SUNSILK HIJAB RECHARGE - RAMBUT KEKAL WANGI WALAU BERHIJAB SEPANJANG HARI

by - Tuesday, August 22, 2017

Adalah sesuatu yang amat indah melihat majoriti gadis masa kini bijak memelihara aurat mereka sesempurna yang boleh. Syukur Alhamdulillah sejuk mata memandang bila masa kini, gadis-gadis cantik berhijab demi memenuhi tuntutan syariah. Mereka sedaya upaya mempastikan aurat terpelihara meskipun perlu berhijab sepanjang hari. Jika dahulu, faktor penjagaan rambut terabai bila gadis-gadis terlalu lama berhijab seperti masalah rambut berbau, rambut gugur dan berkelemumur, tetapi kini dengan adanya syampu yang direka khusus untuk gadis hijabster segala masalah tersebut bukan lagi satu yang merisaukan. 


SUNSILK HIJAB RECHARGE 

Syampu dan perapi yang direka khusus untuk hijabster yang sentiasa bertudung kepala malahan sehingga 48 jam perlindungannya adalah SUNSILK HIJAB RECHARGE . Malahan SUNSILK HIJAB RECHARGE menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan dan dihasilkan dengan memberi manfaat terbaik dari bahan semulajadi yang asli. SUNSILK HIJAB RECHARGE dihasilkan oleh pakar penjagaan rambut semulajadi Jamal Hammadi dengan ramuan semulajadi yang diformulasikannya. 

Apa yang diperlukan oleh setiap gadis yang aktif, ceria dan sentiasa positif namun dalam masa yang sama kekal berhijab untuk kekal memiliki rambut yang sihat, bermaya dan pastinya wangi...pastikan pilihan mereka SUNSILK HIJAB RECHARGE. 


Jujurnya, baru-baru ini..ana sendiri telah buat pertama kalinya mencuba rangkaian SUNSILK HIJAB RECHARGE. Ana, Kak Long dan Adik Ika mengalami masalah rambut yang berbeza. Jadi kami mencuba ketiga-tiga formulasi dari rangkaian SUNSILK HIJAB RECHARGE. Selepas seminggu barulah ana berani berkongsi pengalaman bersama pembaca www.anajingga.com . Apa yang dikatakan kekal wangi 48jam, memang tepat sekali. Dua hari dua malam rambut kami kekal wangi, malah seluruh bilik mandi turut berbau harum setiap kali kami bersyampu. Tak percaya ? Kena cuba sendiri,okay... 

Rambut juga kekal lembut dan sedar dengan bilasan terakhir setelah menggunakan perapi atau conditioner SUNSILK HIJAB RECHARGE ni.  Kak Long dan Adik yang merupakan pelajar di IPTA yang aktif dan berhijab hampir sepanjang hari. Masalah rambut gugur dan kelemumur juga kian menampakkan pengurangan dengan memakai syampu yang sesuai untuk masalahnya. Tak salah mencuba dan mana tahu ia boleh memberi kesan yang terbaik, kan...

Pasti tertanya-tanya bagaimana SUNSILK HIJAB RECHARGE memberi kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam. Umum tahu bila kita bertudung dalam tempoh masa yang panjang dengan faktor cuaca panas dan lembab, rambut berpeluh dan kulit kepala berminyak. Timbul rasa tidak selesa dan berbau yang tidak menyenangkan.

Frangrance Release Pearls Technology yang terkandung di dalam SUNSILK HIJAB RECHARGE mampu memberi kesegaran dan keharuman sehingga 48 jam. Ia merupakan produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal luar biasa. Sebaik sahaja rambut dicuci, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal di rambut. Kapsul ini kemudiannya akan pecah terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan aroma wangian yang harum mempersona.Tambahan pula, aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut. Pendek kata, lebih banyak kita menggerakkan kepala, rambut akan menjadi lebih wangiiii...bestnya!!

