Reunion 2017 - Kami Kembali Ke MGS Teluk Intan

by - Sunday, January 14, 2018

Tiga bulan sebelum tarikh yang di rancang, pelbagai perancangan telah kami buat di group whatsapp dan dari cetusan idea kawan-kawan mencadangkan reunion kali kedua ini, kami nak kembali ke sekolah rendah kami , SK Perempuan Methodist atau lebih di kenali sebagai MGS di Teluk Intan. Sebagai salah seorang urusetia yang di lantik dengan jawatan setiausaha, ana mengambil tanggung-jawab menyeleras semua agenda. Nak-nak lagi yang lain bekerja dan masa yang agak terhad, jadi ana galas lah tugas ni demi menjayakan impian kawan-kawan untuk back to school

Bila kita hendak menjayakan sesuatu majlis ni, pelbagai kekangan yang bakal di hadapi. Masalah yang paling ana stress ialah bila tak dapat respon dari sesetengah ahli, walaupun dah nyatakan di group dan pm secara individu. Projek memerlukan bajet, masa dan persediaan paling kurang pun dua bulan sebelum. Dalam stress-stress pun ana gigihkan juga sampai berjaya demi silaturrahim dan persahabatan dengan bantuan BFF dan committee yang di lantik. 



Cabaran pertama ialah mendapatkan kebenaran pihak sekolah, dan Alhamdulillah melalui panggilan telefon dan email yang ana hantar, Tuan Guru Besar SK (P) Methodist, Teluk Intan sendiri membalas panggilan telefon dan amat mengalu-alukan kedatangan kami bekas pelajar. Terima kasih Tuan Dawam B Arshad dan pihak pengurusan sekolah merealisasikan impian kami untuk kembali ke sekolah darjah satu kami selepas hampir 30 tahun di tinggalkan. Kisah sekolah MGS Teluk Intan yang kami kembali ke persekitarannya telah pun ana terbitkan di SINI .



Dan selepas cabaran demi cabaran yang kami lalui, akhirnya tarikh dan hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Sehari sebelum majlis, ana dan Nonie dah datang ke sekolah untuk berjumpa Tuan Guru Besar dan mewakili yang lain menyampaikan sedikit sumbangan. Kami dah post siap-siap kat group bagi semangat untuk esoknya. Dan pagi itu 16hb Disember 2017, seperti yang di rancang, Nonie datang rumah dan ambil ana untuk ke MGS sekali lagi.




Orang pertama yang sampai pagi tu ialah Hasmah dengan anak hensemnya. Hasmah juga puan bendahari kami kali ini menguruskan kewangan majlis. Terima kasih Noi . Sempat borak seketika dapat panggilan dari Marlia duk tersesat tak jumpa sekolah , hihi 😆😆. Marlia drive dari Penang demi nak jumpa kawan-kawan lama. Tak jumpa jalan masuk sebab kami kini gunakan pintu masuk Jalan Manggis, beza dengan dahulu kami masuk ikut Jalan Changkat Jong, jadi bagi yang dah lama berhijrah dari Teluk Intan ni, ingat-ingat lupa dah jalan belakang ni. Marlia sampai dengan membawa tambahan goodies untuk semua. Alhamdulillah terima kasih Lia.



Goodies kali ni, kami sediakan kotak jewellery box kayu ala Inggeris, bersama sebuah bekas makanan dengan isi keropok roda feveret Ida Megat dan Nani hihi 😉😉 . Kemudian Nani pula sponsor jajan untuk kanak-kanak dan mak-mak dan siapa sangka rezeki dari Penang, Lia pula tambah dua bekas makanan berlainan saiz yang comel untuk setiap seorang. Lumayan sungguh la kan, makcik-makcik ni dapat 'tapperware' habis hati dah haha 😊😊.


Lepas tu orang kuat bahagian makanan dua tahun berturut-turut Nani dan Ida pula sampai mengangkut makanan yang di tempah dan di beli. Terima kasih Ida dan Nani dari semalam uruskan makanan untuk majlis walaupun last minit semuanya tetap tersedia juga. Sedang duk sibuk tolong Nani dan Ida bawa juadah kami ke kantin, dari jauh dah dengar pon pon!! Bunyi hon motor Azimah dan Zura. Allahu... tahun kedua mereka sampai dengan merempit dari Kampar ke Teluk Intan. Seronoknya... awal-awal ana dah aimed hadiah Zimah sebab tahun lepas ana dapat exchange gift dari Gee. Tahun ni rezeki Marlia pula yang dapat dari Gee.


