Sebagai anak jati Perak Darul Ridzuan , pastinya ana amat berbangga bernaung di bawah pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak. Keluarga Diraja ini sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian ana. Apa sahaja paparan yang terbit mengenai keluarga Diraja yang segak dan cantik-cantik ini , akan ana ikuti dan kongsikan kembali kepada pembaca blog picisan ini. Ia sebagai tanda kecintaan ana pada negeri kelahiran dan di besarkan di daerah Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Ana bangga menjadi anak kelahiran bumi Perak di bawah naungan Tuanku. 

Baru-baru ini, sempena sambutan Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak, Raja Nazrin Shah pada 3 hb November yang lalu, pasti pelbagai acara sambutan di adakan di seluruh negeri Perak. Dalam kemeriahan majlis-majlis yang berlangsung, pastinya kehadiran anakanda Puteri YM Raja Nazira Safya menarik perhatian juru kamera. Gambar-gambar kecomelan dan kecantikan Tuanku Puteri YM Raja Nazira Safya pula mencuri hati rakyat sekelian untuk melihatnya sentiasa. Dan ana kongsikan disini beberapa keping foto kecomelan YM Raja Nazira Safya yang terkini daripada beberapa sumber yang ana perolehi di internet. Kredit buat sumber dan pemilik foto Areel Ezuan



Gambar-gambar terbaharu YM Raja Nazira Safya 


Subhanaallah..tak tergambar dengan kata-kata betapa cantik dan comelnya Tuan Puteri bersama Bonda tercinta Tuanku Permaisuri Zara Salim. Kami rakyat Perak Darul Ridzuan sentiasa mendoakan semoga Tuan Puteri sekeluarga sentiasa di dalam Rahmat Allah swt dan menjadi pemerintah yang adil dan makmur seluruh negeri bertuah hidup rakyatnya dalam aman dan diberkati segalanya, Aamiin. 












~ Dirgahayu Tuanku~ 

10 Comments

  1. comey..dh besar nanti lg cantik

    ReplyDelete
  2. Bakal ada pengikut yang tersendiri ni kak Ana...moga menjadi puteri yang sentiasa mewah dengan kerendahan hati....PC sendiri pun bukan anak jati Negeri Perak suka melihat puteri yang seorang ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah PC, comel kan keletah kanak-kanak walaupun berbeza kedudukan di mata dunia, sifat keanak-anakan tetap sama

      Delete
  3. Comel dan handsome anak sultan perak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fiza suka sangat melihat telatah Tuanku Puteri :)

      Delete
  4. Kalau dah jadi orang kenamaan ni memang jadi tumpuan

    semoga baika akhlakdan agama dunia dan akhirat selamat

    ReplyDelete
  5. Anak perempuan memang masa kecil comel

    lemah lembut

    tapi bila dah besar orang akan nampak adab dan akhlak dulu

    Semoga besar jadi wanita solehah

    ReplyDelete