Laksa Cendol Bawah Pokok Bandar Country Homes Yang Santai

Makan laksa bawah pokok ni, sangat sinonim dengan masyarakat kita ni kan. Lepak petang-petang atau pun sebagai menu makan tengahari di bawah rendangan pokok sambil menikmati cendol, laksa, mee rebus atau pun rojak. Sedapnya...Subhanaallah.. antara nikmat yang tidak dapat kita dustai. Ana yakin setiap daerah tu mesti ada port makan cendol bawah pokok yang istimewa di hati korang semua. Kalau di kawasan kediaman ana ni, pasti lah pilihan ana, cendol Solehah bawah pokok di Bandar Country Homes, Rawang. Memang sedap dan kena sangat dengan selera ana sekeluarga. 




Cendol Solehah Bawah Pokok Bandar Country Homes


Gerai berlori ni terletak di tepi jalan masuk ke Pasar Harian, Bandar Country Homes atau berhadapan dengan Ivory Banquet Hall tu. Kalau korang datang ke Bandar Country Homes ada satu simpang tiga depan Masjid Bandar Country Homes tu, terus sedikit nampak Ivory Hall sebelah tepi jalan itulah di parkirkan lori cendol Solehah ni dan setiap hari pasti penuh dengan pelanggan dari pelbagai kaum suka minum cendol dan makan beberapa menu utama disini. 

Memang sedap ke semua menu yang di sediakan oleh dua orang gadis manis ni, kadang-kadang tu ada makcik seorang menemani mereka. Antara yang ada di jual di gerai ini ialah pelbagai pilihan cendol, mee rebus, mee rojak, rojak dan juga laksa. Harga sepinggan makanan di sini cuma RM4.50 sahaja dan cendol mengikut pilihan korang lah nak tambah kacang ke, jagung ke dan sebagainya. 




Ana selalunya suka makan mee rebus atau rojak di sini. Laksa dia pun sedap, kuah cukup pekat dan terasa isi ikannya. Untuk rojak dan mee rebus ni, ada rasa ala-ala Mastan Ghani, yang lajen kat kampung halaman ana di Teluk Intan tu. Jadi kalau ana rindu dengan mee rojak dan mee rebus Mastan Ghani, di sini pun dah boleh menikmati kesedapan yang lebih kurang rasanya. 




Kuah mee rebus dan rojak nya juga sesedap rasa, tak manis dan tak pedas , just nice kata orang. Yang best, cucur udang nya rangup dan di tambah bahan-bahan sampingan yang lain menambah selera. Ada tauhu goreng, sengkuang, timun dan lain-lain lagi. Ana kadang-kadang order mee rojak, kombinasi mee dan rojak. Semalam ana bungkuskan rojak Solehah untuk sepupu yang tak berapa selera makan ketika ziarahnya, lepas pekena rojak, bertambah dia makan, Alhamdulillah, suka dan kena juga dengan seleranya.




Jadi kalau korang berada di sekitar Bandar Country Homes dan nak makan petang yang sedap, jom cari sahaja gerai bawah pokok Cendol Solehah dan cuba sendiri kay. 
Laksa Cendol Bawah Pokok Bandar Country Homes Yang Santai Laksa Cendol Bawah Pokok Bandar Country Homes Yang Santai Reviewed by Ana Jingga on February 01, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. adoi kecur air liur tengok rojak tu.

    ReplyDelete
  2. Salah satu tempat lepak, makan-makan Sue juga nie Ana. Cuma belum ada rezeki ja nak lepak dengan Ana kat sini.. 😉

    ReplyDelete
  3. gerai gerai tepi gini memang feveret aida la, AJ.
    akan suka berhenti merasa.
    harga murah. rasa sedap. memang puas lah...

    ReplyDelete
  4. Aduhai..menggamit selera betul gambar2 tu kak Ana...SA tengah tak sedap tekak dah 2 minggu dah...kalau dapat makan kat sini mungkin sedap ni kan...

    ReplyDelete
  5. Semua nampak sedap ni kak Ana, terliur. Hahah!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.