Kemaskini Permohonan BR1M 2018

by - Sunday, November 19, 2017

Lepas pembentangan Bajet 2018 lepas, antara yang jadi tumpuan ialah status BR1M bagi kebanyakan warganegara yang berkelayakan. Rezeki bagi yang layak , Alhamdulillah. Dan sekarang ni mulai 27hb November 2017 pemohon baru yang berkelayakan dah boleh memohon manakala yang telah sedia ada penerima BR1M bolehlah kemas kini kan data untuk proses kemasukan BR1M 2018 nanti. Jangan lupa update nanti tak dapat pula kan. 

Permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 bermula 

27 NOV 2017 – 31 DIS 2017​​ 

di 




permohonan br1m


Pemohon boleh membuat permohonan/ kemaskini BR1M melalui kaedah berikut:

Permohonan secara Manual, pengisian Borang BRIM

~ Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

~ Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my

~Pemohon perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan pengenalan waris/ tanggungan, dokumen slip pendapatan atau lain-lain dokumen yang berkaitan.

Permohonan Dan Kemaskini Online

~ Permohonan juga boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

~ Permohonan online hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod.

*Aplikasi eBR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.


Tarikh Daftar dan Kemaskini BR1M 2018


Pembayaran BR1M 2018 akan dilaksanakan bermula pada bulan Februari 2018 :

Kategori 1 -
Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah - RM450 (Feb)

Kategori 2 -
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 - RM300 x 3 (Feb, Jun, Ogos)


Kategori 3 -
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah - RM400 x 3 (Feb, Jun, Ogos)

Untuk pendaftaran baru BR1M dan juga kemaskini data penerima dan pemohon, salinan dokumen-dokumen di bawah perlu disertakan sebagai sokongan dan bukti:

~ MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)

~ Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda


~ Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Bagaimana untuk menyemak keputusan Permohonan BR1M ?

Untuk mengetahui samaada permohonan baru BR1M 2018 berjaya atau tidak, anda boleh menyemaknya menerusi 5 cara di bawah:

1.Surat makluman keputusan BR1M akan diposkan menerusi alamat yang telah didaftarkan menerusi borang permohonan.

2. Semakan secara online menerusi https://ebr1m.hasil.gov.my

3. Pemohon akan di hubungi menerusi email yang didaftarkan di dalam borang permohonan

4. Semakan menerusi aplikasi online mobile yang boleh dimuat-turun di Google Play dan AppStore secara percuma.

5. Anda boleh juga terus merujuk ke mana-mana pejabat cawangan LHDN berdekatan dengan anda.


Sumber : Pamplet BR1M 2018 

You May Also Like

10 comments

  1. memang yg ni la jadi tumpuan dulu.. kena jaga2 nak update hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha Update jangei tak update wanie :)

      Delete
  2. InsyaAllah nanti nak semakkan untuk ahli keluarga yang dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tiaptahun updatekan online untuk abah dengan makcik2 kat kampung PC, mudahkan depa tak perlu ke LHDN kan :)

      Delete
  3. dah lama tak layak dapat brim ni

    walaupun gst bayar hari hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kisahnya Mazni, tak semua layak kan :(

      Delete
  4. tahun ni dapat, harap-harap tahun depan dapat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, kalau layak dapat la tu Nad :)

      Delete
  5. Pada yang belum kemaskini tu sila2 laa kemaskini okey

    ReplyDelete