persiapan tetap di lakukan sedaya yang ada. 

Raya tahun ini, kak ana, suami dan Adik Ika tak beli pun baju raya kerana kami pakai pakaian yang sedia ada dan abaya yang di beli di tanah haram. Kuih raya pula , kak ana hanya tempah semperit dari sepupu kak ana, Intan dua balang. 


biskut chocolate chips
biskut chocolate chips 


Selebihnya yang dalam gambar-gambar di atas adalah pemberian besan kak ana, Ida yang memang taukeh biskut raya dan hamper dari pejabat suami. Kami pun masak rendang, lemang dan kak ana sempat buat kek butter marble dan puding caramel tanpa telur untuk juadah pagi Syawal 1447H di Teluk Intan. 

Apapun syukur Alhamdulillah atas percaturan perjalanan hidup kak ana sekeluarga dariNya. Pada kak ana permulaan 2026 ini sangat indah kerana yang di doakan bertahun lama akhirnya tercapai menjejak kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah. 

Ini lah hadiah yang paling indah dari Allah swt pada usia ini. Syukur Ya Allah dan bawalah kami ke sana lagi dan lagi di waktu mendatang.. Aamiin Ya Rabbal A'laamiin... 


1 Comments

  1. Alhamdulillah.. selamat kembali menulis. Moga sihat selalu :)

    ReplyDelete