Cara Menanam Halia & Kunyit Di Dalam Pasu

by - Thursday, November 16, 2017

Bertanam ni memang hobi kami suami isteri di waktu lapang.  Kami berdua anak kampung yang di besarkan dalam suasana kampung pasti jiwa kekampungan tu menebal. Arwah mertua ana pun seorang petani asalnya dan mak ana sampai hari ni, gemar bercucuk tanam. Sampai keluar Harian Metro lah hobi berkebun ana ni walaupun cuma di halaman belakang rumah sahaja.Kisahnya ana kongsikan di Ana di Harian Metro . Semua itu pun hasil pencarian wartawan yang terjumpa artikel tulisan di blog kisah tanaman herba, beliau email dan minta untuk di interview dan selang beberapa hari terbit di akhbar. Merasalah glamour sehari dua haha :)





Cara menanam kunyit & halia di dalam pasu 



Hari ini, ana nak kongsikan tips atau cara menanam halia atau kunyit di dalam pasu. Mudah sangat, nak dengan tak nak sahaja untuk kita lakukan. Jika kita tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam, kita masih boleh menanam beberapa jenis tanaman herba hanya di dalam pasu. Antara tanaman herba yang sesuai di tanamam di dalam pasu dan yang pernah ana sendiri tanam ialah halia, kunyit, daun pandan, limau kasturi, daun sup, daun oregano, daun sup dan sebagainya. Tumbuhan herba ini mudah hidup walau hanya di tanam di dalam pasu. 



Selalunya benih halia atau kunyit ni ana beli sahaja di pasaraya atau pun dari kedai runcit. Pastikan isi halia dan kunyit ini cukup tua dan ada mata tunas pada isinya. Kadang-kadang tu, lebihan dari yang kita gunakan dalam masakan, terbiar dan mata tunas tumbuh pada isi, dan boleh juga di jadikan benih. Tapi jangan di biarkan kering lah yer, kalau dia dalam keadaan suhu lembab , In Shaa Allah akan bertunas nanti.





Untuk menanamnya pula amatlah mudah. Isikan pasu dengan tanah, paling sesuai tanah bakar di campur kan sedikit pasir untuk aliran air kerana tumbuhan ini tidak boleh air bertakung dan ia akan membusuk nanti. Letakkan sahaja benih halia atau kunyit dalam keadaan separuh tenggelam. Jangan kambus terus di dalam tanah. Jirus sehari sekali dan In Shaa Allah, selang beberapa hari ia akan bercambah dan lama kelamaan akan tumbuh hidup subur. Pastikan menyiramnya setiap hari , kerana tanaman di dalam pasu mudah kering kerana tidak mempunyai sumber air semula jadi. 


Bila dah cukup besar, mudahlah untuk kita mengambilnya sebagai bahan sampingan di dalam masakan. Selalunya ana akan memotong bahagian yang hendak diperlukan sahaja dan selebihnya akan membiak hari demi hari. Kalau ada baja, taburkan sedikit sebulan sekali memadai. Ini cuma panduan amatur dari ana yang tidak mempunyai ilmu dalam bidang pertanian langsung. Semua ni pun petua dan cara dari mak ana sahaja, kalau korang nak nasihat dari pakar, sila rujuk ke blog-blog pertanian yang lebih ilmiah. Selamat mencuba dan yakinlah ia satu hobi yang berbaloi dan memberi kepuasan pada kita. 

You May Also Like

22 comments

  1. Jelesnya. Miza tanam kunyit jew hidup halia susah benar nak hidup. Mungkin miza kena ikut tips kak ana tu. ok miza try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah Miza, sama je kaedahnya hihi :)

      Delete
  2. Terima kasih kak ana..ini secara tak langsung menjimatkan juga...dan mudah nak masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, mudah dan jimat juga PC untuk kegunaan harian kan :)

      Delete
  3. Wah seronok mama baca. Boleh Cuba ni. Mama baru nk belajar menanam. Ana Ada tips tak utk tanam pokok cili?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili pernah juga tanam mama tapi tak berapa menjadi, sekali tuai habis dah, baru-baru ni, ana try cili api kampung nampak besar dan sedang lebat berbuah laa nii :)

      Delete
  4. Pernah tengok abah Nani buat macam ni jugak. Heheh :)

    ReplyDelete
  5. saya kalau tanam apa pun tak menjadi..tanam rumput pun tumbuh lalang..pelik..hahaha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. In Shaa Allah naik gak kunyit Riza nanti tu :)

      Delete
  7. tanam jugak halia dengan kunyit, kunyit merimbun tapi halia lambat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah naik tu halia Farhana sikit masa lagi:)

      Delete
  8. Halia memang banyak khasiat

    selain buang angin kita boleh detox

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum & salam jumaat kepada

    Semoga sihat & di kurniakan rahmat Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ibu Zaid, Aamiin , Alhamdulillah

      Delete
  10. Bagus tanah halia dan kunyit tak payah beli

    lagipun dalam pasu saja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Mazni, dua tumbuhan ni ana tanam dalam pasu sahaja :)

      Delete
  11. pokok kunyit kita mula hidup, lepas tu husband pindahkan dah layu, sekrg dh mati..sedihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. OO risiko Nad kalau dah besar duk alih pokok-pokok ni, akar dia terganggu habis mati :(, tanam hat lain laa ye :)

      Delete