Idea Dekorasi Rumah Gaya English Style

by - Saturday, October 07, 2017

Rumah pada ana bagaikan syurga sebuah keluarga bahagia. Di sana lah tempat kita menjalin kasih sayang, beristirehat, melakukan amal ibadah bersama ahli keluarga dan sebuah tempat tinggal mencipta perjalanan harian kehidupan. Tak kira lah apa juga saiz dan reka bentuknya, pada ana amatlah perlu untuk mencipta suasana sebuah habitat yang selesa untuk di huni. Yang penting kebersihan dan keselesaan di setiap ruang rumah.

Pelbagai tema menjadi pilihan pemilik rumah masa kini menatarias ruang kediaman. Ana lebih selesa dengan moden kontemporari yang ringkas, adik ipar ana, Julia Alisya pula obses dengan gaya English Cottage (gambar-gambarnya di SINI ). Dan Julia ni pun ada menjual pelbagai dekorasi bertema kan seni tampalan decoupage. Bagi yang berminat boleh sahaja ke Facebook nya di @Julia Alisya .Dan baru-baru ni Jue ke rumah salah seorang rakan yang sama minat dengannya dan kongsikan beberapa keping gambar di Fb. Subhanaallah..punya lah cantik rumah beliau ni, ana sendiri pun terkasima melihatnya. Dan dengan izin tuan rumah ana kongsikannya di page FB @anajinggadotcom dan sekali lagi ana kongsikan pula disini. Semoga bagi peminat seni hiasan dalaman rumah bertema English Deco boleh mendapatkan sedikit sebanyak ilham dari dekorasi Puan Hamidah Zakaria dari Teluk Intan, Perak ni.



Rumah Gaya Inggeris 

Rumah kediaman Puan Hamidah ni berada di Teluk Intan, dan menurut Jue, kedua-dua pasangan suami isteri ini memiliki minat dan hobi yang sama dalam mendekorasi kediaman syurga impian mereka. Alhamdulillah..bahagia sangat bila di kurnia kan suami yang sangat supportive dalam hobi isterinya. Dari pengamatan ana, kediaman ini sangat cantik dengan tema warna yang lembut padanan pink putih. Meskipun agak sarat dengan hiasan namun pemilihan warna yang senada menciptakan satu pandangan yang menarik dan tidak nampak serabut. 


Ruang dalaman rumah ni, tak boleh terlalu banyak kombinasi warna akan menampakkan ruang yang sempit dan agak serabut nanti. Pilihan terletak di tangan tuan rumah untuk mendekorasi ruang mengikut pelbagai tema dan kesesuaian masing-masing. Tak semestinya memerlukan bajet yang tinggi jika bijak mengurus perbelanjaan dan sentiasa survey di mana boleh mendapatkan dekorasi mengikut tema. Sekarang ni medium jualan online menjadi media untuk mendapatkan pelbagai dekorasi dengan perbandingan harga yang fleksible mengiku bajet kita kan. Rajin sahaja scroll FB macam-macam group ada yang boleh dijadikan inspirasi.


Okaylah jom kita cuci mata dengan beberapa keping foto kediaman Puan Hamidah Zakaria sambil mendapatkan inspirasi idea dekorasi bertema English Style yang sangat cantik.












Sedap mata memandang, dan ana pasti Puan Hamidah seorang yang sangat teliti dan rajin dalam mempastikan hiasan ruang rumahnya sentiasa maintain cantik. Ye laa kan, kalau dah minat mesti sanggup korbankan masa dan tenaga untuk mengekalkan kecantikan ruang tamu rumah beliau. Terima kasih dan kredit foto-foto buat FB Julia Alisya .

You May Also Like

2 comments

  1. amboi rumah dia..
    macam pelamin pengantin..

    ReplyDelete
  2. kena rajin kalu nak gini :)
    mengelap.
    and kalu ada anak kecik, kena didik agar tak mengusik la, AJ.
    aida suka tgk english style gini. tapi tak la nak dijadikan deko rumah.
    aida minat simple and modern.

    ReplyDelete