Hobi Koleksi Keychain

by - Monday, November 27, 2017

Ana ni seorang collector sangat, semua benda nak jadi kan koleksi kalau boleh 😊. Sebelum ini pernah ana kongsikan koleksi Fridge Magnet di SINI . Meriah peti ais kan.. Dari zaman sekolah lagi, ana mulakan dengan hobi mengumpul setem, pernah juga di terbit kan di SINI .Sampai tin comel-comel pun ana kumpul buat koleksi haha. Dan hari ini , ana nak kongsikan pula dengan pembaca www.anajingga.com, koleksi keychain. 

Antara cenderahati yang wajib beli bila bercuti ialah fridge magnet dan keychain laa kan. Ia paling murah untuk dibeli dan juga senang untuk di bawa. Hobi ana ni juga sering kali mendapat sokongan pada dari kawan-kawan, sahabat blogger kaki travel dan juga saudara mara yang pasti menghadiahkan sama ada fridge magnet atau keychain untuk ana bila depa travel. Jom skodeng koleksi keychain ana pula kali ini. 





Tempat simpan keychain


Rasanya ramai juga yang mempunyai hobi yang sama kan? Seronok bila ia menjadi tanda kenang-kenangan bila kita bercuti ke sesuatu tempat. Simpan elok-elok , satu hari nanti, kita imbau semula kenangan di tempat-tempat yang pernah kita kunjungi atau hadiah dari insan yang kita sayangi bersama anak-anak. Ada juga keychain tersebut yang ana dan keluarga gunakannya, tapi kebanyakannya kami simpan di dalam bekas gantung kunci sebagai koleksi.




Comel tak tempat simpan koleksi keychain ana ni? Lebih bermakna lagi bekas kunci pun juga hadiah dari kawan sekolah rendah ana lagi, Azimah Yusof ketika kami re-union tahun lepas. Segalanya ada sentimental value pada ana. Terima kasih Gee..sayang ko tau!! Cantik bekas simpan kunci dengan tema Inggeris ni, ana dah manfaatkan sepenuhnya dan lekat pada dinding ruang tamu rumah. 




Sebelum ini, ana longgokkannya di dalam kotak tapi bila dah susun cantik-cantik dalam bekas kunci tu, nampak lagi kemas dan menarik. Mudah nak belek-belek di masa lapang. Inilah antara hobi koleksi keychain yang ana ada setakad ini. In Shaa Allah..satu hari nanti kita tambah lagi kay ✌✌ Terima kasih buat saudara mara dan sahabat yang banyak menyokong apa sahaja hobi yang ana ada. Semuanya akan ana simpan selagi hayat di kandung badan . 



You May Also Like

10 comments

  1. wah..meriah koleksi kak Ana. Sebenarnya lagi kita sayang keychain tu, lagi kita takut nak guna.tapi gantung cam ni pun best. sekali-sekala belek, rasa nostalgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam Sal lagi la kan, selalu travel oversea, mesti banyak koleksi keychain dan fridge magnet, simpan elok-elok naa :)

      Delete
  2. banyaknya koleksi keychain kak ana tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi tu Ct, tak muat dah hihi :)

      Delete
  3. Amboi bagus ada hobi macam ni ana

    Key chain pun banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan jadi koleksi kenang-kenangan mama :)

      Delete
  4. Idea bernas ne. miza longgok jew dalam kotak ish nak kena buat macam kak ana ne baru lah cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Miza, asalnya dalam kotak gak, bila kawan kak ana hadiah kan bekas kunci tu, terus terfikir nak letak keychain dalamnya :)

      Delete
  5. SA pun sama kak Ana...suka sangat kumpul keychain ngan fridge magnet

    ReplyDelete