Dan seorang demi seorang muncul dengan wajah penuh keriangan, Renu, diikuti pula oleh Aida dari Manjung, kemudian Sue mai dari Penang buat kali kedua, kali ni Sue bawa photographer untuk makciks-makciks ni. Last sekali baru committee games kami sampai, Puva sebab Puva ambil half-day leave untuk sertai kami. Terima kasih semua sahabat yang memberikan komitmen penuh untuk kembali ke sekolah dan bertemu rakan yang lain. Ralat juga tahun ni Riza dan Mazuna tak dapat sertai kami tahun ni atas urusan kerja dan Riza pula suami tak sihat. Kita hanya merancang namun Allah swt juga yang menentukanNya. Begitu juga dengan Seha, last minit ada aral tak dapat datang dari KL.


Walaupun hanya 12 orang sahaja yang diizinkanNya bersua di sini semula, ia sudah cukup meriah penuh dengan ketawa sepanjang masa. Setiap saat penuh dengan senyuman, gelak tawa dan bicara yang tak henti-henti. Pelbagai juadah pot luck juga memenuhi meja makanan kami pagi itu, Hasmah bawa pulut kuning dan rendang, Gee dan Zura bawa kek dan kuih rasanya, kemudian Sue pula ole-ole dari Penang dan pelbagai lagi juadah yang tiba-tiba jadi banyak. Menu utama kami tengahari tu nasi kukus yang Nonie tempah dan sarapan Ida dan Nani order mihun goreng, kuih talam dan karipap.




Macam tahun lepas, makan bukan lah agenda utama kami. Kami lebih nak borak dan main games, tahun ni pula kami lantik ajk games , Puan Puvanes kami yang gojes. Puva dah siap kan tiga games untuk bermain. Ermm... memang happening sangat lah kan.. makcik-makcik ni main. Nak-nak Nani, Nonie dengan Zura, pulun nak menang je depa ni.











Tapi selepas sarapan pagi tu, agenda pertama kami ronda semula kawasan sekolah yang teramat di rindui. Mulai dari gelanggang badminton yang dulunya tapak perhimpunan, ke kelas darjah satu Biru kami, kemudian merayap sampai ke tingkat atas . Sue dengan Zura siap petik loceng sekolah lagi, sebab depa kata 30 tahun tunggu nak merasa petik loceng sekolah. Selalu ana lah antara yang di tugaskan bunyi kan loceng setiap pertukaran waktu pelajaran kerana ana dahulunya pengawas sekolah. Kami panggil prefek dulu, maklumlah sekolah orang putih kan. Siap lah korang kalau cikgu besar baca entri ni...tak tahuuuu kena marahhhh 😜😜







Loceng masih seperti yang lama dahulu deringannya pun masih deringan yang sama yang mengingatkan kami waktu pertukaran subjek, waktu rehat yang dinantikan malahan waktu balik juga yang berkejaran nak cop tempat duduk dalam bas sekolah. Kawasan MGS Teluk Intan kini, sangat cantik dan ceria. Bersih dan terurus dengan baik. Tempat feveret yang tak sabar nak throwback pastinya deretan tiang dari tangga ke kantin tu. Masih tiang yang sama di mana disini lah port kami bermain cop tiang dengan hiruk pikuknya.





Sempat gak tu makciks-makciks ni main laililai tam plommm... permainan kami dedulu waktu rehat.


Dah puas mengimbas kenangan sekitar sekolah dan makan, Puva pun ambil alih kuasa dengan memulakan sessi permainan. Kami dibahagi kan kepada 3 kumpulan, kumpulan 1, 2 dan 3. Ana dalam kumpulan 1 bersama Ida, Zura dan Renu, kumpulan 2 pula Puva, Hasmah, Gee dan Sue dan kumpulan 3 paling nakal Nani, Nonie, Aida dan Lia. Depa ni main ganas..nak menang sesaja tapi menang la pulak nya..haha hebat strategi geng ni.







