Malam selalunya ana sekeluarga jarang makan nasi dah. Macam-macam duk fikir nak makan apa lah yang ringan-ringan je kononnya. Selain burger, kebab, mee celup ke, satu lagi menu kesukaan ana ialah roti john. Tapi kadang-kadang kecewa juga bila membeli roti john ni. Rasa tertipu sangat, bila kita buka nak makan cuma roti salut telur sahaja. Harga bukan murah pun, paling murah pun sekarang ni RM4 dah kan. 





Roti John Sedap Di Bandar Country Homes


Kalau di Bandar Country Homes ni, roti john yang sedap yang pernah ana makan ialah di sebelah gerai burger berhadapan 7 Eleven tu.Memang sedap dan penuh isi dalamnya. Korang boleh pilih sama ada inti ayam atau daging. Rotinya roti panjang, ada salutan telur dan di atasnya isi ayam atau daging yang berempah rasanya. Kemudian di letakkan mayo, sos dan sos cheese melimpah ruah. Harganya RM 6 dan amat berbaloi sebab sedap, Alhamdulillah. 




Tuu diaa!! Nampak tak melelehnya isi dalam roti john yang ana beli ni. Percaya tak ana habiskan sorang sebab suami dah kenyang makan roti canai kat kedai mamak. Jadi kalau korang tinggal di kawasan berhampiran Bandar Country Homes, Rawang cari lah gerai roti john ni berhadapan 7 Eleven tu kay. 

8 Comments

  1. Selamat pagi sabtu ana,

    pagi pagi dah nampak roti john, terus lapar perut

    ReplyDelete
  2. lamanya tak makan roti john ni.. teringin pulak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa Aida, roti john senang nak jumpa, cuma sedap tak sedap je kan :)

      Delete
  3. Roti john sedap mesti banyak intinya, dan sos tak terlalu basah sampai kembang roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ikut citarasa masing-masing kan IS :)

      Delete