Kenangan Terindah Reunion MGS Teluk Intan 2016

by - Sunday, January 08, 2017


Subhanallah..itu lah yang dapat ana ungkapkan dengan kata-kata, apabila segala yang kami rancangkan hampir setahun akhirnya menjadi kenyataan. Dari perbualan di group whatsapp mencari tarikh yang sesuai, mencadangkan menu sajian, sumbangan kewangan, venue dan kehadiran tak tergambar dengan kata-kata apabila hari yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul jua. Alhamdulillah. Ana, Nonie, Ida dan Nani mengambil tugas sebagai committee membuat persiapan untuk hari bersejarah ini. Entrinya pernah ana kongsikan di SINI . 

Atas kesibukan tugas harian, menyiapkan advertorial yang tak putus-putus membawa rezeki buat blogger picisan seperti ana ni yang perlu didahulukan mengikut dateline, masa yang lama untuk mengedit setiap foto yang ingin ana abadikannya disini, selepas hampir sebulan selepas tarikh keramat ini, barulah dapat ana terbitkan sebuah entri kasih sayang yang bakal menjadi kenang-kenangan abadi kami yang hadir pada hari tersebut. Terimalah coretan kasih sayang dari ana, mengimbas kembali saat-saat manis, REUNION MGS TELUK INTAN batch 1979-1984.



Inilah wajah-wajah keriangan 13 bekas murid SRK (P) Methodist, Teluk Intan. Ada yang telah tidak pernah bersua wajah hampir 30 tahun. Kami mula berkawan dari darjah satu sehinggalah ke darjah enam. Ketika itu cuma ada dua buah kelas iaitu enam Biru dan kelas enam Merah. Kami mengenal huruf bersama-sama, makan di kantin bersama, bersukan bersama-sama, main cop tiang, seremban, galah panjang dan sebagainya bersama-sama. Pelbagai kenangan manis kami cipta bersama. Bergaduh, tak nak kawan, merajuk, berpelukan, bergurau senda semuanya kami lalui sebagai catatan sebuah kehidupan zaman kanak-kanak.

Tiga belas yang diizinNya hadir pada hari tersebut ialah ana sendiri, Ida, Nonie, Nani, Sue, Puva, Noi, Lalitha, Zimah, Zura, Riza, Maz dan Renu. Begitulah takdirnya, yang lain bukan tidak mahu hadir, namun ana faham, kami sekarang bukannya kanak-kanak seperti yang pernah kami lalui dahulu. Kini semua ada komitmen dan tanggung-jawab masing-masing.

Oklah..jom ana imbas semula detik-detik indah yang telah kami cipta bersama pada tarikh 10hb Disember 2016, bertempat di rumah ladang milik keluarga salah seorang sahabat tersayang kami di sekitar Teluk Intan ni. 





Ana dah berjanji dengan Nonie untuk mengambil ana di rumah lebih kurang jam 10 pagi. Sampai sahaja Nonie di depan pagar, ana mengisikan beberapa beg yang berisi goodies bag, hadiah untuk exchange gift dan sebiji cheese cake leleh sebagai sajian potluck dari ana. Kami kemudiannya menuju ke Bazar Nanas di mana Puva telahpun awal-awal sampai dan menunggu di situ. 




Selang beberapa minit, Maz sampai dari KL bersama Lalitha. Cantiknya dua-dua kawan ana ni πŸ˜—πŸ˜—Dan kami tunggu seketika untuk menantikan Zura dan Zimah yang datang dari Kampar. Sempat jugalah ana lanjer Rayyan dan Eim anak hensem Nonie budak feveret ana ni choki-choki kat Kedai Rakyat 1 Malaysia tu.. Dah cukup korum kami konvoi ke venue yang dijanjikan.




Seorang demi seorang sampai ke destinasi yang dijanjikan.Riza sampai membawa sarapan pagi kami pagi tu mihun goreng siap bungkus tu bersama apam polkadot. Sedap bangat mihun Riza ni. Kemudian Renu pula tiba, Noi yang last minit join pun sampai dari Ipoh, pastu dua ahli committee yang keluar ambil nasi ayam, kek dan lain-lain menu tambahan, Nani dan Ida pula sampai dan akhir sekali Sue yang datang dari jauh, Penang sana sampai bersama suami dan anaknya. Alhamdulillah kami dipertemukannya semula.




