Terima Teguran Dengan Hati Yang Terbuka

by - Monday, July 10, 2017

Image result for berpesan-pesan dengan kesabaran



Sedari kecil lagi, ana di ajar dan di asuh sendiri oleh mak dengan air tangan dan caranya sendiri. Mak tidak berpelajaran tinggi malah mak mendidik dari persekitaran yang ada ketika zaman itu,dari pengalamannya sendiri dan perjalanan hidupnya jua. Mak mendidik kami dua beradik dengan penuh kasih sayang, tak pernah nak marah sebarangan dengan anak-anaknya. Abah pula memang tegas, namun setegas abahpun tak pernah naik tangan ke tubuh kami dua beradik. Sebab apa agaknya, sebab kami takut nak buat salah, kami terima semua teguran dan arahan mak dan abah. Paling tidak pun melawan dengan cara menangis di sudut rumah. Nak melawan jauh sekali, Alhamdulillah sampai lah ke hari ini, kami tak pernah meninggi suara dengan mak dan abah. 

Ini lah didikan mak dan abah kepada kami berdua. Kalau orang sekarang ni, mungkin dah tak releven agaknya. Cara didikan sekarang dah moden, dah berbeza sangat. Anak-anak sekarang ni dah tak boleh di tegur walaupun nampak salah, silap haribulan mak paknya yang naik angin. Marah balik kepada setiap teguran. Dan jadilah kisah nafsu nafsi, buat hal masing-masing kan. Bila dah terjadi sesuatu yang tak diingini barulah sesal seusia dunia..Nauzubillahi min zalik. 





Panjang lebar pula mukaddimah ana kali ini. Beginilah bila menulis dengan emosi kan, banyak yang nak diluahkan. Terpanggil pula rasanya nak menulis berkongsi pandangan ketika netizen sedang berdebat mengenai teguran seorang selebriti tanahair yang menegur sikap sesetangah ibu bapa yang tidak menegur anak-anak mereka yang agak di luar kawalan di rumah orang ketika beraya baru-baru ini. Dan dari pengamatan ana sendiripun, memang banyak yang terlihat di depan mata, anak-anak sekarang tidak tahu membezakan rumah orang dengan rumah sendiri. Ya, memang lah nama lagi kanak-kanak kan, tapi dari mereka kecillah kita sebagai ibu ayah perlu mengajar dan mendidik apa yang baik dan apa yang tidak baik sebagai panduan mereka di masa hadapan. 

Kalau dulu, mak sentiasa berpesan, kalau di rumah orang duduk diam-diam, jangan usik barang-barang orang,jangan berlari-lari takut terlanggar barang orang pecah nanti. Bukan setakad itu, mak juga berpesan, kalau lalu depan orang tua, tundukkan kepala sebagai tanda hormat, kalau orang tua sedang bercakap tu,jangan menyampuk. Tunggu sehingga tuan rumah jemput baru lah menjamah makanan, jangan usik makan yang terhidang selagi tak di suruh.Dan macam-macam lagi lah seribu satu pesanan hingga ke hari ini, masih kami ingati. Itulah mak kami, sentiasa dengan pesan-pesanannya. 

Image result for berpesan-pesan dengan kesabaran

Bukan setakad adap ke rumah orang, seribu satu pesanan lagi yang perlu dijadikan panduan untuk kami anak-anaknya membawa diri sehinggalah ke alam dewasa. Dan kami masa itu, cukup taat dan takut pada setiap pesanan yang diberikan. Mak selalu kata, malu nanti kalau orang cerita, anak si polan tu nakal bukan main, anak si polan tu kurang ajar dan lain-lain. Dalam kata lain, ke mana sahaja kita pergi kita membawa nama keluarga. Sebaik mungkin jangan memburukkan nama keluarga kita kan.Tapi itu kisah kami, suatu masa dahulu, mungkin kini dah tak relevan kan :)

Sedangkan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran itu adalah sesuatu yang di tuntut oleh agama kita. Kita berpesan-pesan dan tegur menegur ke arah kebaikan bersama kerana makhluk Allah swt ini sifatnya lupa, lalai dan alpa. Jadi perlu lah ada yang ingat mengingati kan agar dapat kembali ke landasan hidup yang betul dan berhemah. Namun netizen kebanyakkannya lebih banyak meluahkan rasa marah dengan teguran tersebut malah memberikan seribu satu alasan yang mem'benar'kan tindakan mereka. Ada juga yang memilih untuk tidak perlu kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat kerana tak mahu anak mereka diperkatakan kelak.

Jangan macam tu, kalau semua memilih untuk tidak menghidupkan budaya ziarah menziarahi di musim perayaan ni, maka putuslah silaturrahim antara umat di atas muka bumiNya. Terimalah teguran dengan hati yang terbuka, perbaiki kesilapan yang ada dan betulkan apa yang kurang dan kekhilafan sebelum ini. Anak-anak ibarat kain putih, kita lah yang mencorakkan warna kehidupan mereka. Sentiasa berpesan-pesan apa yang baik dan apa yang tidak baik akibat dari sesuatu perbuatan, dan kita sebagai ibu ayah adalah cerminan yang terbaik buat mereka.


