Resepi SHEPHERD'S PIE

by - Sunday, May 28, 2017






Sebelum Adik Ika nak sambung belajar ni, macam-macam dia nak suruh ibunya masak. Macam lah tak balik sini lagi kan, ikut kan sahaja lah kehendak anak bongsu ana ni. Lagipun sesedap mana pun makanan di luar sana tetap tak sama dengan masakan air tangan ibu. Itu yang pasti. Semalam untuk iftar kami sempat lah masak Sheperd's Pie yang simple untuk hidangan sekeluarga. Resepi ini ana nak kredit kepada buku Chef Hanieliza yang ana miliki. Tapi korang boleh je olah mengikut bahan yang ada di rumah kay. 

Memandangkan resepi ni agak kering, ana dan anak-anak suka makan dengan mushroom's soup sebagai gravynya.. sedap tau, korang kena cuba sendiri.




Resepi dan cara buat Sheperd's Pie Mudah :





Bahan A (inti):

500g daging kisar                                       
1 biji bawang besar (dadu)
1 ulas bawang putih (cincang)                     
1 cawan kacang panggang
8 biji cendawan butang (potong 4)             
5 biji tomato (dadu)
1 btg lobak merah (dadu)                           
1 pokok pasli (cincang)
1 s/m tepung jagung (campur 1 cwn air)      
1 s/m serbuk lada hitam
1 kiub stok daging                                        
garam dan minyak untuk menumis

caranya:
- panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih.
- masukkan daging kisar dan cendawan butang,kacau hingga masak.
- masukkan semua bahan-bahan lain kecuali tepung jagung.
- apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
- angkat dan sejukkan seketika.

kentang lecek dan inti daging

Bahan B (Pie):

1 kg ubi kentang (dadu)                               
1/2 cwn susu segar
2 s/m mentega                                            
1 s/t serbuk lada sulah
garam dan air untuk merebus

Caranya:
- rebus kentang dengan air dan garam hingga empuk.
- lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar,serbuk lada sulah dan mentega.
- masukkan sedikit kentang kedalam mangkuk atau alumunium cup yang kecil,selang dengan inti dan tutup semula dengan kentang lecek.
- bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200'c selama 30 minit.
- sejuk dan hidangkan.

You May Also Like

4 comments

  1. Sedap ni kak ana .. terimgin la pulak pose2 ni hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Wani kita ber sherperds Pie untuk iftar :)

      Delete
  2. macam sedap je kak...bleh cuba buat nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom try Sha, bagi anak-anak makan :)

      Delete