Puding kastad dan agar-agar tu air tangan Ida. Antara buah-buahan yang kami beli dari wang sumbangan sahabat semua ialah tembikai dan buah oren tu. Alhamdulillah jumlah sumbangan yang kami terima melalui banker kami Nani, selesai kami belanja kan untuk seluruh majlis termasuk menu makanan, hadiah-hadiah dan sebagainya.Ana cuba ingat kan semula antara menu makanan yang ada tengahari tu, menu utama Nasi Ayam, air mineral, air kotak, tembikai, buah oren,kacang rebus, apam balik, mihun goreng dan apam polkadot dari Riza, puding kastad dan agar-agar dari Ida, cheese cake leleh by anajingga ( kan main eksen), Sue bawa jeruk Pak Ali dari Penang. Itu yang ana dapat ingat sebab bila dah jumpa geng, makan pu dah tak ingat dah kan πŸ˜‰πŸ˜‰




Ini pula antara exchange gift dari semua yang hadir hari tu. Best macam-macam ada. Kami juga sediakan goodie bags, hadiah cabutan bertuah ( hat ni semua dapat ) satu tupperware berisi jajan-jajan yang antaranya menjadi kegemaran kami masa sekolah dahulu, Maz pula menghadiahkan setiap seorang dari kami gurgirl ni sebotol perfume dari Jeddah dan juga tiga hadiah untuk pemenang utama acara 'kotak beracun' yang bakal kami main selepas ini nanti. Pendek kata setiap seorang dari kami tidak pulang dengan tangan kosong laa kan..best!!










Haha begitu lah aksi mak-mak sedang berhidang makanan yang ada, yang penting sambil berhidang sambil wefie gitueww kan.. Hebat korang ni , I like sangat-sangat .Sambil tu gelak ketawa tak yah cerita laa. Macam-macam nostalgia terimbas semula. Ada sahaja yang nak di kongsikan. Antara kami ni, ada yang selepas sekolah MGS, bila ke peringkat menengah terpisah lain-lain sekolah. Kebanyakan kami ke HMSS dan ada yang ke SMRMM, Convent, SMSP dan lainnya bertukar daerah mengikut keluarga.








Korang tengok gambar pun dah boleh lihat kemeriahan dan kekecohannya bila mak-mak ni kembali menjadi kanak-kanak ribena kan. Happening sangat masa ni. Lagi awesome sebab kami ni semua gergirl kan so..who cares !! Haha πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Dan selesai makan tengahari dengan nasi ayam, ada yang tak makan pun sebab masih kekenyangan dengan mihun goreng dan kuih muih, kami teruskan dengan acara memotong kek rasmi yang ditempah khas dari Secret Recipe, Teluk Intan. Bukan apa, waktu dah semakin tengahari, Renu dan Puva pula kena balik awal atas urusan keluarga, jadi kami cepatkan lah acara supaya semua yang hadir dapat menyertai setiap yang dirancangkan.




Kek cantik ni pun ada kisahnya, kalau korang perhatikan tahun tu salah sebenarnya haha. Sepatutnya 1984 sebab masa tempah tu Nani dan Ida ikut pada nama group whatsapp MGS, yang admin nya siapa lagi..ana lerr..maap kan beta πŸ’–








Lihatlah wajah-wajah keriangan ni, sungguh terharu sangat bila dikenang semula detik-detik indah pertemuan selepas tiga puluh tahun. Tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata.




Tuu diaa, geng kami sedang potong kek untuk kengkawan yang lain. Amboi Zura , ko tunjuk apa tu..dah macam pengawas sekolah bagi arahan suruh kutip sampah je kan. Zura ni memang happening sangat. Meriah..kalau dia tak ada pasti sunyi sikit majlis kami tengahari tu. Terima kasih Zimah dan Zura datang merempit dari Kampar ke sini. Kehadiran korang , amatlah kami hargai sangat-sangat.

