Cili Api Kampung

by - Wednesday, September 20, 2017



Cili Api Kampung 

Cili api di dalam foto di atas ini, ana ambil ketika berada di kampung Teluk Intan. Lebat berbuah beratus biji pada satu pokok yang renek dan rendang tu. Cili api kampung ni berbeza dari cili api biasa yang kita beli di pasar atau kedai runcit. Warna dan bentuknya pun berlainan.Bentuknya selalu gemuk dan pendek kan, beza dengan cili api Thai tu panjang dan kurus hihi :) Cili api kalau di kampung ana , kami panggil cabai burung. Mungkin sebab saiznya yang kecil tu agaknya kan.



Cili api kampung ni biasanya rasa dan tahap kepedasannya lebih pedas dari cili api Thai. Warnanya pun hijau muda cair ketika muda dan merah serta jingga bila masak tua. Di kampung ana sekarang ni setakad pokok cili api sahajalah yang masih boleh bertahan sejak ada seseorang mula menternak kambing tetapi tidak di kandang. Sedih tengok banyak tanaman dan pokok bunga wancu di makan dan di rosakkan kambing-kambing yang berkeliaran. Bukan tak tegur tapi sekejap sahaja kesannya, kemudian di biarkan bebas semula. Sedih sangat. Kambing tu tak salah pun si penjaganya yang agak tak berakal. 

Ermm...ter emosi pula. Ketika nak balik ke Rawang hari tu, mak ana berikan tiga anak pokok cili api ni untuk di tanam di halaman belakang rumah. Sebelum ni, suami ada menanam anak cili api yang kami beli di nursery tetapi lepas sekali berbuah terus mati dah. Harap-harap benih cili api kampung kali ini dapat hidup subur di halaman rumah kami. Jimat juga tu tak perlu nak membelinya bila diperlukan kelak...Aamiin, In Shaa Allah.

You May Also Like

9 comments

  1. Bila balik kampung rutin PC kutip cili kak..baik kat rumah mma bba atau rumah mertua...rasanya lain..pedasnya lain..seronok..ada juga tanam tapi hidup sekejap je...dah berbuah lepas tu kurus terus mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kak ana pun PC, seronok mengutip cili api kampung ni setiap kali balik... sebabnya memang meriah berbuahkan :)

      Delete
  2. Abah Nani dekat Pahang pun tanam cili ni dekat belakang rumah. Letak dalam pasu gitu je, alhamdulillah hidup. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan Nani, tengok pokok2 di kampung hidup meliar tapi subur kan main , Alhamdulillah

      Delete
  3. Tak salah nak membela tapi kenalah hormat jiran tetangga.. Barulah rukun hidup berjiran.. Tak suka orang macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah Sha kalau dah tegur tapi masih tak berkesan, tak kan nak bergaduh pula kan duduk pun dekat-dekat je ..semoga dibuka pintu hati mereka olehNya untuk berfikir secara rasional.. Aamiin

      Delete
  4. Bonde teringin nak ada kebun sendiri macam ni... dekat rumah ni tak ada ruang untuk bercucuk tanam mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonde mulakan tanaman dalam pasu, dulu masa kak ana duk apartment pun macam tu, teringin nak menanam, tanam dalam pasu je :)

      Delete
  5. aida kalu nak beli, cari cili api kampung.
    sedap nyer lebih lagi.
    aida simpan hasrat. kat umah satu lagi, nak tanam.
    cili api, limau kasturi, daun pandan, serai,... in shaa Allah.
    sebab ada tanah skit. skang ni, takde tanah!!!

    ReplyDelete