KLEENSO - MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH DARI SERANGGA PEROSAK

by - Friday, September 15, 2017

Menjaga kebersihan dalam rumah amatlah penting untuk kehidupan yang sihat.Rumah bagaikan syurga buat kita seisi keluarga menghabiskan masa dalam seharian.Bayangkan keadaan rumah yang tidak terurus, kotor dan berkongsi habitat dengan serangga perosak, bagaikan satu mimpi ngeri dalam kehidupan kan. Suasana yang bersih dan kemas, menjamin keselamatan dan kesejahteraan penghuni dan melindungi anak-anak dari sebarang jangkitan penyakit yang dibawa haiwan perosak. Ruang dalaman rumah yang tidak bersih boleh sahaja mengundang pelbagai serangga dan haiwan perosak untuk sewa bilik secara percuma di rumah kita. Nak ke?? Mesti tak nak kan :)


Hari ini, ana nak kongsikan pengalaman ana sendiri ketika menggunakan satu rangkaian produk penjagaan kebersihan rumah yang sangat bagus dan berkualiti. Jangan suka-suka memilih produk penjagaan kebersihan rumah ni tau, jangan asyik nak yang murah tapi tidak berkualiti dan lebih teruk lagi boleh membahayakan semula kepada kita penghuninya. Satu jenama yang diyakini dan mendapat pengiktirafan pihak yang berwajib yang ana nak kongsikan dengan korang ialah dari KLEENSO dan PESSO. Baca sampai habis tau, ana nak share dari pengalaman ana sendiri bukan rekaan tulisan semata-mata.

Rangkaian Penjagaan Kebersihan Rumah KLEENSO


Pasti korang pernah terdengar atau terjumpa malah mungkin pernah juga menggunakan pelbagai rangkaian produk dari KLEENSO. Ana nak kongsikan beberapa produk KLEENSO dan PESSO yang telah ana gunakan sendiri di rumah. Perkara yang baik harus di kongsikan bersama agar kita semua mendapat manfaat daripadanya. 

PESSO TOTAL PEST SOLUTION 


Serius, tak sabar ana nak update di sini bahawa PESSO Total Pest Solution telah mengurangkan masalah lipas dan semut yang sebelum ini menjadi masalah besar dalam rumah ana khasnya di dalam kabinet dapur. Hampir setahun juga ana menghadapi masalah serangan lipas di dalam kabinet dapur. Pelbagai petua untuk menghalang lipas dari membiak di dalam kabinet dapur telah ana cuba. Antaranya meletakkan daun durian belanda, meletakkan daun pandan dan sebagainya. Kadang-kadang hilang sabar malam-malam suami akan menyemburkan aerosol racun serangga bila bertembung dengan lipas. Ini agak tidak bagus untuk kesihatan penghuni kerana semburan nya boleh memudaratkan kesihatan. 

PESSO TOTAL PEST SOLUTION

Sebagai salah satu usaha untuk menghalau lipas dan semut malahan biar pupus terus keturunan mereka dari terus membiak dan bermaharajalela di dalam rumah, ana mencuba meletakkan PESSO TOTAL PEST SOLUTION - Eco Cockroach Bait dan Eco Ant Bait di dalam kabinet dapur. Dan siapa sangka dua hari kemudian, ana dapati banyak bangkai lipas bersepahan di dalam kabinet. Wahh!! Seronoknya..dan Alhamdulillah sehingga ke saat entri ini di terbitkan lebih kurang dua minggu selepasnya, hampir tidak lagi kelihatan lipas dan semut berkeliaran di ruang dapur dan rumah.

petua menghalau lipas dari kabinet dapur

Inilah buktinya, bertebaran lipas mati kering di dalam kabinet dapur ana. Jangan risau kerana PESSO TOTAL PEST SOLUTION - Eco Cockroach Bait dan Eco Ant Bait ini mesra alam. Bagaimana ia bertindak ialah letakkan perangkap sel ini yang mana di dalamnya terdapat gel dari Boric Acid yang menarik lipas dan semut untuk memakannya.Bila seekor lipas makan gel tersebut ia akan membawanya ke koloni lipas dan semut yang lain serta mati disana. Lipas-lipas lain yang makan bangkai lipas yang mati ini akan membawa atau merebakkan lagi jangkitan ke hampir kesemua lipas yang berada di kolani mereka. Dengan cara ini, populasi serangga perosak ini kian berkurangan dan tak mustahil lama kelamaan pupus dari mendiami rumah kita. Menarik kan. Cumanya akan terdapat banyak bangkai berserakkan lah kena bersihkan. 


