Kuih kasui dan kuih lompang ni resepi nya lebih kurang sama je kan. Cuma kuih kasui di kukus di dalam lengat atau loyang dan di hidangkan di potong-potong , manakala kuih lompang di kukus di dalam acuannya dan hasilnya kuih lompang berlubang di bahagian tengah dan di sumbat kelapa parut. Dari pengalaman ana sendiri bahan-bahan asas nya sama sahaja. Cuma dari kecil lagi, mak memang memasak kuih kasui sebagai sajian kami sekeluarga. Banyak nostalgia kuih kasui ini di dalam coretan perjalanan hidup ana di kampung dahulu.

Kuih kasui amat mudah untuk di sediakan dengan bahan yang cukup asas. Namun kami di kampung ketika itu tak banyak pilihan kuih yang ada. Ini lah antara menu wajib ketika berbuka puasa, kuih untuk sambutan hari jadi, kuih untuk hidangan kenduri arwah dan juga kuih untuk di sedekah kan ke surau waktu itu. Naik jemu dengan sajian tradisional ini, namun tak banyak pilihan yang ada. Dan...bila dah usia ana semakin meningkat ni, rindu kembali untuk menikmati kuih-kuih air tangan mak yang sebegini.




Resepi kuih kasui 

Jangan tak tahu, walaupun mudah untuk di sediakan, kuih kasui ini banyak ragamnya juga. Kalau silap adunan dan sukatannya, kuih jadi lembik dan tak boleh di potong-potong hasilnya nanti. Banyak kali juga terkena masa mak buat dahulu. Zaman mak-mak ana masak kuih ni, manalah ada blog atau buku resepi, mak masak ikut daya ingatannya sahaja. Kadang-kadang jadi lembik je kuih kasui ni. Nasiblah bila di golek atas kelapa parut boleh je di makan. 

Dan baru-baru ini, ana dapat resepi kuih kasui ini dari group masakan di Facebook. Ana cuba dan Alhamdulillah sedap dan menjadi, bolehlah di potong-potong. Ana nak kongsikan semula dengan pembaca blog picisan ana,mana tahu ia membawa manfaat kan... In Shaa Allah.

Bahan-bahan untuk kuih kasui : 

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan



Cara membuat kuih kasui :

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar, kecuali kapur makan.

2. Gaul sebati dan sehingga gula larut.

3. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk lain.

4. Campurkan kapur makanan dengan  3 sudu makan air. 

5. Masukkan ke dalam adunan yang telah di tapis tadi.

6. Adun hingga kapur sebati. 

7. Sapukan loyang pengukus dengan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam loyang.




8. Kukus selama 30 minit. Ana tutupkan dengan aluminium foil agar air kukusan tak menitik ke adunan kuih.


9. Untuk kelapa parut pula, ana lebih suka mengukusnya juga seketika sebelum di gulingkan potongan kuih kasui di atasnya. Mak kata supaya tak sakit perut di makan anak-anak nanti , hihi :)





8 Comments

  1. Sedapnya tu...memang kuih tradisional sedap2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Etuza, kalau dahulu memang kita tak berapa mengidam sangat kerana waktu itu, inilah antara sajian yang mak sediakan, tapi bila terkenang semula nostalgia kuih lama ni, kian terliur nak menikmatinya semula :)

      Delete
  2. Kuih ni nenek selalu buat dulu

    Sekarang ni dah tak sihat. Nak makan kena beli

    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih tradisional ni memang air tangan mak mak dan nenek je kan Mazni :)

      Delete
  3. sedapnya.. ni memang favourite mama ni

    ReplyDelete
  4. Mrs. A suka makan jer....
    Dah banyak kali mak Mrs. A ajar buat tapi tak hafal lagi hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha babab baru tau hihi :) try and error je mrs A :)

      Delete