Sampai satu part yang paling happening petang tu, ialah acara permainan kotak beracun.Subhanallah... bukan main seronok kami bermain bersama. Lupa diri seketika, macam mana tabiat kami masa sekolah rendah dulu, begitulah suasananya petang itu. Jerit pekik macam kanak-kanak. Rayyan, Eim, Farish, anak Zura dan anak Riza pun pelik tengok perangai mak-mak depa ni 😏😏😏












Kami main dalam satu bulatan besar mulanya, Nonie..peserta pertama tersingkir, pastu ana nombor dua out, pastu seorang demi seorang sehinggalah tinggal tiga finalist. Macam-macam kerenah..redho je bila tersingkir. Yang penjaga muzik nya anak dara Noi. Pandai dia bagi makcik-makcik ni berdebar-debar siapa yang kenaaa , haha 😊😊

Nonie, sempat merakamkan detik-detik ceria kami dan ana upload ke Youtube. Kalau korang rindu nanti, cari aje laa di Google kay.. youtube/anajingga .





Zura, Nani beriya nak menang tuu.. hadiahnya tupperware jer pun tapi semangat mengalahkan menang rantai berlian gitueww..sayang laa korang ketat-ketat. Akhirnya tiga juara bertahan petang tu di menangi oleh Nani, juara..Maz naib johan dan Zura tempat ke tiga.cayalaaa korang.







Ni la dia pemenang-pemenang utama kotak beracun. Siap ada acara penyampaian hadiah lagi, kerlasss ko jah πŸ’•πŸ’•πŸ’•




Haa , ni yang paling cumel..acara untuk anak-anak sebenar.Kutip gula-gula sponsor by Nonie. Satu, dua, tiga!!! Gooooo... Yeay rebut kutip banyak-banyak buh dalam baju..comel sangat. Hadiah dia..gula-gula tu je laa ye anak-anak πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Lepas tu, kami buat cabutan bertuah..tapi semua pun dapat satu tupperware dengan isi jajan ni. Cuma bentuk tupperwarenya je yang lain-lain. Diikuti pula dengan cabutan exchange gift. Hadiah dari anajingga.com dapat kat Sue.Jauh pii Penang tuu. Ana pula dapat tempat letak kunci Inggeris Style dari Zimah. Thank you Zimah..jauh datang dari Kampar kini di BCH πŸ’˜πŸ’˜

Sue dan Noi pula hadiahkan kami berempat ahli committee sehelai kain batik dan sebuah beg cantik sebagai tanda kenang-kenangan. Terima kasih Sue dan Noi.Memandangkan ada yang nak bertolak balik jauh ke destinasi masing-masing, majlis kami berakhir sekitar jam 3:30 petang.

Kami suruh tapau sahaja baki makanan yang ada, semua pakat isi dalam tupperware masing-masing. Rezeki buat anak-anak di rumah kan. Suasana bertukar nada kesedihan bila kami akhirnya terpaksa berpisah sekali lagi. Terima kasih sahabat tersayang. Terima kasih menghadirkan diri, dan syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, selamat perjalanan ke destinasi masing-masing dan semuanya pulang dengan sebuah memori terindah buat penghujung tahun 2016. In Shaa Allah, jika diizinNya nanti, kita kan bersua lagi.

Ana rangkumkan lagi foto-foto kenangan di sini dan abadikannya di sebuah youtube Kenangan Terindah Reunion MGS Teluk Intan 2016 πŸ’“πŸ’“πŸ’“  Girls ... sayang korang semua 






















You May Also Like

16 comments

  1. Seronokkan dapat jumpa sahabat2 lama... pasti terimbau kenangan waktu zaman persekolahan dulu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Acik Idah, satu kenangan yang pasti akan kekal di dalam ingatan sehingga akhir usia

      Delete
  2. best kalau dapat jumpa sahabat2 lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sangat Raihanah ,Alhamdulillah

      Delete
  3. wah! best tu reunion jumpa kawan2 lama. konpem banyak cerita kan?

    ReplyDelete
  4. Seronok nyer dapat together gether... Sporting plak semua nyer... Makanan pun meriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Hani, sangat mengembirakan kami bila bersua semula :)

      Delete
  5. Wah seronoknya jumpa ramai-ramai macam ni. Lama tak jumpa mesti macam-macam cerita keluar... moga persahabatan kalian terus erat... amin..

    ReplyDelete
  6. Baca entry ni pun dah tau camne excitednya K.Ana tu.
    Tahniah! K.Ana and the gang

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ MRS A, Alhamdulillah meriah dan sangat bermakna buat kami semua :)

      Delete
  7. seronok nyer !
    aida suka reunion.
    thn ni mcm nak organize a few la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuu Laa Aida, lain2 group kan lain kisahnya :)

      Delete