AisKrim Tapai Pulut

by - Sunday, July 02, 2017


Sambung cerita Syawal 1438H lagi hari ni, kali ini ana nak kongsikan dengan korang menu sedap tapai pulut yang biras ana buatkan ketika ana balik beraya ke Benta, Kuala Lipis yang lalu. Ana ni memang peminat tegar tapai pulut, nak-nak yang cukup masak peramnya, manis leting kata orang Kelate'. Biras ana pula tahu sangat ana memang suka tapai pulut, sempatlah dia buat kan tapai pulut sebagai hidangan untuk kami sekeluarga ketika ke rumahnya. Tuu diaa..sedap sungguh tapai pulut ni.



Tapai pulut Pantai Timur


Sesuatu yang unik yang ana nak kongsi dengan korang ialah tapai pulut yang biasa ana makan dikalangan orang Pantai Timur ni khasnya di Kelantan dan Trengganu, depa bungkus dalam daun getah yang berangkai. Mula-mula dulu nampak pelik juga laa kan sebabnya kami di Perak dan Selangor ni tapai pulut buh dalam daun pisang. Tapi itulah keunikkannya menu-menu makanan ibunda di seluruh tanahair. Lain negeri lain caranya. 

Tapi jangan lah rasa jengkel dengan perbezaan ini sehingga terjadinya penghinaan terhadap makanan, rezeki yang Allah swt beri kan kepada hambaNya. Ana tak berapa gemar membaca komen dari sesetengah orang ni, bila nampak pelik dan lain sedikit dari kebiasaan, cepat sangat kritik dan komen yang seolah geli dengan menu makanan yang berbeza kaum dan budaya ni. Tak nak makan tak kisah, tapi jangan  menghina kay, cara kita berbeza, tak baik buat macam tu..

Makan tapai pulut dengan aiskrim




Biras ana sempat juga bekalkan bawa balik tapai pulutnya dengan ketupat palas. Balik rumah simpan dalam peti sejuk, wahhh sedapnyaaaa.. Kemudian ana makan pula selebihnya dengan aiskrim,lagi lah nikmat kelazatan yang tak terhingga. Sebenarnya lebih sedap makan dengan aiskrim vanilla, tapi memandangkan di dalam fridge hanya tinggal aiskrim coklat, pun tak kurang juga sedapnya. 

Bagi yang tak pernah cuba tu, baik korang cuba try test rasa, kalau korang peminat tapai pulut, pasti korang akan fall in love laa... cuba kay. Sudukan sahaja aiskrim dengan tapai pulut tu, ngapp!! masuk mulut. Kombinasi yang masam-manis dan menyejukkan sekali. 

You May Also Like

16 comments

  1. Tak pernah makan lagi..nanti bleh cuba la

    ReplyDelete
  2. sedapnya tapai pulut bungkus pulak dengan daun getah memang bestlah saya pun suka, makan dengan aiskrim vanilla memang nyaman terasa lalu kat tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sepatutnya paling sedap makan dengan aiskrim vanila ARYAN, tapi kat rumah masa tu hanya ada aiskrim coklat je, tapi not bad laa kombinasi dia sedap gak :)

      Delete
  3. Akak pun peminat tapai pulut ana..
    Sedapkan..
    Tapi skrg dah tak merasa air tangan arwah mak dan MIL akak..
    Masih terasa kesedapan tapai pulut mereka.

    Selamat hari raya ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Yati, Allahu air tangan insan yang tersayang memang payah untuk di cari ganti.. :(

      Delete
  4. sedapnya..baca pun dah terliur.tapai ni kalau orang yang membuatnya pandai, memang sedap.kak ana belajar buat tak?hehe..by the way, selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya Sal, haah betul tu kena cukup peramnya, pulut tu masak elok dan ragi yang baru kalau tak tak sedap juga kurang manisnya..ermmm tak pandai kakak awak ni buat tapai Sal, makan je pandai hihi :)

      Delete
  5. bab hina makanan tu memang patut.tak suka diamkan aje.kan itu rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, bila nampak yang pelik sikit dengan menu yang biasa depa makan mula lah komen yang bukan-bukan, sedih sangat mentaliti orang macam ni :)

      Delete
  6. Itulah haritu tengok dalam facebook ada tunjuk makan tapai dengan vanila. Tertanya juga sedap ke gabung. Hehe. Tapi tak terbuat pulak, tapai ada je kat rumah ni, tak habis lagi, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa CIKKYRA, nanti ada tapai lagi beli aiskrim kay,sedapp tau ,cuba kay :)

      Delete
  7. wow rare ni kak.. CT makan gak tapai tapi im not a fan. makan pun sebab arwah Tok selalu buat jadi familiar la jugak.. kalo x rasanya x makan jugak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kak ana dulu pun kurang suka CT, tapi bila sekali pekena yang kaw punya tapai, memang tersuka tanpa sengaja terus ke hari ini :)

      Delete
  8. Mrs. A pun baru aje makan aiskrim dengan tapai pulut time open office raya hari tu. Sedap juga kena dengan selera Mrs. A

    ReplyDelete