KLEENSO TOTAL CLEANING SOLUTION- Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner


Dan untuk mempastikan lipas serta serangga perosak lain tak suka nak menetap lagi di rumah kita seluruhnya, ana gunakan KLEENSO TOTAL CLEANING SOLUTION- Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner. Campurkan 2 penutup capsul ke dalam 1/2 baldi air lebih kurang saiz 8 liter tu. Mop kan lantai dan tak perlu di bilas. Lantai akan berbau wangi dengan aroma serai wangi dan menghindarkan serangga perosak memasuki ruang rumah. Ia mengandungi bahan semulajadi seperti serai wangi dan pati lemon dapat mengurangkan kehadiran serangga seperti nyamuk, lipas,lalat, cicak dan semut dan ia TIDAK MENGANDUNGI BAHAN RACUN SERANGGA. Lantai akan berbau segar dan wangi sepanjang hari, ana suka pada kesegaran baunya.

KLEENSO TOTAL CLEANING SOLUTION - Tile & Bathroom Cleaner


Dilengkapkan lagi dengan menggunakan KLEENSO TOTAL CLEANING SOLUTION - Tile & Bathroom Cleaner. Spray pada jubin dinding dan juga mangkuk tandas serta sinki dan gosokkan sehingga bersih. Bilas sehingga bersih. Lantai dan dinding kelihatan berkilat dan bersih dari kekotoran dan pastinya juga ia berbau segar. Ia mengandungi bahan anti-bakteria dan dapat membantu mengatasi masalah kekotoran dan kuman pada sekitar bilik mandi dan tandas. 


KLEENSO BioDegradable Go Green Garbage Bag

Seperti yang ana katakan di awal tadi KLEENSO menawarkan pelbagai kelengkapan produk penjagaan kebersihan rumah termasuklah beg plastik sampah. Ana memiliki dua jenis plastik sampah yang ana cuba sendiri di rumah. 


Plastik sampah KLEENSO BioDegradable Go Green Garbage Bag adalah berkualiti dari segi saiz dan ketebalannya. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz dan saiz M yang ana gunakan ini berukuran 760mm x 1000mm (30"x39" inci). Ia dapat menampung bahan buangan dari kaca, seramik, tin makanan dan sebagaimananya atau dalam kata lain heavy-duty.


KLEENSO RESOURCES

KLEENSO Resources telah lama bertapak di dalam industri pembuatan produk kebersihan dan penjagaan kebersihan di dalam negara, Ia terbahagi kepada tiga kategori produk yang mampu membantu pengguna memelihara kebersihan persekitaran dan rumah. 

1. Produk Penjagaan Kebersihan Rumah di bawah KLEENSO Home Series :


2. Produk Kawalan Serangga Perosak - Total Pest Solution 


3. KLEENSO - Industrial Cleaning Solution 


4. Produk Penjagaan Kenderaan - Car Series


KLEENSO Resources juga telah menerima pelbagai anugerah sepanjang pencapaiannya di dalam industri berkaitan dan ia juga telah mendapat pengiktirafan Sijil HALAL dari Jakim. 



Segala butiran lengkap boleh layari ke 


Facebook : KleensoResources 


Kleenso Resources Sdn Bhd (645400-X)
No. 37 & 39, Jalan Industri USJ 1/11,
Taman Perindustrian USJ 1,
47600 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia.

Telephone  : +603 - 8023 1668
Facsimile    : +603 - 8025 1668
Email          : kleenso@gmail.com

Produk KLEENSO boleh di dapati dari pasaraya tempatan dan juga di MR DIY .


Amaran : Produk-produk di atas tidak mengandungi bahan toxic & non-hazardous dalam penggunaan normal.Elak terkena pada mata dan sekiranya terkena basuh dengan air bersih. 
JAUHI DARI KANAK-KANAK.

You May Also Like

10 comments

  1. Alhamdulillah bagus ni kak...ada jual di MR DIY ya...boleh la PC cari dan beli ni kak..banyak pula lipas..terima kasih kak kongsi tips dan brand bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada PC, kak ana dah tengok sendiri, cubalah memang serasi pula dengan kak ana gunakan di rumah, Alhamdulillah dah tak nampak kelibat lipas dalam kabinet dapur.

      Delete
  2. ooo ade kat DIY ekk...senang laa nak cari kalo camtu..ingatkan kene order & pos..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada JJ, saya dah lihat sendiri ada di jual di cawangan Mr DIY :)

      Delete
  3. Banyak juga produk kleenso ni

    Berasaskan serai wangi ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wax lantai sahaja yang berasaskan serai wangi Mama, juga terdapat banyak lagi variasi produk KLEENSO dan PESSO ni :)

      Delete
  4. kebetulan memang tengah cari produk-produk macam ni untuk rumah :) tqq sharing kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ye Nadhie :) semoga berkesan juga untuk Nadhie

      Delete
  5. Baru try yg wax floor cleaner tu dgn
    Eco Cockroach Bait..tak sabar nak tgk hasil dia..baru letak tadi..tggu hasil blik dri kg ni camne..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha semoga berkesan juga untuk kebersihan rumah Fieza nanti

      Delete