Siapa Suka Makan Salad ?

by - Sunday, August 27, 2017

Siapa disini suka makan salad? Kalau suka boleh geng dengan ana..sebab ana memang suka sangat makan salad. Alaa..tak lah mat saleh sangat, ulam-ulaman pun ana suka juga. Nak-nak petai..pergh!! Memang feveret sangat. Tapi hari ini, ana nak bercerita pasal salad pula.Tak kira lah, sama ada salad sayuran atau pun buah-buahan dua-dua pun sedap kan. Bukan setakad sedap yang penting ia berkhasiat dan baik untuk kesihatan.


Salad sayuran

Antara yang wajib ada bila ana nak buat salad sayuran ini pastinya daun salad. Ada pelbagai jenis daun salad yang ada di pasaran kan. Semuapun sedap-sedap, rangup dan lazat di makan. Ana juga suka masukkan tomato cerry. Tomato cerry ni feveret anak-anak juga. Kalau tomato besar mereka tak suka nak makan. Belah dua je tomato cerry ni, masukkan juga timun jepun,kalau tak ada timun biasa pun boleh je.Dan bahan penyedapnya pastilah thousand island. Selain thousand island, ana juga suka salad cream tu..memang power lah salad kita jadinya. Sejukkan sekejap di dalam petisejuk dan dinikmati dengan penuh kelazatan. Ana suka juga taburkan chia seed yang sangat baik untuk kesihatan dan diet. 


Salad Buah-buahan

Tak kurang juga sedapnya salad buah-buahan kan.. antara buah yang selalu ana jadikan salad ni seperti buah tembikai, jambu tak kiralah jambu batu ke, jambu merah ke, mangga, betik ,anggur dan semua lah. Buah-buahan ni semuanya sedap dan baik untuk memberikan khasiat vitamin C dalam badan. Oleh kerana faktor usia yang kian meningkat ni, kena lah sentiasa makan makanan yang dapat membekalkan vitamin terus ke dalam tubuh. Bak kata orang,makin tua makin kurang zat dalam badan. 

Sama seperti salad sayuran, ana juga suka dressing kannya dengan thousand island atau pun cream salad. Taburkan juga chia seed. Ermm...sedap dah tu.


Salad keropok 

Dan baru-baru ni ana ber eksperimen pula dengan taburkan keropok ikan pada salad sayuran. Sedap tau, crunchy sangat. Alaa kengkonon kita letak nachos la kan. Ala-ala gitu. Krup krup je bila kita gaulkan dengan thousand island. Hihi..sebenarnya salad ni ikut kreativiti kita je nak mengadunkannya. Apapun bahan yang kita masukkan pasti sedap kan. Jom makan makanan sihat dan berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. 

You May Also Like

6 comments

  1. sep sikit kak ana. busyra pun hantu petai. haha

    ReplyDelete
  2. Dressing Thousand Island memang buat salad rasa sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sedap dengan dressing thousand island kan :)

      Delete
  3. ye.. ai suka! sekarang buat salad guna kewpie sos.. sedap nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo sedap ye kewpie sos tu, nanti kak ana try aisya :)

      Delete