Semalam 22 September 2017, Alhamdulillah Adik Ika telah pun mencapai usia 18 tahun. Adik kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi selama setahun. Pertama kali berjauhan dari ibu ayahnya yang pada awal-awal membuatkan kami risau sepanjang masa. Maklumlah sebelum ini anak-anak ana dibawah pengawasan ana sepanjang masa. Dari tadika hinggalah akhir SPM, ana sendiri yang menghantar dan mengambil kedua-dua puteri pergi dan balik sekolah malah ke mana sahaja ana akan uruskan sendiri.



Suami ana sendiri yang mahukan anak-anaknya di besarkan dengan air tangan ibu iaitu ana lah kan. Ana tinggalkan dunia kerjaya ketika Kak Long mula melangkah masuk ke Tadika dan sejak itu Alhamdulillah sehingga kini kedua-duanya sedang menuntut di IPTA. Memang puas hati bila kita sendiri dapat menjalankan amanah dan tanggung jawab yang diberi oleh Allah swt sebaik yang mungkin. Makan, pakaian dan mengaji Al-Quran pun kedua-dua puteri ini ana didik sendiri sehingga tamat 30 juzuk. Sekurang-kurangnya ia satu ilmu yang bakal ditinggalkan untuk mereka dalam melewati kehidupan di dunia ini nanti,


Hari lahir anak-anak, kami tak ada lah mengadakan jamuan nak-nak lagi kedua-dua anak ana dah remaja selalunya kami sambut sekeluarga sahaja di rumah dan kemudian keluar makan-makan di luar. Setiap tahun suami akan menempah kek birthday dari Riverside PWTC untuk anak-anaknya. Memang kek-kek dari sini feveret kami sekeluarga sebab sedap sangat rasanya, walaupun harga dia boleh tahan jugalah.Adik Ikapun hari Khamis malam tu baru sampai dari kolej.. 


Adik Ika memang anak ayah. Dia sangat manja dan akrab sangat dengan ayahnya. Mungkin sebab Adik mempunyai minat yang sama dengan ayah serta rajin layan apa sahaja aktiviti lasak seperti berbasikal, main badminton dan lain-lain riadah masa lapang bersama ayah berbanding Kak Long yang lebih feminin. Namun kami cuba menjadi ibu dan ayah yang terbaik kepada keduanya seadil yang mampu. Suami ana seorang cukup penyabar dan penyayang dengan kedua anaknya berbanding ana yang lebih tegas dalam mendidik dan membesarkan mereka.Tapi sekarang ni bila mereka semakin matang, dah boleh di jadikan kawan baik.

Dan ana seperti mana-mana ibu di dunia ini juga sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak dan keselamatan mereka walau di mana juga mereka berada untuk menuntut ilmu. Semoga mereka membesar sebagai anak-anak solehah cemerlang dari dunia hingga akhirat dan sama-sama mencari kerdhaanNya hingga syurga, Aamiin.

Ana tahu, bukan mudah untuk anak-anak kita menempuh pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ia memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran dan kita sebagai ibu ayah perlu sentiasa menjadi teman dan mengiringi mereka dengan doa setiap ruang masa, In Shaa Allah. Selamat Hari Lahir buat Adik Ika yang ke -18. Ibu, ayah dan Kak Long sentiasa sayang Adik dan all the best dalam study. We love you Adik 💕💕

4 Comments

  1. Sanah helwah adik Ika...masih panjang dan jauh langkahmu di muka bumi Tuhan ini dengan izinNYA..moga melangkah dengan kerendahan hati dan mencintai Penciptamu..menyayangi ibu ayah dan keluargamu.Hargai setiap usia yang dipinjamkan.Terus berjaya dunya wa akhirah.Aminnnn..in sha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih PC atas doa dan peringatan..Alhamdulillah

      Delete
  2. Happy birthday adik. Wah kak ana dah Ada anak dara, maintain jew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miza, Alhamdulillah besar-besar dah anak kak ana :)

      Delete