Semalam ada dua perkara  yang sangat mengembirakan ana, mula-mula pagi tu terlebih rajin buka blog pagi-pagi, blogwalking ke blog di reading list terbaca keputusan GA adinda Fuza dari Sulaman Lace Heaven dan Alhamdulillah ana memenangi hadiah saguhatinya. Teruja sangat sebabnya Fuza antara blogger yang awal ana kenali dan kami juga lahir di dalam bulan yang sama, Januari .

Kemudiannya selepas siap menjemur kain di laman, menjengok ke peti surat dan ada surat cinta dari Nuffnang untuk ana.Alhamdulillah cek dah selamat sampai setelah di 'cash out hujung Disember lalu. Seronok sangat kerana sambil-sambil berkongsikan sesuatu yang mungkin memberi manfaat buat orang lain , dapat juga sedikit rezeki untuk 'reward' diri sendiri.

Cara untuk 'cash-out' akaun Nuffnang.

 

Ana kongsikan disini cara yang sangat-sangat mudah untuk 'cash-out earning' dari akaun Nuffnang.Sekiranya ada antara blogger baru yang pertama kali ingin menunaikan akaun mereka.



Pastikan jumlah wang terkumpul melebihi RM50 sebelum boleh di 'cash-out' kan dan yuran RM1 dikenakan untuk setiap transaksi, jadi biarlah jumlah 'cash-out'  dilebihkan RM1 supaya jumlah cek nanti genap.


Setelah berpuas hati dengan jumlah pendapatan atau 'total earning' yang ingin di tunaikan, klik kan sahaja di butang 'cash-out'.


Kemudian lengkapkan butir-butir yang diminta dan pastikan segalanya lengkap dan tepat supaya tidak tertangguh pembayarannya. Akaun hanya akan di tunaikan pada setiap hujung bulan dan mengambil masa 30 hari sebelum menerima cek dari pihak Nuffnang.

Bagi blogger-blogger baru yang ingin mencuba menjana pendapatan dengan Nuffnang bolehlah mendaftar di http://www.nuffnang.com.my/


~ berkongsi rezeki Nuffnang disini~