Drama Lafazkan Kalimah Cintamu di Astro Ria

Surirumah dan drama siri berpisah tiada. Cuma untuk ana lebih selesa menonton drama pada sebelah malam. Dah siap makan malam, selesai Isyak di awal waktu, baru lah layan drama di tv dengan aman dan selesa. Rajin juga lah ikuti mana yang berkenan di hati. Yang terbaharu ana follow ialah drama siri Lafazkan Kalimah Cintamu yang di siarkan di Astro Ria HD , sebuah drama adaptasi dari novel karya novelis terkenal tanahair tak lain tak bukan Siti Rosmizah . Jom kita tengok apa yang menarik dari pengkisahan drama siri ini. 


Drama Lafazkan Kalimah Cintamu (2018) Astro Ria

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu di Astro Ria 

Drama siri Lafazkan Kalimah Cintamu mula di tayangkan di Astro Ria 104 & Ria HD 123 mulai 15hb Januari 2018 yang lepas, pada jam 10 malam , Isnin hingga Khamis sebanyak 32 episode semuanya. Terbitan SR One Sdn Bhd membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah

Image result for drama siri lafazkan kalimah cintamu


Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu :


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

*kredit sumber :kbergetar.com

Menarik kan dari sinopsis drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini, jadi jom kita ikuti hingga ke episod akhir nanti. 


Image result for drama siri lafazkan kalimah cintamu
Drama Lafazkan Kalimah Cintamu di Astro Ria Drama Lafazkan Kalimah Cintamu di Astro Ria Reviewed by Ana Jingga on January 21, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. hehe miza pun dah terjebak dengan drama ne, tapi tak tengok malam tunggu wekend ulangan sambil gosok baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Miza, time-time dah free kul 10 malam tu kak ana layan lah jugak drama-drama siri ni :)

      Delete

Powered by Blogger.