Throwback Tonton Drama Siri ER di Astro Hits

by - Saturday, July 22, 2017

Ana ni memang kaki drama siri dari dulu lagi. Masa dulu semua siri ana layan sebelum pasang Astro kat rumah, kebanyakan drama siri Inggeris ana layan di NTV7 dan TV3 je.  Macam-macam genre drama siri ana follow seperti siri peguam dan perundangan suka sangat siri LA Law, kalau drama remaja pula Beverly Hills 90210, Dallas, Dynasty, Lost dan kalau drama perubatan feveret ana ialah siri ER atau Emergency Room. Bukan sahaja drama tu memang best dan pemenang banyak award, tetapi sebab hero handsome depa lah George Clooney tu.

Image result for er tv series



Sekarang ni, ana berkesempatan untuk throwback drama feveret ana ER ni di Astro Hits 720 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11:00 malam. Memang best sangat sampai lewat malam lah ana layan sengsorang depan tv. Ajak anak tonton pun depa tak nak, cerita lama katanya. Ialah siri ni zaman mak-mak depa je dulu kan. Dan kalau korang peminat siri drama dan komedi dulu-dulu, boleh je tonton di Hits ni macam-macam siri dulu ada seperti Mcgyver, Full House, Taxi dan sebagainya. Bagus juga ada channel ni boleh kita throwback siri lama-lama ni kan. 

Dari rujukan wikipedia drama ER ni mula di terbitkan pada tahun 1994 sehingga 2009. Mengisahkan kejadian di Emergency Room di County General Hospital in Chicago, Illinois. Memang setiap siri ada sahaja konflik dan adengan cemas antara watak-watak dalam siri ini. 

Watak-watak utama di bawakan oleh pelakon hebat seperti  Anthony Edwards sebagai Dr. Mark Greene, George Clooney sebagai Dr. Doug Ross, Sherry Stringfield sebagai Dr. Susan Lewis, Noah Wyle sebagai pelatih perubatan John Carter dan  Eriq La Salle sebagai Dr. Peter Benton.Turut dibantu oleh watak-watak sampingan lain. 

Image result for er tv series


Image result for er tv series

Kredit foto-foto dari Google Image 

You May Also Like

2 comments