Masak Kicap Sotong Dalam Tin

Ana pasti sebagai suri rumah tangga ni, cabaran harian adalah memikirkan menu masakan untuk di sajikan kepada keluarga. Saban hari termenung seketika depan pintu petisejuk fikir nak masak apa hari ni? Sampai ke kedai runcit pun kadang-kadang duk belek peti ikan sambil fikir benda yang sama. Nak jadi cerita, baru-baru ni ana ke kedai runcit terpandang lah satu tin hijau yang menarik perhatian ana untuk membeleknya. Bukan tin sardin tetapi tin berisi sotong dalam kicap. Ermmm... lama dah tak masak sotong dalam tin ni? Dulu time bujang-bujang ada lah juga masak sardin dan makneka benda dalam tin. Sebab mudah je nak masak benda-benda dalam tin ni, tak payah siang bagai, tumis je tambahkan apa yang perlu, siap.





Masak apa sedap dengan sotong dalam tin ?

Haa..mesti ramai tertanya-tanya kan, masak apa sedap dengan sotong dalam tin ni? Ana cuma terfikir nak masak kannya sotong masak kicap sahaja, sebab sotong jenama Ayam Brand yang ana beli ni dah siap-siap di rendam dalam kicap dan cili. Se tin berharga RM6.50 kat kedai acheh ni. Bila ana buka tinnya, dalamnya ada seekor sotong merah yang bersaiz agak besar juga. Kira berbaloi lah dengan harganya untuk satu sajian keluarga kami. 




Inilah isi di dalam se tin sotong dalam tin Ayam Brand yang ana beli. Eh! Ini bukan entri review tau hihi...entri personal yang ana tulis sendiri untuk berkongsi pengalaman masak sotong dalam tin bersama pembaca www.anajingga.com . Sotong dia memang besar dan dah siap separuh masak di dalam rendaman kicap dan cili api. Jadi dah ada rasa kicap manis masin dan pedas. Kita cuma olahkannya mencipta resepi sendiri.

Sotong tu ana hiriskan nipis-nipis sedikit. Ana tumiskan bersama bawang besar, halia dan bawang putih yang dihiris sahaja. Kemudian masukkan cili api dan masukkan isi sotong bersama kuah kicapnya. Untuk menambah perisa,ana masukkan sedikit sos tiram dan sos cili . Tambah kan air jika terlalu pekat atau ikutlah kepekatan yang korang inginkan, mengikut selera masing-masing. Tambahkan sebiji tomato yang di belah empat dan siap. Rasakan dengan garam jika masih tawar. 




Masak Kicap Sotong Dalam Tin Masak Kicap Sotong Dalam Tin Reviewed by Ana Jingga on January 16, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Nampak sedap Ana, belum pernah cuba rasanya masak sotong dalam tin. Nak cuba juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terjumpa nanti cuba lah Sue, Sue buat resepi Sue pula nanti kay :)

      Delete
  2. Selalu Nani tumis dengan cili padi. Hehe. Lepas ni boleh try buat masak kicap pulakk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo Nani tumis tu buang kuah dia agaknya ye :)

      Delete
  3. Hehehe...dah berkurun dah tak makan sotong dalam tin. Dulu2 tin dia kecil dan rendah ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuu laa kak Mala, lama dah kan tak jumpa dan masak dan makan hihi :)

      Delete

Powered by Blogger.