Tiga variasi dai kebaikan semulajadi di dalam SUNSILK HIJAB RECHARGE

Setiap dari kita wanita aktif berhijab pastinya menghadapi masalah rambut yang berbeza kan..Namun usah bimbang kerana SUNSILK HIJAB RECHARGE didatangkan dengan tiga variasi pilihan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang berbeza wanita dan gadis hijabster. Setiap satunya ada ciri yang istimewa dengan ramuan khusus untuk mengatasi permasaalahan rambut. 

SUNSILK HIJAB RECHARGE - Segar Berhijab atau Hijab Refresh :


Keajaiban didalam warna pastel hijau, yang diperkaya dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga di kalangan orang Islam. Kaya dengan anti oksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.

Ketika ana menggunakan sendiri syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Hijab Refresh ni, kulit kepala terasa seperti berangin sahaja dan sangat-sangat menyegarkan kulit kepala. Ini pastilah pilihan ana untuk terus menggunakan nya, lebih mudah diingati sebagai Sunsilk botol hijau 😊😊

SUNSILK HIJAB RECHARGE - Anti Rambut Gugur / Lively Strong Hairfall :


Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall Solution yang diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, diformulasikan dengan ekstrak akar jinseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta menggurangkan keguguran rambut.

Kak Long memilih untuk mencuba SUNSILK HIJAB RECHARGE Anti Rambut Gugur sebagai salah satu kaedah rawatan untuk membantunya mengatasi masalah rambut gugur yang di alaminya. Jika sebelum ini, setiap kali bersyampu, pasti bilik air dipenuhi dengan helaian rambut gugur, dengan penggunaan SUNSILK HIJAB RECHARGE secara konsisten, Kak Long yakin dapat mengurangkan masalah rambut gugur dan kekal wangi.

SUNSILK HIJAB RECHARGE - Anti Kelemumur / Anti Dandruff 


Anti kelemumur atau Anti Dandruff, kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru, telah direka untuk menangani masalah kelemumur melalui penggunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula.

Adik Ika sebelum ni mempunyai rambut yang agak berminyak dan mengalami masalah kelemumur. Dia mencuba menggunakan SUNSILK HIJAB RECHARGE- Anti Kelemumur selama seminggu dan kian berkurangan kegatalan kulit kepala yang dialaminya sebelum ini. Ana yakin dengan penggunaan kerap lama kelamaan pasti dapat mengatasi masalah kelemumur. 

Kesemua rangkaian SUNSILK HIJAB RECHARGE didapati di mana-mana pasaraya terkemuka, pasar raya besar (hypermarket), Farmasi dan ajen jualan sah di seluruh negara serta laman web e-dagang yang dilantik serta laman pasaran dalam talian (online).

Harga sebotol syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE dan perapi adalah seperti berikut :

 70ml - RM 3.80
160ml - RM 8.50
320ml - RM 13.85

Untuk mendapatkan lebih info lanjut mengenai SUNSILK HIJAB RECHARGE boleh lah layari ke :

Laman web : www.sunsilk.com.my

atau 


atau 



~ Sunsilk merupakan jenama penjagaan rambut terulung Unilever, yang dijual di 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia yang mencatatkan jumlah jualan US$1 billion. Sunsilk merupakan jenama peneraju bagi pasaran penjagaan rambut di Asia dan Amerika Latin. Sunsilk juga dijual sebagai Elidor, Seda dan Sedal. Di Malaysia, Sunsilk merupakan peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut di Semenanjung Malaysia.~


You May Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. memang terbaik NH :) Suka sangat bau wangiii :)

      Delete
  2. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi
    https://goo.gl/SuzDjN

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kan Sha,kak ana suka hat hijau tu, fresh sangat pada kepala :)

      Delete
  4. Nanti cuba yang anti gugur tu. Lantai penuh dengan rambut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah Kin mana tahu serasi dan dapat mengatasi masalah rambut Kin :)

      Delete