Gegar Motor Show Gegarkan Tesco Rawang

by - Monday, October 16, 2017

Malam Sabtu lepas, dalam perjalanan balik dari bawa anak-anak yang sedang bercuti ke Kuala Lumpur , sampai sahaja di trafik light Tesco Rawang , bergegar bunyi muzik yang amat kuat. Ingat kan ada kereta kat sebelah ke, sampai je simpang trafik light,laju je suami ana belok masuk ke parkir belah belakang Tesco. Laa...dari situ rupanya datang bunyi bergegar tu... Suami parkir kereta dan kami turun seketika melihat event yang sedang berlangsung di situ.

Perghh!! Sekali keluar dah rasa macam kat set Fast & Furious pulak dah...dengan gegaran muzik dari bonet-bonet kereta dengan hiasan yang super dupper hebat, kemudian ada pula stance show di mana beberapa kereta berbaris dengan pancaran api berbahang dari ekzos kereta, di tambah pula dekorasi pelbagai gambar pada kereta serta beberapa team atau geng kereta-kereta mengikut jenis masing-masng. Ada geng kereta Proton Wira, geng kereta Honda dan macam-macam lagi lah. Rupanya yang sedang berlangsung ketika itu ialah event Gegar Motor Show di Tesco Rawang.


Gegar Motor Show di Tesco Rawang

Memang teruja juga lah berada di event ni, bukan sekadar dapat berpeluang melihat dengan mata sendiri malah deruman audio yang super dupper dari speaker kereta dengan hiasan yang canggih dan tekno sangat. Event ini kalau tak salah ana (melihat pada banner yang di gantung) di anjurkan oleh Kelab Budak Kereta Geng Kita. Korang boleh lah ushaa ke Fb mereka di https://www.facebook.com/pg/budakkeretagengkita/ untuk comfirmed kan semula. Ana pun bukan pandai sangat nak tulis tentang kereta semua ni, sekadar teman kan suami dan ana rasa menarik sangat pengalaman ana berada disini, jadi ana kongsikannya dengan pembaca www.anajingga.com.


Okaylah nak cerita pasal kereta dengan pelbagai aksesori canggih manggih ni bukan bidang ana laa kan. Apa yang ana nak shared dengan korang hanya beberapa keping foto kereta-kereta yang di ubah suai ini mengikut minat dan citarasa pemiliknya. Dan sesuatu yang paling cantik yang dapat ana lihat di sini ialah event ini di sertai dan di kunjungi oleh pelbagai kaum dalam satu komuniti yang majmuk. Ada peserta dari kaum Cina, India dan Melayu dengan kepakaran masing-masing. Seronok melihat suasana sebegini yang amat positif. Oklah ana tinggalkan korang dengan gambar-gambar kereta yang sempat ana ambil malam tu kay... Enjoy !!!

Kereta dengan sistem audio yang bergegar!! Nak dengar sedikit dari gegaran nya ana kongsikan dari akaun youtube baru boleh nampak dan dengar dengan jelas dari gambar ...









Dan dari beberapa gambar kereta yang di pamerkan pada malam itu dengan pelbagai kreativiti pemilik yang awesome sangat. 

























You May Also Like

2 comments

  1. bw blog ini..
    wow .. tentu pengalaman menyeronokkan terutama anak2 kan, tengok gegarrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itulah bergegar je masa tu dengan muzik dari speaker kereta2 yang mengambil bahagian tu :)

      Delete