Cara Mudah Hasilkan Kentang Lecek atau Mashed Potato

by - Sunday, December 10, 2017

Jika sebelum ini, setiap kali ana nak buat kentang lecek atau mashed potato prosesnya agak rumit dan lama. Mula-mula kena rebus ubi kentang kemudian panas-panas tu perlu di lenyet kan segera. Silap-silap kalau tak berapa empuk, hasilnya berketul-ketul kan. Tapi sekarang ni, semuanya makin mudah dengan adanya kepingan emping kentang yang ready made, cuma perlu campurkan dengan air panas,kacau rata dan siap. Mudahkan 😉😉 Dan hasilnya pun sungguh lembut dan sekata. Sama macam yang kita selalu makan di restoran makanan segera tu. 



Cara mudah sediakan kentang lecek


Bagaimana cara untuk menyediakan kentang lecek yang mudah ni? Caranya, korang hanya perlu membeli sepeket Knorr Mashed Potato atau Kentang Lecek dalam bentuk empingan ni sahaja. Boleh di dapati di mana-mana pasaraya. Ini bukan review tau, ini ana kongsikan sendiri secara percuma kerana ia sangat memudahkan korang nanti. 



Caranya macam yang ana cerita di atas tadi, Didihkan 2.25 L air dengan secubit garam. Padamkan api. Kemudian tambahkan 1L air sejuk atau susu sejat kemudian campurkan 500g empingan kentang dan kacau laju-laju. Rehatkan seketika dan kacau lagi hingga halus. 500 g atau sepeket Knorr empingan kentang ni banyak tau hasilnya. Kalau ikut arahan pada peket, ia boleh menghasilkan 3.7 kg kentang lecek. Jadi kalau korang nak hasil kentang lecek dalam jumlah yang sedikit, agak-agaklah sukutan dan nisbahnya dengan air tu okay. 

Adunan kentang lecek ni korang boleh gunakan untuk menghasilkan nugget kentang, donut, bergedil dan anak-anak ana gunakannya untuk membuat topping sheperd's pie sebelum ini. Ianya tanpa perasa dan tawar kerana ia tidak mengandungi MSG. Pandai-pandai lah korang olah semula rasanya nanti kay dengan menambah butter, garam atau lada sulah ikut citarasa masing-masing.





Untuk resepi Sheperd's pie ni, korang boleh sahaja klik di SINI



You May Also Like

2 comments

  1. Ohhh.. tak pernah try yang segera ni.. dah lama tak buat sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun kak ana rebus kentang dan lecek Zaf,bila dah jumpa yang mudah ni lagi senang kerja, rasa pun sedap dan lembut sangat dan tanpa msg , Alhamdulillah

      Delete