Masak Kurma Ayam Dengan Telur

by - Sunday, August 20, 2017

Memasak bagi suri rumah macam ana ni, hari-hari buntu nak fikir menu apa yang hendak disajikan buat santapan keluarga. Dalam seminggu tu mesti ada menu dari daging ayam. Balik-balik recycle semula menu masakan ayam, kari, tomyam, masak kicap, asam pedas, goreng kunyit, kurma dan begitulah seterusnya kan.Memang jemu juga dengan menu ayam ni, tapi itu yang anak-anak suka. Lagipun masaknya mudah dan menguntungkan, kata orang Perak ' muai ' lauknya.

Semalam, suami request nak makan kurma ayam pula. Yang ada stok ayam dalam petisejuk hanyalah beberapa keping kepak ayam (chicken wings ) yang lebih ana buat kepak ayam bakar hari tu. Adalah dalam enam keping dan nak jadikan lauk untuk sekeluarga, ana campurkan kurma ayam ni dengan telur rebus. bolehlah menambahkan lauk yang sedikit tu kan.




Dah alang-alang cerita pasal menu masak kurma ayam ni, ana nak kongsikanlah disini resepi masak kurma ayam cara anajingga dot com. Sama je sebenarnya resepi dengan orang lain, kut-kut lah ada yang sedang mencari kan, tersinggah sini.


Bahan-bahan: 

Ayam atau daging atau telur pun boleh di masak kurma
Rempah kurma ( ana gunakan rempah kurma Adabi )
Serbuk kunyit (untuk mencantikkan warna kurma agar tidak pucat lesu )
Bunga lawang
Kayu Manis
Bawang besar ( dihiris untuk penumis, dibelah empat untuk di masukkan kedalam kurma)
Bawang putih ( dihiris )
Halia (dihiris)
Serai ( diketuk )
Ubi kentang
Santan (simpan santan pekat untuk memekatkan kurma)
Asam keping
Garam 
Minyak untuk menumis

Cara masak kurma :
- Tumiskan bunga lawang dan kayu manis.
- Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Masukkan serai.
- Kemudian masukkan rempah kurma yang dibancuhkan dengan sedikit air dan sesudu kecil serbuk kunyit hingga menjadi pes.
- Masukkan ayam/daging dan juga ubi kentang. (jika telur, rebuskan telur dahulu dan kupas )
- Bila dah separuh masak,masukkan santan cair dahulu dan biarkan mereneh sehingga empuk.
- Bila dah empuk daging ayam barulah masukkan santan pekat, kacau sebati.
-Akhir sekali rasakan dengan garam dan masukkan sekeping asam keping untuk memberikan sedikit kemasaman pada kurma. Kalau tak suka pun tak perlu letak kay...

Siap, menu ayam masak kurma simple dari dapur ana. Makan dengan ikan masin pun sedap bersama nasi panas kan. Malam tu, kami cicah dengan roti canai je...pun sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.


You May Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. Tu la Khadeejah, kurma ni pekena dengan ikan masin je gu dia kan hihi :)

      Delete
  2. Wahh .. lya pon suka gak.makan kalau mak yang buatkan .. bila lya buat kureng skit dapnyer hehehe.. mak buat best cukup syarat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kan Lya air tangan mak ni, kurma mak kak ana pun sodap kan main :)

      Delete