 Image result for berpesan-pesan

Jadi terima lah teguran dengan hati yang terbuka. Buka minda dan jangan anggap teguran itu sebagai satu kecaman. Mulakan dengan langkah pertama, pesan elok-elok pada anak-anak tentang adap-adap bertandang dan sebagainya. Ana yakin dengan pujukan yang lemah lembut dan penuh kasih sayang, pasti anak-anak akan memahaminya dan menerimanya sedikit demi sedikit. Pesan bukan sekali tapi ingat kan mereka setiap kali sebelum melangkah masuk ke rumah sahabat dan taulan. In Shaa Allah,lama-lama mereka akan jadikannya kebiasaaan dan terbentuklah akhlak yang baik. Pesanan bukan lah memarahi mereka tetapi mendidik jiwa mereka. 

Alhamdulillah sepanjang pemerhatian ana, masih ramai anak-anak buah, anak kawan-kawan yang bertandang ke rumah ketika raya yang lalu, tidak berkelakuan yang melampaui. Mereka tidak mengusik perhiasan tuan rumah, mereka bermain juga dengan kawan-kawan tetapi masih menghormati persekitaran tuan rumah. Alhamdulillah dan Tahniah buat semua ibubapa kerana anak mereka tahu adap bila berada di rumah orang. Bermakna mereka ibubapa yang masih mengekalkan budaya berpesan-pesan dan tegur nasihat. 

Image result for sebesar zarah amalan di hisab

Wahai mak ayah, jangan cepat melatah bertindak sama seperti menulis dengan jari, sebaliknya tarik nafas seketika, Istighfar dan terima teguran dengan hati yang terbuka. Tak banyak yang perlu di perlakukan sekadar mengajar anak bezakan ketika berada di rumah orang dan rumah sendiri. Ana yakin bila anak bersopan di rumah orang, apatah lagi bila di rumah sendiri, mereka akan jadi anak yang terdidik dengan penuh adap dan tahu peraturan dalam hidup. Kerana kehidupan ini penuh peraturan yang wajib dilakukan, yang haram di tinggalkan dan amalan-amalan sunnah yang perlu dikerjakan. Kerana setiap perbuatan kita walau sebesar zarah sekalipun tak akan terlepas di audit di mahkamah akhirat yang Maha Agong. Wallahu a'lam.

~kredit foto-foto kepada pemilik. 

You May Also Like

14 comments

  1. Jangan anggap setiap teguran membuatlan diri kita lemah . Sebaliknya untuk perbaiki diri kita . Ada orang boleh terima teguran , ada jugak yang tak boleh terima . Bagi CCL , CCL akan terima teguran itu dengan baik untuk memperbaiki salah silap . Semua manusia di muka bumi ini tak sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat pendapat CCL, yang menegur juga tak semestinya dia sempurna,cuma melengkapi kehidupan untuk saling ingat mengingati, Waallahu a'lam

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih ED :)lama tak berkunjung ke sini

      Delete
  3. teguran adalah peringatan kan..tp mencabar juga ye k.ana nk besarkan anak nii,,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehidupan ni penuh cabarannya Sha, semoga kita semua dipermudahkanNya jua , Aamiin

      Delete
  4. memang ada benar apa yang ditegur oleh Chef Wan tu....kita pun sendiri lemas kalau tengok ada parents yang biar anak depa berhoora kat majlis orang...Banyak tuan rumah yang makan hati sebab kalau tegur satgi terasa pula..dah biar sakit jiwa pula tengok. Serba tak kena kan. Kita2 ni mestilah jaga adab sopan bila jadi tetamu..anak2 perlu dilatih dari awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang ana maksudkan Kak Mala, tegur didik anak-anak dengan pesanan untuk menjadikan mereka insan yang baik akhlaknya, In Shaa Allah

      Delete
  5. Salam kenal Ana. Memang benar anak anak sekarang tak makan dek saman. Tak boleh ditegur tak boleh dilarang. Kadangkadang, bab budak budak pun boleh jadi asbab terputusnya silaturrahim. Mak Su dulu pun Mak dan abah memang tegas. Macam kata Ana, berbagai pesanan diberi untuk jaga tingkah laku. Sampai tua pun kita terdidik dengan pesanan mereka walaupun kadangkala mereka dah tiada lagi. Seperti yang selalu disebut - anak anak adalah umpama kain putih. Ibubapa lah yang akan mencorakkan nya. Lenturlah anak anak sedari kecil. Bila besar, dah tentu sukar untuk dibentuk sikap dan perlakuan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ukhuwah Maksu Ain, terima kasih sudi ke sini. Itu lah yang cuba ana sampaikan, mungkin pada sesetengah insan dah tak relevan cara didikan silam, namun kesannya dah nampak nyata hingga ke saat ini,anak-anak yang didik dengan teguran dan pesanan lain caranya dalam pembawakan sikap, In Shaa Allah

      Delete
  6. Sebenarnya peramgai Anak boleh dibentuk Dari kecik lagi dgn syarat ibubapa k na rajin mengingatkan Dan menegur perbuatan anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah MAMAPP, semoga kita terus istiqomah dalam memberikan didikan terbaik buat anak-anak, Aamiin

      Delete