3 permainan yang kami main ni memang awesome, terima kasih kat Puva yang organised siap ada props games dan catatan markah lagi tu.. Permainan tiup belon jatuhkan cawan, lantun bola pingpong ke dalam cawan berisi air dan yang paling tak boleh tahan gelak tukar getah melalui straw tu. Allahu... penuh gelak tawa kami sahaja la sepanjang masa permainan. Pening Puva nak handle mak-mak ni main games.




Dah selesai games dari Puva , ana memang dah berhasrat lama nak main semula card game bersama kengkawan ni. Ada 4 card game popular masa kami sekolah dahulu iaitu Donkey, Happy Family, Old Maid dan Snap. Sebab nak jimat masa ana sponsor semua main Snap!! Memang gegak gempita makciks semua ni dapat main semula permainan nostalgia ni. Sakan naa..









Dah selesai ber hurra hurrey bermain bersama sampailah ke acara yang di nantikan iaitu penyampaian hadiah. Cewahhh!! Kan main ye... Untuk games by Puva ni kumpulan Nonie and the geng menang tempat pertama , kumpulan Sue pula 2nd dan geng ana 3rd . Ana la tu punca kekalahan bila tak dapat teruskan permainan straw tu kerana tak tahan tengok gelagat Zura , adoi. Kelakar sungguh masa tu. Korang boleh layan kat video-video yang ana kongsikan disini atau cari sahaja di Youtube youtube/anajingga . Cuma kena setting quality  ke 360p . Kami ni bebas bermain kerana kami semuanya perempuan, jadi mudah kan dan tak ada lah yang menjadi isu bila nak jadi kanak-kanak semula. Girl's school laa katakan. Dan untuk permainan Snap yang ana sponsor tu pemenangnya Puva, Zura dan Marlia. Yeay!! Dapat frame gambar seorang satu, jadilah ye..janji happy dan throwback sangat masa main tu.


















Part akhir ialah pertukaran hadiah antara kami sebagai tanda kenang-kenangan untuk di bawa pulang. Yang ana ingat ana dapat hadiah dari Nani, hadiah ana dapat kat Zura, Ida dapat hadiah Nonie dan boleh pula Nonie dapat hadiah Ida, hihi . Nonie juga sponsor dua lucky draw Cash Voucher dan yang bertuah Zura dan Aida. Alhamdulillah rezeki shopping. Kemudian kami potong kek yang hampir di lupakan kerana terlalu seronok bermain. Kek coklat tahun ini sponsor by Nonie, siap-siap dah tulis RU 2018 walaupun masa tu masih 2017. Haha kesilapan teknik laa tu . Penyampaian goodies dan paling tak best bila kami akan berpisah semula di sini.








 In shaa Allah, jika diizinkanNya kelak, pasti kita akan bersua lagi. Pada usia seperti kita ni, rebutlah setiap ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan ukhuwah antara sahabat. Mana tahu , ini merupkan pertemuan terakhir antara kita. Hanya Dia yang mengetahui. Alhamdulillah..ikatan persahabatan antara kami kekal terjalin hingga ke saat ini dengan penuh kasih sayang. Jadikan coretan ini kenangan terindah kita di tahun 2017. Maaf andai kata ada coretan yang mengguris rasa kalian, namun ini lah ana seadanya. Yang Baik semua milik Dia yang tidak itu adalah dari diri ana yang masih mencari kebaikan dari setiap catatan perjalanan. MGS Teluk Intan dan sahabat adalah hak milik kenangan peribadi ana yang terindah anugerah dari Allah swt.








Terima kasih buat Ida, Nonie, Nani, Hasmah, Suzana, Marlia, Aida, Renu, Puva, Azimah dan Zura kerana sekali lagi mencipta memori terindah 2017. Kenangan kita di Reunion 2016 yang lalu tercatat di SINI

You May Also Like

3 comments

  1. Semoga ukhuwah yang terbina bersama rakan rakan sekolah berkekalan sampai ke syurga

    ReplyDelete
  2. Adoi.. bestnya Kak Ana.. Semoga ukhwah kak ana dan kawan-kawan berkekalan..

    ReplyDelete
  3. wah siap petik loceng...hehehe

    dah alam tinggal sekolah pun masih bersiratulrahim bagus ni...

    aRz dulu duduk asrama...memang selalu petik loceng untuk bangun pagi

    ReplyDelete